February 23, 2010

Berangan =P

Saya beli contact lens baru! Yii~ =P

Ni suma sebab terpengaruh dengan Miye. Masa pegi wedding Aqeen aritu. Mcm biasa la kan girls gosip psal update terkini psal diri sendri, kwn2 sambil membangga diri =p. Masa tu tetiba jeles tgk mata Miye yang nampak anggun lg bersinar2. hehe.

"Eh..mana kau dpt mata ni Miye? Cantik la~", dengan gaya kagum ^^


"Aku beli kat internet. Dari korea. Nampak besarkan mata aku? ;)", sambil senget2 muka nak tunjuk mata dia tu.


"Eh iya? Boleh caya ke? Okay tak kau pakai? Cantikk~ iii....suka2! nak~ nak~"

"Okay je, dah banyak dah pun beli dari site tu. Murah je, dapat RM25."


"Cmna nak tau ia ori? Ada tag ke? Cmna nak tau power suma? Klau power aku lain2 boleh ke?"


"Boleh, dia ada tag. Power kau check la kat kedai. Klau macam aku, pernah beli contact lens kat kedai, jadi aku dah tau power contact lens aku brapa. Klau kau tak pernah beli contact lens, better check dulu kat kedai, sbb power contact  lens dengan cermin mata kadang2 tak sama."


"Oh...waa...nak2~"

Selepas peristiwa tu, org pun try la usha2 website yang Miye bagi ni:


Tapi tu cuma website original dia. Klau nak beli terus dari website tu sy takda credit card, so sy try usha blogger dari malaysia yang ada jual geolens tu. Sangat banyak okaaaaayyyy! Seller yang Miye suggest tu dh abis stock, kena pre-order, which is akan sampai sangat lambat, after march. Sy nak cepat (semangat sungguh..haha!)

Jadi terpaksa ushar blog len. Kebanyakan nya mahal more than RM35. Tapi ada satu blog ni dia ada ready-stock (jd tak yah pre-order ^^) dan price dia agak murah RM27 (untuk design yang saya nak).


Sebenarnya ada jugak brand lain utk big-eye ni kat kedai. Tapi agak mahal, RM50 above. Sebab kebanyakan kedai amik stock dalam kuantiti yang sikit. Kalau dari internet diorang amik sekali banyak, jadi boleh dapa dengan harga yang murah.

Sy hantar order form hari rabu, then malam rabu tu dia dah reply. Hari khamis sy buat payment, hari jumaat dia deliver. Then.....hari sabtu pukul 11am dah sampaiii!!! Sangat cepat okaaaayyyy!!! Seronok~ ^_^

Make sure check guarantee sticker dia tau. Kadang2 ada yang fake.

After belajar pkai contact lens dengan adik, sangat teruja bila benda tu leh masuk dalam anak mata. =D Berangan2, pastu simpan balik dalam bekas. hehe.

Actually ni second time sy pkai contact lens. =P Last sy pkai contact lens masa umur 18 tahun, tu pun sebulan jek. Pastu takleh pkai lagi sebab sakit mata sangat2. mata saya tak tahan silau..jd terpaksa pkai cermin mata semula wlaupun agak merimaskan.

Sekarang pun sbnrnya takleh nak pkai contact len kat luar jugak. Sbb klau nak beli contact lens utk astigma yg tinggi cm saya maunya lebih RM200. huhu. Jadi sbnrnya contact lens yang saya beli saja nak berangan pakai dalam rumah. haha. boleh tak? ;P

Saya nak yang nii...tapi dah kehabisan stock..huhu..

Jadi saya amik Fresh Color. Miye pakai yang grey tu. saya amik yang brown.


Mood berangan lagi~ la la la~




February 22, 2010

Loves in the air~!

Sempena bulan Februari, sempena bulan sale tanpa henti, sempena bulan yang ada smpai 3 hari cuti..saya rasa SAAAAAAANGAAAT gembira.

Jadi, dengan bismillah, saya nak announce, insyallah akhir bulan ni saya akan jadi tunangan orang.. ^^ Another stage in a relationship.yii~~! =D

Tahun ni masuk tahun ke-10 perkenalan saya dengan si dia. 10? 1 dekat seh! Tapi nama je 1 dekad. disebabkan kami long distance from the start..and REALLY long distance..jadi membuatkan kami rasa 10 tahun tu bkn lama sangat pun.. =)

Susah? Sedih? Terseksa jiwa raga? hoho.. Yes..definitely..but..it really teach me and him A LOT of experience, loyalty, patience and trustworthy. it give us A LOT of courage also to hold on this relationship until now, especially in time of heart-breaking moments =P

Masa perkenalan dari 2001 - 2010.
2 tahun berkawan ala-ala gaduh
-> masa form 4 & form 5 di mrsm. time ni cinta tak berputik pun lg. tapi dia dh mula gatal kot.haha. mcm teman tapi mesra gitu.

