January 20, 2009

Sejarah Yg Takda Dlm Buku Sejarah Ting 1-5

Tau tak mana datang nama 'Labis', Segamat tu?

Di kala kesunyian mencari ilmu lalu jari jemari menunjuk ke arah ini..

Sejarah Nama Labis

Labis bermula daripada sebuah kampung kecil yang diberi nama Kampung Paya Merah. Kampung tersebut mendapat nama daripada sejenis rumput sungai yang mana menjadi makanan kura-kura di sungai. Pada awal abad ke-20, Pegawai British datang ke kampung tersebut untuk meninjau beberapa kawasan baru untuk dibangunkan di Daerah Segamat.

Pegawai British terkejut melihat kura-kura sungai memandangkan mereka tidak pernah melihat binatang itu sebelumnya. Mereka bertanya penduduk kampung nama binatang tersebut dan penduduk kampung menjawab "Labi-labi, tuan,". Disebabkan mereka tidak tahu nama binatang tersebut, Pegawai British memberi nama binatang tersebut Labis. "S" adalah simbol lebih dari satu di dalam bahasa Inggeris. Oleh itu. Pegawai British tersebut mencadangkan nama kawasan tersebut sebagai Labis.


Labis ni rmai sedara mara sepupu sepapat keluarga belah mak. Dr kecik, tiap kali raya mesti dtg sini, tp dari tahun ke tahun..kunjungan itu semakin kurang sbb makcik2 n pakcik makin meningkat dewasa lalu berhijrah. Skrg moyang pn dh mula nyanyuk (msih hidup tau!) .

Moyang lelaki dh meninggal masa usia nya dh dekat 100 tahun.. 97 ke 98 cmtu aa (tp mlas nk heboh dlm surat kabar umur dh seratus..) Moyang ni tak tau umur dia brapa sbb tiap kali tnya dia kata dia msih remaja..huhu.. (asik kata anak dia blm balik sekolah..pdahal anak dia dh umur 50 dh pn!) Pastu asik tunggu husband tak balik2 keja..pastu tetiba ckp sorang2 suruh atuk sy buka pintu sbb husband dia balik keja.. (kdg2 seram gk..dia nmpk sape? laki dia kn dh takda lama dh.. ~_~)

Skrg, klau raya dh tak balik sana lg. Tp seingat sy la...sepangjang kunjungan raya setiap tahun tu..tak pernah la pulak nmpk labi-labi kt kawasan tu. Seb bek ada zoo..hanya zoo la harapan sy nk tgk segala haiwan yg wjud di muka bumi ni..aaihh..

Moral of the story: Peliharala hutan kita! dan haiwan comel jugak!

3 comments:

nadxoxo said...

labi2 ada banyak kat kg nadiah :P
luckily nadiah penah tgk dengan mata kepala sendiri seekor labi2

p/s: kalo ade keturunan yg idup lama, dy pun ade can nak idup lama gak :)

mamaaina said...

Salam,

i just ronda2 baca blog rakan. macam mana boleh ke singgah ke blog nie tak tahu,salam kenal.

cam gitu yer kisah di sebalik nama Labis. i asal segamat..

Amanda Eltiqaz said...

nad: eh..iya ke? dy ada sorang yg idup 100 lebih tp takda pn suratkhabar yg dtg wat liputan.. silap gk, sbb dy tau umur dia dh seratus lebih bila dia dh meninggal..

klau idup lama, hrap2 si dia pn idup lama gk ^^

mamaaina: welcome2!! kedatangan mu disambut beribu2 tgn~~ (^_^)

Related Posts with Thumbnails