October 9, 2009

Marhaban ya marhabah~

Start dari 6hb (rabu) aritu taman rumah saya ada buat marhaban. Seperti tahun sudah2 memang kebiasaan nya klau takda apa2 halangan memang ayah n mak akan ikut la. Marhaban kat taman tu ada 2 kali, group lelaki dan perempuan.

Kiranya malam semalam adalah turn rumah kami untuk group lelaki. Maka dengan pantas nya saya pun balik keja cepat2 sebab nak tolong mak kemas2 dan masak2. Bila tiba umah tgk parents takda. Orang pun kalut2 kemas umah sebab majlis mula pukul 730. Dah pukul 630pm mak masih tak balik. Ish, orang dah risau dah, bila nk mula masak2 nya ni..huhu. (saya masak? saya..hm..saya...hm...mak tak suka org kacau menu masakan dia..hehe)

Balik2 je tgk mak n ayah kalut2 bersiap mandi segala, pastu kata nak keluar smula gi umah sedara. Ntah kenapa tetiba ayah saya kata tak jadi marhaban. huh?? aik?

Bila tnya mak,

mak: "ala..macam along la. Tahun lepas kan along pun tak suka ikut marhaban kan"

saya: "Eh..tak kan lelaki pun suka ngumpat hiasan umah org kot?"

mak: "takkkk...diaorg marhaban buat lagu aneh2..tu yang bapak tak berkenan tu. kan along dulu pun tak reti gk nk marbahan lagu 'Cindai' tu kan."


Yes, seriusly, diorng bawa lagu Cindai - Siti Nurhaliza untuk marhaban..pelik tak.huhu. Tapi tu dua tahun lepas. Kata ayah, tahun ni diorng bawa lagu yang pelik dia pun tak tahu tu lagu apa.

ayah: "Mengarut aa suma tu. Org dtg nak marbahan, klau dah tajwid lari,merapu la namanya kat umah org tu."


Hurm...btul juga,saya diam je la, sbb tak pasti lagu apa yg di bawa sampai ayah tak mo pegi marhaban. Sudahnya tinggal la saya dan adik yg PMR tu kat umah. Mak pesan suh tutup lampu porch dan separuh lampu rumah supaya tak dtg. Resam taman tu, bila marhaban, mereka akan pergi ke setiap rumah, klau nak org masuk buka la gate dan buka lampu terang benderang (klau nak buka yang liplap tu lg bagus! hehe), klau rasa tak nak involve tutup gate n lampu depan.


Malam berlalu.....

Maka terdengarla suara org rmai2 kat rumah sebelah. Saya pun pasang telinga dengan adik nak dgr lagu apa yg mereka bawa sampai ayah lari ni.hehe.

Dengar punya dengar, rupanya diorng bawa lagu 'Can mali can'?

Melody Can Mali Can, tapi lirik selawat marhaban..!

Tak boleh tahannnn...kami gelak beriya2! Haha!

Klau ya pun nak ubah, lagu raihan kan ada...ini...aduish...

Mana la tak terkejut ayah saya yang dah nak pencen tu. Dari kecik sampai besar selawat marbahan biasa..tetiba bawa lagu aneh2 gitu.

Nak kata suma muda2, tak juga..tapi kebanyakan nya dah berumur dalam 40s la. Klau macam tahun lepas2, ustaz2 taman ada juga yang follow, tapi tak rmai la. Dan since takda sorang pun yang tegur, budaya ni dah berlarutan. Saya risau apa fungsi ustaz sbnrnya? Sungguh pun mereka tu cuma ustaz sekolah rendah ke, sekolah menengah ke..sama je,dirong belajar ilmu agama yang lebih dari kami2 ni.

Wlalupun tak tau btul ke tidak atau boleh ke tak bawa lagu gitu masa marhaban, hakikatnya saya memang sangat tak suka dan tak selesa.

Terutama bila lagu Siti Nurhaliza kesayangan saya tu yang jadi bahan. =(

2 comments:

arie81 said...

Dyana=cindai=marhaban

Amanda Eltiqaz said...

ya marhaban~

Related Posts with Thumbnails