November 25, 2009

Apakah...?

Huhu...

Rasa dh lama sgt 'berehat' dari post apa2 kan? Byk bnda berlaku dan byk bnda yg org fikir sampai tak ter'post' satu pun. Nak merepek pun malas..

1. Menyampah.

Sangat menyampah dgn sorang dua manusia di keliling (tak kisah la jauh ke dekat) Jadi hilang mood nak tulis blog. (haha..apa kaitan =P)

2. Kepulangan adik2.

Since kepulangan suma adik2 kesayangan tu kat umah. Org mmg dh tak sentuh langsung internet kat umah. Masing2 sibuk tgk muvi korea online. Pastu gilir2 men game online. Lantak la.. Nasib baik ada citer 'Nenek Kebaya' kat TV9. (tgk tak? tgk tak? bestt! haha) Leh gak la melayan kesunyian.. =P

3. Atuk (abah kpd mak) sakit.

Dah seminggu dia masuk hospital. Start Selasa (17.11.09) lepas. Yg ironic nya, beberapa hari sblm dia dimasukkan ke hospital, dia asik minta nenek dan mak sy msukkan dia ke hospital. Masa tu dia cuma sakit tua biasa je - telinga kurang dgr,suara tak jelas,mata kurang nampak. Tp takda sakit kronik. Mungkin dia fikir org xnk jaga dia, dan mungkin dia fikir kat hospital blh duduk rehat2 sambil dilayan oleh nurse yg baik hati lagi cantik mcm kat tv tu. Mak xnk masukkan kat hospital sbb risau doktor buat ujian pelik2 je nnt.

Tiba2 hari selasa tu dia susah bernafas. Nenek bawa dia ke hospital utk check. Sblm ni pernah gak susah bernafas,tp skjp je. Cuma bezanya kali ni,atuk mcm sesak nafas. Bila doktor check, dia kata atuk sy kena warded utk pemeriksaan lanjut. Mula suspect peparu berair,pastu kata jantung tersumbat..sudahnya doktor pun tak tau dia sakit apa. Musykil...musykil...

Lepas 2 hari,atuk dimasukkan ke ICU. Kat situ lg sgt sedih.. Susah nak cerita sangat kasihan..dengan pelbagai wayar cucuk bdn atuk yg kurus tu. Atuk bernafas guna respirator (alat bantuan pernafasan).

Smlm, doktor buat operation, tebuk trakea, utk masukkan tiub respirator sbb mulut dia dh luka. Sedih...harap2 atuk makin sihat..tp klau dia mmg takleh sihat lg..mudahkan la dia pergi..sian... =(

4. Tugas hakiki.

2 minggu lepas adalah minggu exam. As usual kami pensyarah akan jd invigilator yg sgt berkaliber.haha. Even sabtu dan ahad pun bekerja! (tabik pd diri sendiri =p) Reason sbb nak samakan waktu dgn kolej kat alor setar. Takda hal la. Nasib baik takda temujanji istimewa minggu ni..klau tak mau mengamuk makhluk ijau sy. Hehe.

Abis jaga exam. Berturutan tugas2 hakiki lain especially marking paper n update file. Boleh je buat skit2, tp bila fikir nak cuti lama nnt. Mmg sy gagahi jua utk buat secepat yg mungkin.

Tak sabar nak jumpa diaaa~~ (^_^)

No comments:

Related Posts with Thumbnails