2 tahun berkenalan hati ke hati 
-> first year kat universiti. mula2 berhubung melalui email, pastu sembunyik2 guna telefon rumah.hihi. jumpa setahun 2 kali je time balik cuti sem. tu pun sekejap je. plg lama 3 jam. =P

2 tahun macam mesra ala-ala baru bercinta
-> tahun ketiga di universiti. time ni baaaanyak dugaan.. biasala adat orang bercinta. mesti ada ribut taufan punya. then bila dapat tmpt praktikal yang jarak 2 jam dengan tempat dia. sangat hepi! boleh kuar 2 kali sebulan. baru tahu rasa orang bercinta cmna.haha. tapi..masih tak tahu mana arah tuju relationship kami ni..just go with the flow~

2 tahun ni macam cinta sangat ala-ala confident la kunun. 
-> time ni saya dan dia dah masuk alam pekerjaan.. Wlaupun actually dah boleh kuar seminggu sekali, tapi kami limit, jumpa 1 kali sebulan. Time ni cam dah nampak sikit la the real man inside him. klau tak risau gak dengan perangai kanak2 dia tu. saya kanak2 takpa. la la la~ =P

Dan dalam pada 2 tahun ni jugak, tanpa kami sedar, kami dah mula planning untuk future yg mana dalam bercinta 6 tahun tu tak masing2 tak bukak mulut pun psal future planning.. Yelah..orang len bercinta kita pun nak cinta gak.hehe.

Anniversary? Declaration?


nope. kami takda declaration date. hihi. suma cam tetiba. mula berkawan dengan 'saya' 'awak', then tetiba satu hari dia tukar panggilan jd 'dear', then saya pun, "eh..tukar dah..? hm..okay~" pastu lama skit, dia tukar lg jd 'syg', saya pun, "eh..sy dh jd syg dia la..hehe. okay~" then lama skit dia tukar lagi (agak2 dh rmai sangat org yang dia panggil 'syg' agaknya..) jadi yang lebih special..dan aneh2 juga! haha. and saya? Okay je~~ ^^

So senang kata, our relationship evolution bergantung pada panggilan yang dia beri untuk saya. Dia tak tanya saya setuju ke tak, dan saya tak meminta apa2. Bila tiba masanya, hati dah ready, masing2 faham sendiri. Susah nak tau? Agak aa...dia pun bukan jenis yang senang tangkap hint. tu yang jadi bertahun..jauh lagi =P

Walaubagaimanapun..(ayat skema skeeett) saya harap kita akan berkekalan~ ^^
Our first and never ending love~ oh yeaah~ 


February 12, 2010

Cuti!! & Kerja.....

Yes, cuti lagi!

Hari ni hari Jumaat, esk hari Sabtu, then Ahad, then Isnin, theeeeennnnn Selasa~~

Tak sabar nak tunggu hari Selasa. Someone with someone's family is coming to visiti my parents ^^

Tapiii..the bad news is..hari Sabtu kena gi ngajar tuisyen macam biasa. Dan oleh kerana kena submit Draft set final exam papers on 17th tu, jadi terpaksa la bertungkus lumus untuk siapkan dalam hujung minggu tu. Waaa...

Dan oleh kerana saya pun kena bertungkus lumus, jadi dengan senang hatinya saya telah memberi pelajar2 kesayangan saya satu unwritten task dimana directly after diorng naik cuti tu, saya akan buat Quiz 2 untuk SEMUA pelajar. Hehehehe~

Happy Holiday guys! ;)


February 7, 2010

Wedding Aqeen

Sabtu lepas (6 Feb 2010) rakan2 sek men tigs termasuk saya sekali lg reunion di umah Aqeen pada hari perkahwinnannya. Last wedding yang saya ikut sama + reunion ramai2 adalah wedding chep (Sharifah Nur: pengacara Nasi Lemak Kopi 'O TV9).

Chep & Me

Walaupun majlis Aqeen agak simple, tapi kemeriahan bersama kawan mmg seronok!

Pg2 lagi saya dh bersiap sbb plan dengan member nak dtg awal utk majlis nikah nya pukul 10am. Tp terlewat jugak, saya dari umah pukul 10am, then smpai bandar 20min lepas tu. Singgah kat Hyundai Service Center (sempat lagi hntr service keta..hehe =P) Then Aman amik saya kat service center tu.

Next,ktorng rushing ke kedai kek untuk amikkan kek Aqeen di Kedai Noys berderet dengan Celcom Center, Bukit Pasir. Kek 3 tingkat, klau tak silap kek yang plg bawah tu adalah jugak dalam 3 or 4 kilo kot! Tiba nya rumah Aqeen, dia dah siap nikah dah..hihu...

Tahniah Hamim & Aqeen!

Pastu sempat saya dan Aman escape kejap untuk beli hadiah.hehe. Kami beli yang besaaaar punya! Dan sempat jugak saya singgah beberapa kedai utk tgk2 brg2 preparation majlis saya akhir bln ni ^^

Pada pagi tu jugak, dalam rancangan Nasi Lemak Kopi 'O, Sharifah Nur turut mengucapkan 'Selamat Pengantin Baru' untuk Aqeen kerana dia tak dapat hadir pada majlis ni. Sweet~

Nasi Lemak Kopi O, TV9




February 4, 2010

No Panties?

