November 26, 2010

Preparation Wedding #2

sambung dari entry ni: preparation wedding #1. Okay let's see....

Hm...ni yg paling penting skali..


6. Kad Jemputan

Ni kad jemputan saya ♥ Simple jek :P

Budget = RM 670

Kad jemputan ni saya amik yang paling murah kot. huhu. Sekarang dah tak dapat kad murah dan cantik. Mostly kawan2 saya go for more than RM1 tp saya tak mampu kot sbb jemputan sangat ramai. Since this is first time jadi parents budget jemputan dalam 2000, jadi kad jemputan haruslah 1000 or more.

Kad ni custom made. Layout dan font saya sketch dan bagi org tu. Initially ada 4 design dan yang ini yang terakhir. My plan utk buat yang simple n sweet. Budget kat atas tu including 2 bunting dan sampul yang aneh. haha.

Design by Massive Design di Jalan Omar (bus stand lama) Batu Pahat, Johor.

Tapi last week, kad jemputan dah jadi tak cukup untuk orang2 taman. Padahal org yang buat kad tu dah extrakan 50 keping tu. huhu.. Maklumla parents kan. Jumpa siapa2 kawan2 dia tengah jalan, baru teringat, "Eh,dia kawan saya dulu la zai..kena bagi ni..!" Haa..ayah pn bagi. Nanti mak pulak, "Eh abang..kawan saya dah 5 tahun tak jumpa ni..kena bagi laaa!" Pastu beraya aritu. Ada pulak tetiba jumpa sedara jauh yang lama tak berhubung macam jejak kasih kan. hehe. Bagi kad. Jadi dah lebih daripada listing. Ini suma normal. =)


7. Gubahan hantaran

Budget = RM300

Kalau based on perjanjian antara keluarga pihak lelaki dan perempuan, lelaki 9 perempuan 11. Tapi kalau in case tetiba last minute pihak lelaki/perempuan ada nak buat penambahan dulang, itu digalakkan..hehe.

Contoh biasa ada sesetengah orang, klau pihak lelaki tambah barang, yang pihak perempuan pun kalut2 cari dulang utk tambah. Kami takla kot. Ikut je perjanjian. Tapi kalau diorng nak tambah, tambahlah, takda masalah pun. Kalau kami pun ada rezeki lebih nak tambah, kami tambah, kalau tak, tetapla 11 ituu... =P Orang memberi kita merasa kan ^^

Untuk gubahan saya gubah sendri. Jadi just beli bahan2 je. Dan ada gunapakai barang yang sedia ada masa tunang aritu. Jadi jimat skit. =P Cuma letih menggubah je la. Buat sikit2 every night since the last 2 weeks.. Ni pun tak siap lagi..huhu..


8. Barang Hantaran

Budget = RM xxxx

Kos yang ni bergantung kepada pasangan. For me saya budget at least RM1000 la. But my suggestion is, ikut kemampuan. Tak yah nak compare2 dgn orang lain mahal ke apa. Yang penting kita ikhlas nak bagi kat dia. Sebab kalau pulun nak bagi yang mahal pun tapi dia tak pkai sangat atau tak mampu utk maintain akan datang, tak best gak. For me, saya bagi apa yang dia biasa pakai dan affordable utk dia maintain akan datang.

Hm..untuk hantaran kami tak share sangat. Kami pergi shopping sama2 tapi apa yang saya nk bagi dia, saya bayar, apa yang dia nak bagi saya dia bayar. Cuma saya tlg la dia pilih design, color suma. ^^

So budget adalah rahsia. =P


9. Kursus Perkahwinan dan Surat Nikah

Budget = RM 267

Haa..ni yang PALING penting skali. Pastikan dah pergi kursus kahwin. Kat Batu Pahat, untuk amik borang sahaja dah kena bayar RM 5 seorang. Lepas tu bayaran utk kursus kahwin adalah RM120 seorang. Lepas tu untuk interview kena bayar lagi RM17 untuk document. Then kena buat HIV test suma.


10. Lain-lain

Ini termasuklah..
  • kompang dan persembahan
  • jamuan orang rewang dan kenduri
  • hiasan rumah (cnth: langsir, renovation, perabot)
  • hiasan bilik  tidur (cnth: langsir, cadar pengantin, set bilik tidur, hiasan)
  • rumah bersanggah dan sewa homestay
  • surat kepada majlis perbandaran (kalau perlu utk sekat jalan)
  • surat kepada polis/rela
Semua yang di atas ni ayah saya yang uruskan dengan jiran2, jadi saya tak tau sangat kos dia brapa. Tapi yang saya tau, untuk hiasan bilik. sebab saya dapat bilik baru dan kosong, jadi budget utk hiasan bilik termasuk perabot, langsir dan bilik air semua adalah lebih RM3000 waaa~

Nampak mcm simple je. Tapi belanja sangat besar.. Ingat nak buat kat taman je cam omputih, tapi mak tak bagi la..kang pak imam nak duk kat mana. hehehehe =P


7 comments:

Unknown said...

wa boleh buat rujukan tok saya ni..thanks buat entry camni :)

fauzani said...

dyana...gud luck ek...dah nak sampai harinye,xpayah fikir sgt lagi preparation...yang penting orangnye=)
dlu,sy xnak fikir pon budget ni..pening..hahaha...beli sket2,yg penting sume complete..heh

Nizam Aziz said...

good luck miss! :)

rahmat said...

Photography unlisted...wuhuuuu!!!

hanna strawberry said...

SELAMAT PENGANTIN BARU DIK...semoga kekal bahgia ke akhir hayat...

wah tgh honeymoon la skang ni kot... :)

enjoy ur sweet day...

Amanda Eltiqaz said...

thank u suma for all the wishes! hehe

abg rahmat:
dh listed dlm preparation wedding #1 ;) plg penting tuu..hehe

hidayana said...

aduiyaiii...blogwalking punya blogwalking pasal wedding ni, boleh lak tersinggah blog dyana. hehe...kad majlis kat jb dah dapat. insya Allah org datang dgn encik tunang :)

Related Posts with Thumbnails