October 18, 2009

Pasta & Drift!

Semalam saya gi ke majlis kahwin kwn baik saya di bangi => Amir(Gajah) & Nadiah (Nad)

Majlis tu sangat meriah dan teratur. Suka sangat! Bertolak dari Batu Pahat (Si dia dari JB) pukul 930am (Si dia bertolak pukul 730am). Dengan berbekalkan peta pada kad kahwin dan mengharapkannya betul kali ni, kami cuba meredah highway dengan berani.

Ni first time tau kami drive berdua di highway.. SENDIRI lak tu..huhu. Dah la dedua bkn tau sangat jalan kat KL tu. Takpa, demi gajah n nad. haha. determine sungguh! (Sampai Si dia terpaksa bercuti walhal rakan2 sekerja dia bertungkus lumus menyiapkan last minute changes utk projek dia) Thank u, sgt2¬

Kami smpai pukul 1230 lebih cmtu la..tapi balik pukul 245pm cmtu. Yang buat saya pulun gile nk pegi majlis kawin kali ni wlaupun kat Bangi adalah sebab ia adalah best friend saya, and at the same time hoping to see my other 2 best friends - Wan dan Miza! Wan dah 5 tahun tak jumpa, dan Miza dah 3 tahun tak jumpa. Tapi atas sebab2 tertentu Miza tak dpt dtg. Manakala En Wan yang kunun nak konvoi ke umah Amir sudahnya dia sampai di saat kami hampir nak pulang.

To En Wan, sori sbb tak sempat nak borak lama sebab kami dalam kekejaran masa. Perjalanan kami masih jauh. Risau lak driver saya semakin letih klau balik lewat sangat.hehe.

Tapiiiii..dalam 'kelewatan' tu kami sempat lagi singgah ke BP Mall demi sebijik aiskrim. Kunun nak mkn aiskrim je, tp bila dah singgah kat Rengit Coffee tu, byk lak ordernya..dan akhirnya dapat jugak saya makan Pasta Bolognese yang diidam-idamkan since sblm raya aritu plus aiskrim! (^_^)

Lepas mkn2 tu plan nak singgah tgk Drift Show, tapi dah takda sebab dah malam... But stil dapat jugak tgk pamera kereta yang best2!

Gmbar amik dari Hanis.hihi.

Gambar blm sempat upload lg. Akan saya update nnt k ;)

2 comments:

Muhd Hanis said...

RM5 utk loyalty gmbr...bak maeh bak meh nk byr kt management drift tu hhehehe

Amanda Eltiqaz said...

hehe. hang dtg tgk tak? mlm tu dy sorang je pempuan yg tgk show tu dgn pakai baju kurung! ayu tak? =p

and yg best tgk pameran skyline dgn silica..uu...best2!

Related Posts with Thumbnails