April 22, 2009

Anak Kasih Adik Kasih

Ahad lpas sy ke program kem bina insan utk dak PMR di TIGS - nama bm nya SMK (Perempuan) Temenggong Ibrahim. Ni sekolah PEREMPUAN di batu pahat.

Adik sy trlibat dgn program ni sejak sabtu.Sehari semalam la kiranya. So hari ahad pg tu kira majlis penyerahan anak kepada ibu bapa. Spanjang pg tu dr kul 9.00am - 2.00pm diorng pn duk terangkan la apa yg diorng dh wat kpd anak2 ibu bapa ni suma.

As usual, and as expected, diorng diberi video ibu operation,kena muhasabah yg nangis2 tu..bla bla bla.. Mula sy tak fham knpa diorng tunjuk video yg ditunjuk kpd budak2 tu,ditunjuk kpd ibu bapa gk..nk nsihat budak,nasihat je la..takyah nk nasihat bnda yg sama pd parents.. (ngantuk yg amat time ni...)

Smpai pkl 12 lebih cmtu semua pelajar spm ni dipanggil masuk atas pentas. Mereka diingatkan lg tentang surat kpd ibu bapa, video, jenazah ibu bapa(olok2), dan dosa2 mereka kpd ibu bapa.. Nmpk mata masing2 dh berair je... Um..blh tahan berkesan gk org ni buat ek. Senakal2 budak leh nangis dpn suma org..

Bkn nk brlagak,tp org dh tgk suma video2 yg ditujukan tu dh lebih dh 10 kali,sejak org form 3 smpai la skrg..sejak org jd peserta smpai la org jd fasi. TAPI...ntah knapa masa majlis tu..org dh tahan gile2 dh air mata..bergenang jugak..huhu.. Yang lg hebat, sy leh dgr suara bapa2 yg menangis (sok sek sok sek...) dr blakang..sungguh hebat..klau pakcik2 tua tu mungkin sy faham lg sbb biasalah bapa2 tua ni senang sensitive dgn anak kan..ni even bapa2 muda pn sy nampak bergenang air mata..asik mengesat tp muka control tak nak bg anak nmpk diorng nangis..huh..tabah la konon.. Tp seyes brkesan seh majlis tu..

Pabila penceramah tu kata pelajar2 blh dptkan ibu bapaa masing2..mereka berlari meluru ke ibu bapa masing2 dr pentas tu dgn linangan air mata.. sadis sungguh..sy dh abis tahan pn akhirnya meleleh gk bla tgk adik org menangis. cepat2 kesat..hehe. malu aa adik org nmpk. sy kn trkenal dgn garang di rumah.. *wink* =P

nangis2 tu berterusan dgn kata2 mnta maaf,ibu bapa n anak berpelukan. Pastu ada sesi sharing di mana ada sorang pelajar tu baru kematian ibu, setelah kematian bapa beberapa tahun yg lepas. dia mmg tabah, dgn umur sekecik itu dh leh bsuhkan berak abah dia..huhu..sgt trharu... Then ada lak 2 org pelajar perempuan mnta maaf dgn cikgu sbb mereka adalah pelajar yg trkenal dgn pelajar plg bermasalah disekolah..kira gengster junior laa..mnta maaf dgn suma cikgu smbil nangis2. Pastu ada pelajar yg plg tak disukai oleh rakan2, tak pastila apa dia buat dgn rakan2 (dgr mcm serius je mslh pergaduhan mereka tu..tp tak tau apa) dia mnta maaf dgn sebut suma nama rakan2 mereka..siap pengakuan dr ibu pelajar tu sendri mnta maaf dgn suma ibu bapa rakan2 anak dia td. Mmg sangat touching la...

Cuma apa yg sy nk kongsi kt sini..wlaupun dr form 3 sy pernah ikuti program semacam ini smpi skrg. TAPI sy tak pernah dgr fasi bahasakan peserta2 sbg "anak kasih", "adik kasih". Bila dia ckp dgn parents, dia akan bahasakan peserta2 tu sbg "anak2 kasih" kita.. Klau dia brckp dgn peserta2, dia akan panggil mereka, "adik2 kasih..."

Lps program tu sy sja je panggil adik sy "adik kasih". dia marah tp sy suka~ (^_^)

"Adik kasih nk mkn tak? mkn ni kenyang2 smpai perut buncit,pastu baru nek keta"
"Siannya beg adik kasih besar...takpa2 bawa btul2 supaya tgn tu kuat..hehehe"
"Mak kasih, adik kasih, akak kasih nk beli air ni..nk air apa??"

hahha..tula antara dialog sy dgn adik sy lps program tu..adik sy hangin jeee...smpi umah sy ckp dgn bapa yg adik kasih menangis td..pastu dia malu sengih2 pastu msuk bilik.hhehehe..

Hrap2 lps ni dia berubah n akan blajar btul2 utk PMR. Sy tau dia presure, tp dulu sy pn pressure gk. Dia pressure sbb dia mesti dptkan 8As PMR sbb suma akak2 dia dpt 8As PMR (tp tak tau knapa tak msuk tv..haha). Sy dulu pressure sbb sy anak sulong, jd mesti dptkan 8As PMR supaya suma adik2 sy leh ikut cemerlang gk or better than sy.

