April 30, 2010

Makcik Yang Suka Melepak

Sana sini kita sibuk dengan kes pelajar sekolah melepak, remaja melepak.

Tapii...anda jangan tak tau..bukan budak sahaja yang melepak MAKCIK-MAKCIK pun suka MELEPAK dengan cara yang tersendiri

Semalam saya pergi rumah nenek. Mak plan nak singgah lama skit rumah nenek sebabada banyak benda nak dibincangkan sambil bertanya khabar. Sungguhpun nenek saya tu tak bekerja..tapi dia pnya aktif mengalahkan puteri umno. Cakap je majlis apa, semua dia pergi, majlis maulidur rasul, majlis kahwin, mesyuarat umno, trip lawatan perkim, lawatan sana, rewang sana rewang sini, kumpulan sana, kumpulan sini. Pendek kata memang banyak la kain baju percuma yang dia dapat. =P Jadi kadang-kadang nak jumpa dia hujung minggu memang jarang-jarang la.

Tibanya saya dan emak kat rumah nenek, dia ada tetamu. 2 orang makcik. Salam2 segala saya terus duduk depan tu dengarkan mereka berborak. Rumah nenek bukan besar pun boleh ke sana ke sini. Tambah2 bila dia mula bertanya, memang susah nak lari la kan.

"Cucu awak kak mah? Cucu yang ke berapa ni? Ohh..ni la yang tunang tu ya? Ni kerja mana? Oh..dapat orang mana.. dan bla bla bla..."


Satu demi satu persoalan saya jawab. Bermula dengan senyuman dan hati yang ikhlas.. Detik demi detik, saya berhenti sekejap solat asar. Pastu sambung smula duduk depan dia dengar dia berborak lagi. Masa makin berjalan..mak dah mula gelisah sambil cuit saya, "Bila orang ni nak balik along..mak nak cakap dengan nenek ni.." Lepas tu saya pun dah mula rimas dengan pelbagai soalan dia... =(

Dari asar sampai ke magrib. Sekali lagi seorang demi seorang dari kami minta diri semayang magrib bergilir-gilir. Dia tetap setia menunggu..(period kot..huhu) Lepas magrib sambung lagi dia borak tak henti-henti. Dari kisah keluarga dia sampai kisah jiran sampai kisah politik masuk balik kisah jiran dia. Nenek saya memang jenis pandai melayan orang berborak. Air dah silih berganti..dari air oren smpai la air teh.

Pastu atuk saya lak pergi dapur merungut. "Eh mah (panggilan utk nenek), bila si yut(nama samaran) tu nak balik? Orang nak tengok TV pun tak senang..huh" Haha. kelakar tgk atuk merungut. yelah..dia malas nak keluar kalau ada kawan-kawan nenek datang. Dia tak kisah sangat tapi mungkin jadi rimas la kot duk kat bilik je memanjang.hehe.

Tetiba..
"Eh Kak Mah..saya balik dulu la ya? Ingat nak pergi rumah si anu tu pulak"
"Eh..nak balik dah..haa yelah..jalan baik-baik la ya" nenek saya ni memang baik laa..hihi

Tapi..tak sempat kami menarik nafas lega, tetiba..
"Eh baru pukul 8pm kak mah? awak tak buka berita ke? buka la berita. ada kempen terbaru kami nak tengok jap.." sambil bergerak duduk semula.. (arrghhhhh....)

Mak dengan adik berpandangan sesama sendiri. Kami dari tadi memang duduk kat situ je pun. Dengan harapan lepas dia nak berborak dengan nenek dan atuk pulak. Tapi sampai sudah dia tak balik-balik. Adik saya dah gelisah, tak salin baju sekolah lagi.Homework belum buat lagi. Akhirnya, kami terpaksa la pulang juga..

"Mak, zai(mak saya) balik dulu la ya? kita bincang lain kali je la..." memang obvious sangat muka mak saya sangat sedih dan kecewa...niat kami nak dinner sama-sama dengan nenek pun terbantut =(
"Haa yelah..jalan baik-baik yaa.. Tak apalah..nanti2 la yek.." senyum nenek saya tanda faham. (orang tu sibuk tengok TV sambil komen-komen apa pengacara tu cakap)


Pengajaran la jugak untuk kami anak beranak. Bertandang rumah orang tu baik, melayan tetamu pun baik. Tapi biarla berpada-pada. Kita pun ada adab menziarah rumah orang. Kalau sampai ketepikan keluarga tuan rumah tu dah tak baik la..Melainkan..kita dah minta izin awal-awal nak bermalam atau tumpang solat magrib situ. Takda la tuan rumah tertunggu-tunggu..Bukan sekali dua kawan-kawan nenek buat macam tu. Dah banyak kali. Kadang makcik tu sampai baring-baring kat rumah orang yang dia singgah tu kalau dah penat sangat. Pelik tak. (~_~")

Bukan budak je melepak..makcik-makcik pun melepak jugak.. =(


4 comments:

pakcikLie said...

huh!~ ade bagusnya kalu bertandang umah ke umah tlg2 ape yg patut...klu sembang dr pagi ke ptg..wat nyemak jer...

RanumSetia said...

itu senang aje cik amanda..ambil le penyapu, acah2 le sapu kat dia duduk tu..kata ada najis cicak ke, ape ke..dua tiga kali wat mcm tu balik la dia..hehehe...

Amanda Eltiqaz said...

pakcikLie:
btul la..tlg lipat kain ke..tlg diam ke..hihi

Amanda Eltiqaz said...

Cik Ranum:
Ish.kesian pulak..sbb sy pun tetamu nenek. =P

Related Posts with Thumbnails