May 14, 2010

Hari Ni Kan Saya Pencen!

12 May 2010

Pagi tu saya pelik..lepas hidupkan enjin kereta semua saya tengok ayah dah berdiri kat luar tengok pokok bunga dia. Saya tanya mak, "Mak, kenapa rambut bapak basah? Dia mandi ke?"

Pastu mak ketawa melekek2.."Haa..camni..tadi pagi.." mak pun bercerita laa..

"Bang, bang bangun bang..gi mandi. sekolah sekolah!"

Mak kejut ayah macam biasa.Cuma kali ni mak seronok skit. Pastu mak terus buat kerja rumah macam biasa,buat breakfast, kejut adik2 bersiap..

Ayah pun dalam liat2 dia bangun jugak, macam biasa. Dah siap mandi,sambil lap2 dengan towel tetiba dia teringat..dia pun jerit panggil mak dengan bengangnya..

"Ishh...zaaii~ Hari ni kan saya pencen...mana sekolahhhh....!"

Mak punyala gelak melekek2..hehehehe. Rupanya mak saja nak kenakan ayah, ayah pun tak ingat dia dh pencen..hihihi.

"Ohh..camtu kee..Tu la along pelik, sbb kalau hari tak sekolah, biasa ayah sy tak mandi awal2. hehe."

"Bapak~ (panggilan kami adik beradik untuk ayah.kami orang jawa ok =P), pokok bunga kat luar seronok tengok bapak teman dia pepagi..hihi"

Ayah ketawa sambil potong pucuk2 pokok bunga dia yg rosak. Sebelum bertolak kami lambai2 tangan kat dia. Selalunya pagi2 lagi ayah dah bertolak ke sekolah. Ayah kuar pukul 620am, kami kuar pukul 630am. Biasa kami lewat 10 min.

Sepanjang perjalanan tu kami gelak2 je. Sian ayah..mesti dia rindu murid2 dia. Smpai hari terakhir pun dia kata nak mengajar tapi guru besar tak kasi sebab nak bagi dia relax2 dan gembira smbut dengan murid dia. ^^

Sempena dia pencen juga, adalah hari lahir dia yang ke-55. Malam tu kami pergi makan sate gemok (sbb sate dia gemok2 dan takda lemak langsung. sangat sedap!) Mak belanja =D

Esoknya 13/5/2010 kami terima cupcake yang saya dan emak tempah untuk diberi pada kawan2. Sebahagian mak bagi pada kawan2 dia. Sebahagian lagi saya bagi pada kawan2 saya dan mentee saya. =)


2 comments:

akuvision said...

dah pencen kena cari sesuatu untuk tak bosa ye tak?, kalau teringat balik kenangan masa2 kerja dulu

Amanda Eltiqaz said...

btul2..skrg ayah sibuk cantikkan tmn bunga dia dpan rumah yg penuh rumput2 ^^

Dia pn sgt rajin berjln keliling kampung dgn motor besar explore jalan baru..hhe

Related Posts with Thumbnails