November 28, 2009

Salam Hari Raya Aidiladha~



Diriwayatkan daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda bermaksud:
"Tiada sesuatu amalan yang dikerjakan oleh anak Adam pada Hari Raya Haji yang lebih disukai oleh Allah daripada menumpahkan darah (ibadat korban)."

Masa kecik2..
Setiap kali Hari Raya Korban, saya yang paling sibuk ajak adik2 ikut ayah pegi masjid/surau nak tengok org sembelih lembu. Kadang2 buat kat tepi umah kat kampung. SANGAT EXCITED!!

Sy sangat suka terutama bila aksi mengejar lembu dan ikat lembu. Masa tu budak-budak perempuan akan berkumpul jadi cheer team manakala kanak2 lelaki akan sibuk ikut org2 tua mengejar padahal bkn membantu pun. =p Masa sembelih lembu sibuk mencelah gak. walaupun ibu2 sibuk tak bg pegi + takut tgk darah keluar tp buat2 berani gak sbb saya tau nnt akan ada org akan protect kita klau lembu tu keja.hehe.

Masa sekolah menengah..
Dah jarang ikut org korban lembut.Time ni atuk dan nenek dah takda.Kadang2 je ayah minta teman adik tgk org sembelih lembu dekat surau taman tu. Time ni bkn takut tapi segan sbb nnt mesti ada jejaka2 taman yang hensem dan kacak yangg turut membantu menyembelih lembu. Uu...suka tgk time diorng tangkap lembu, ikat, dan melapah tu..mcm gagah dan bergaya..haha!

Tapiiii..at the same time saya tak tau kenapa saya dah mula kesian kat lembu2 tu. Lepas tengok lembu kena sembelih mesti saya dah tak lalu nak makan daging lembu paling kurang pun seminggu! Masa kat MRSM ada satu sesi sembelih lembu dan saya disuruh juga utk pegi tgk. Lepas tu orang kantin pulak pagi ptg siang malam asik hidangkan lauk daging lembu. Seminggu tu jugak saya makan nasi dgn sayur je..huhu. Klau ada ayam baru saya makan ayam. Malam org lain makan burger saya amik roti keras tu je. Bukan tak nak makan, tapi setiap kali makan akan teringat kat lembu tu..sampai rasa loya. =(

Masa universiti..
Jarang balik umah time korban. Jadi blh kata tak experience langsung hari raya korban. Even kat masjid ada saya tak pegi. Sbb kalau pegi confirm lepas tu saya tak lalu nak makan daging lembu beberapa hari. Lagi2 bila org masak sup yang bau lembu tu masih ada..uu... =(

Sekarang..
Ntah kenapa orang taman masing2 buat sendiri2. Klau dulu semua orang berkumpul kat masjid sembelih beramai2, tapi sekarang kat taman saya masing2 buat kat tempat masing2. Plus adik2 pun dah besar and tak minat nak tgk lembu. Saya lagi la.

Dulu ayah org kuat juga. Dari sesi mengejar lembu sampai la melapah. Tapi sekarang dia pun dah tak larat. Dia jadi unit pembahagian daging lembu je. (unit tuuu... =P)

Saya tak pasti anak2 saya nanti dapat rasa tak suasana mengejar lembu -> melapah tu akan datang. Tapi sekurang-kurangnya saya akan cuba pastikan mereka pun dapat rasa keseronokan situasi tu (^_^)



1 comment:

Amanda Eltiqaz said...

Sy dh lawat page awk. Thanks for the info~ =)

Related Posts with Thumbnails