Tapi bak kata pepatah english yg di'translate' - "Berlian trhasil daripada arang yang telah mengalami tekanan yg SANGAT tinggi diperut bumi"

Ada satu masa sy pernah ckp kt mak time tgh driving and ikah tdur lena kt blakang, "Mak, ikah ni cm matured ek mak drpd adik2 along yg len, bla org tegur dia wat endah tak endah je, cm xda perasaan..tp pastu tgk dia wat gk. Leh tahan degil. Seb bek pandai..aish.."

Pastu smbil trsenyum jwb, "Along, tau tak dlm byk2 adik2 along, ikah ni plg baaanyak ikut perangai along,muka nmpk serius tp sensitive..susah btul nk agak apa dia rasa..aiih..."

"Oh eh...um...", pastu sy diam sampai rumah...lagu radio je brkumandang..

---------------------------------------------------------------------------------------------
[updated 23/04/09]:

Program ni dijalankan oleh Jemaah Islah Malaysia (JIM), dan fasi2 nya terdiri drpd pelajar universiti dan kolej2 (Kelab Remaja JIM). Lepas program tu sy gi jumpa fasi2 dan pengarah program tu,saja nk tgk siapa org2 dibelakang tabir.

After borak2 dgn diorg, rupanya ahli2 JIM ni suma org2 yg sgt profesional,prof2 dari universiti, pegawai2, lecturer2, lawyer suma ada. Sy amik no contact person and trfikir nk panggil diorng bla ada program bersama kolej kami yg mana sesuai la kan. At the same time rasa berminat gk nk join program diorng..hehe. Cuma wat masa ni tak sure leh committed kt event diorng tak, sbb skrg kolej ni pun suka wat event ngarut2 ujung minggu.

But one thing for sure, diorng ni badan sukarela, saja nk meramaikan social network ;) mana tau leh knal org besar2 lak, mana tau leh dpt projek besar lak pasni..hwahwa~


9 comments:

miza said...

oh, aku first time join program motivasi was when I was in standard six. masa mula2 kitorg ddk ramai2 dlm surau, (bergelap ok) and radio kaset tu kata 'bygkn bila awk dh balik rumah tgk mak dh mati' or something to the effect, i cried like crazy. berhingus satu muka.


masa tu, ok, insaf la.

then masa form 3 join lagi motivasi. they recycled the whole theme gak. masa ni still sedih, cuma terpikir, apsal derg suke sgt doakan mak org mati?

then tak thn bila kt jasin pun derg wat lagi motivasi. and they recycled gk idea ni. masa ni aku dh hati kering. aku gelak2 and buat muka boring kt abang faci tu.


tp lepas tu aku nangis gk. bukan sbb aku sedih derg doakan mak aku mati. tp psl kena marah sbb aku gelak masa org lain nangis.

abg faci jht.

Anonymous said...

ni saya tgh berair mata baca blog entry nih...lagi satu mungkin dah lewat mlm tu yg mata berair.....

terrornya amanda ...semua adik beradik dapat 8A, saya dulu ..... segan lah nak cerita...

"motivasi" is much better compare to "motifbasi"

Amanda Eltiqaz said...

miza: btulla miza,masa org jd fasi lak,budak2 tgh nangis2 smpai berair hidung ktorng kt blakang cover gelak beramai2..haha. fasi brhati batu. =P

mungkin dia mrah sbb dia tak puas hati motif dia nangiskan budak brnama 'miza' tak brjaya.hehe.

dFaz: Haha..dFaz dpt point len dlm entry post ni.gud2 haha~

skrg kbnyakan kaunselor pn byk motifbasi je.tak trkesan langsung.tp bg sy,program kt TIGS tu sgt trkesan. =)

Nadiah Suhaidi said...

waa nad x penah lg laa tgk video mak2 operation. isk2 xpenah mengalami mcm yg dy cite ni. mgkin area selatan tanah air je kot. area pantai timur xde exposure haha :P

Amanda Eltiqaz said...

nadxoxo: ish2..kasihan..kami mmg slalu dpt kesedaran sebegini supaya kami sedar diri kami,sbb byk anak2 yg tak sedar diri.hehe

ima said...

panjang betul cerita 'rakan kasih' kite ni...

hehe~

Anonymous said...

Salam...

Correction... JIM = Jamaah Islah Malaysia... Not Islam.... For details, Welcome to http://johor.jim.org.my/blog/ or http://krjjohor.blogspot.com/... TQ. Moga Rahmat Allah sentiasa bsm kita!

Anonymous said...

UPDATED:-

JIM: Pengenalan

إن أريد إلا الإصلاح ما استطعت و ما توفيقي إلا بالله عليه توكلت و إليه أنيب

"Aku tidak bermaksud kecuali untuk melaksanakan pengislahan dengan segala kesungguhanku. Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya aku kembali" (Hud: 88)

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia atau JIM, mengasaskan kewujudannya dengan menghayati pengertian al-islah yang membawa maksud pembaikan, pembaharuan serta mewujudkan perdamaian.

JIM adalah gerakan Islam yang menjadikan aktiviti-aktiviti da'wah dan pembangunan sosial sebagai teras aktivismenya.

Matlamat KRJ adalah untuk membentuk remaja muslim kontemporari dan progresif ( 5 ciri nya ialah Faham, Berilmu, Beramal, Berpasukan dan Bermenafaat) melalui bimbingan yang komprehensif , seimbang dan berterusan.

Amanda Eltiqaz said...

Anonymous: thanks awk sbb btulkan (^_^) sy rasa brminat jugak nk join.

Thanks jugak sbb sudi baca blog sy~

Related Posts with Thumbnails