Hari ni sy sampai agak lewat ke office kerana berlaku kebakaran kecil kat umah..kecik2 pn tanggal gak tmapt sedut asap tu.huhu.
Pagi2 mcm biasa mak buat breakfast. Hari ni mak buat jemput2. Tapi sebab dah agak trlambat bgn, jadi kami agak kelam kabut. Slalu mak bgn pukul 5am, tp hari ni lewat setengah jam..huhu.
Nak jadi cerita, lepas mak goreng jemput2, dia hidang atas meja then trus gi mandi...
Saya pun keluar bilik, tetiba.. "Eh..apa banyak sangat asap ni kat umah kita? Apak bakar sampah ke pepagi ni??"
"mak punya keja...." adik jawab.
"Haah??" Ntah kenapa saya tak dengar ke bunyi kecoh2 kat luar. Tapi mmg bilik saya tu separa kalis bunyi. klau tutup pintu, bunyi tv kat luar pun tak dgr sangt. Dan org kat luar pun tak dengar sangat klau saya menyanyi bagai nak rak kat bilik tu. =P
Pagi tu dengar juga suara mak mcm bising2, tp standard la mak bising pagi2..cuma rupanya bising dia pagi ni agak berlainan..
Kisah ayah:
"Bapak tgh duk dalam bilik air kat dapur tu, tetiba nampak cahaya lain macam dari celah pintu... (tak mungkin la pari2 kot...) Cepat2 bapak kuar, rupa2nya api dah menyala2 kat atas dapur..mcm menjulang gitu.. Hut dapur (yg tmpat sedut asap) tu sampai terkopak n hampir terjatuh...kabinet atas tu dah separuh terbakar gk la... Ish...nasib baik bapak sempat padamkan api tu... Hampir nak terbakar kita suma..mak punya keja...aih... (geleng kepala sambil minum air kopi)"
Kisah mak:
"Mak masak jemput2 tadi, lepas angkat tu mak trus hidang kat luar. Mak perasan macam dah tutup dapur gas, agak nya mak lupa tutup kot.. (mmg pun makkk.....huhuhu...) Pastu mak trus di mandi, tak tau lak dapur gas tu blm bertutup. Agak nya minyak sangat panas..sampai naik menjulang api ke atas..ish...seram mak...."
Jadi oleh kerana kejadian itu...kami agak terlewat ke tmpat keja. Klau biasa saya sampai office pukul 730am, tapi hari ni smpai dah pukul 8am. Nasib baik adik Iqah ada kat umah. Kira dia bersihkan la apa yang patut. Saya tak sempat nak amik gambar dapur selepas kejadian tu sbb sangat terkejut.. (~_~)
Ish...seriusly kami amat bersyukur sangat nyawa kami masih panjang.. Klau tak..mungkin blog ni hanya tinggal kenangan...nauzubillah....
Apapun..tak pasti mak nak buat macam mana dengan kabinet dapur yang separa terbakar tu..huhu... Mahal tu nak ganti...isk isk.. Dugaan...Dugaann...
Lepas satu...satu... =(
No comments:
Post a Comment