Pernah dengar from few of my friends tp takda niat nak take it seriusly and later tonite just read from adeq (haha..sorry aa adeq..ter'glamer'kan nama kau lak =P) <-- see see ni la persepsi lelaki. Tp apa blh buat..boboy I tu pun blm tentu leh tutup mata..hihu~

[image source: the star online]


my opinion:  SANGAT MEREPEK okaaaay! Kelakar tu kelakar la jugak tp mcm mana diorng blh terpikir benda merepek cmni?

Dengan kadar kes rogol makin meningkat. Diorng masih blh nak buat such a dirty 'promotion'? Nnt klau dh gersang sgt, bkn stakat perempuan yang 'nak-sangat' tu je yg kena, tp gadis-gadis yang jaga bagai nak rak pun kena jugak tau tak. Ish...seram..

Cakap banyak pun tak guna..u all pk la sendri.. (~_~)

p/s: ter'emo la pulak..ades..


 

February 3, 2010

Febuary Sayang~

Sempena Valentines ni..ramai sure ramai couples yang tak sabar2 nak celebrate.

Sweet~ ^^


Tapii..bukan sebab Valentine tu, tapi mungkin ia merupakan tarikh2 special buat sesetengah orang ;) For this year,mungkin lebih ramai yang akan celebrate 14 Feb sebab ia adalah Chinese New Year dan holiday~!

Saya tak kisah Chinese New Year tu tapi yang saya kisah adalah price-cut in every shop dan its HOLIDAY! Apa lagi, time ni la nak amik kesempatan beli barang keperluan rumah dengan harga rendah dan handbag dan baju dan kasut dan...er..okay cukup.. ^^

Selain tu mungkin jugak ada sesetengah couple akan amik kesempatan tarikh tu yang kebetulan holiday utk buat majlis. Contohnya pakcik saya yang bakal berkahwin buat kali kedua pada tarikh itu setelah kematian isteri 4 tahun yang lalu. Harapan smoga isteri baru akan dapat menjaga suma makan minum dan kperluan diri memandangkan anak2 semakin membesar dan tinggal jauh. Tahniah untuk pakcik~ =)

Untuk Aqeen, tahniah utk majlis perkahwinan awk 6hb Feb nnt. Pinkies' on the way~~ ^^

Pasangan lain macam mana? Senang kata, bulan 2 kali ni insyallah bakal memberi banyak kebahagiaan buat ramai pasangan yang saya kenal. Tahniah jugak buat suma yang ada majlis2 len ;)

Cakit Guci~

Salam to all~

Hik hik. Lama tak greets cmtu. =P

Dah 3 hari saya mc. Mengalami sakit gusi yang melampau..huhuk. Wat apa pun tak senang duduk, makan makanan pejal suma tak leh masuk. Dengan pening + berdenyut2 + tegang leher. waa..

Saya rasa first reason kenapa tetiba sakit gusi adalah sbb mlm sblm nya saya makan roti, pastu trus tertidur..selalu saya mesti gosok gigi. Tp ntah kenapa lak malam tu saya sangat letih. Dalam letih2 tu lapar pulak.hehe. sempat la capai sehelai roti sambil calling2 sambil golek2..sambil..sambil..tertdur.. =P

First morning. Bila pagi menjelma je..berdenyut2 pipi..sakit tak terkira. Pagi tu dalam sakit2 terpaksa jugak hantar adik gi sekolah then hantar mak gi keja. Meleleh2 gak la air mata sepanjang drive tu menahan sakit..mana tak nya, sakit smpai naik ke kepala! Then baru menuju ke klinik gigi. Doktor kata gum infections. Hari tu pulang dgn mc sehari. jadilah...


Second morning. Bangun pagi, suma org dah takda, dah gi keja. Menapak jugak la buat oat. Selalu klau makan oat smpai pukul 2 pun leh tahan. Lepas minum oat tu mkn ubat then cadang nak tdur. Tp senak perut tahap gaban, muntah2 lak. Mkn buah + susu. Then selang beberapa jam, muntah lg. Buat milo + roti lak. Pun sama..aah sudah.. Makan nasi lg la tak leh. Jadi saya stop makan antibiotik tu.

Third day. Nekad pegi jugak keja, tp pagi tu pun stil rasa tak sedap badan dan gigi masih berdenyut (sbb dh stop mkn ubat huhu) Jadi pegi klinik lg skali. Doktor kata saya mungkin alah dengan ubat yang dia bg sblmnya. (btul jugak kata azahari.hihi) Jadi dia bagi ubat len. So far makan okay dah. Malam ni so far kurang la skit sakitnya. Cuma tegang leher tak ilang lg..huk huk

Lepas ni taubat dah. Mesti kena gosok gigi dan buat regular check-up kat klinik gigi. Plus akan nasihatkan jugak future-children utk sentiasa gosok gigi. Termasuk jugak future-husband ;)

Boleh saya tengok gigi awak? (^_^)



Related Posts with Thumbnails