August 5, 2011

Rezeki Baby

Dalam kesibukan orang-orang di rumah dengan bola malaysia dan arsenal. Saya tak sibuk mana pun..terpaksa menumpang menonton..dan menyibuk sorak jugak bila gol, walaupun tak faham sangat. Nasib hubby rajin meng'explain' setiap persoalan saya semasa tengok bola tu. Hehe.

Bola dan rezeki takda kaitan sebenarnya. =P

Ya, semua akan kata ia rezeki bayi. Saya rasa mungkin ada benarnya, dan semoga rezeki ini sentiasa berpanjangan. =) Alhamdulillah hubby dapat bonus dan increment walaupun kami tak jangka dan tak mengharap sangat disebabkan oleh isu-isu syarikat dan pelbagai. Tapi alhamdulillah, dapat jugak~ (^_^) Plus, bila increment dan bonus tu tak sama bagi semua staff, jadi kami bersyukur sangat apa yang kami dapat.

Jadi dengan rezeki itu, boleh la jugak kami buat beberapa pembahagian harta untuk mummy, daddy and baby. Ni semua dah tolak la perbelanjaan bulanan.

For mummy:
Saya rasa impian untuk beli baju raya extra (selain baju mengandung) mungkin tercapai..hehe. Jadi laju la jugak langkah survey baju di butik pakaian, so far adalah beberapa baju yang berkenan tapi tak sure lagi nak beli ke tak, sebab banyak design yang menarik! At least saya ada 3 dress untuk raya ni cukup la kan. Saya dah ada satu yang saya tempah sebelum pregnant dulu, nasib boleh muat sebab oter sikit. Nak pakai baju kurung dah tak selesa..huk huk. Jadi saya prefer dress yang lebih kurang macam dalam gambar di bawah ni.

Ni for casual

Ni for raya, looking for color coklat sebab sama dengan t-shirt hubby
 Lain-lain takda la kot, tudung pakai je apa yang ada, yang sedia ada pun banyak lagi. Hehe.


For daddy:
Impian hubby untuk melengkapkan gadget gamers dia untuk PC di rumah akhirnya tercapai~ Iaitu stereng kereta untuk game kereta dia. Hehe. Saya ni menggalakkan pun tidak, menghalang pun tidak, dah ada, saya pun pakai..hik hik. Kalau masa bercinta dul, kami cuma boleh main+lawan kereta daytona di Pusat Hiburan Keluarga di shopping mall, tapi kali ni kami boleh main bila bila masa je di rumah =D Tapi masa first time saya guna stereng tu, baby pun sibuk jugak bergolek-golek dalam perut..jadi saya terpaksa berenti main, performance saya hari tu tak brapa best. Baby pun nak main ke? Tunggu besar la sayang...ya...



Yang sedia ada adalah gamepad, joystick dan sekarang stereng. Gamepad untuk bola, joystick untuk flight, stereng untuk kereta. Saya rasa saya tak menggalakkan sangat game PS. Jadi, kalau gadget untuk PC okay je. Harga stereng pun separuh harga notebook. Kalau tunggu lagi setaun, mungkin tak keluar lagi yang ini, keluar terus yang advance harga seribu lebih. huh.. So, berbaloi rasanya pembelian kali ni. =D

For baby:
Hm...to be honest, kami baru mula membeli-belah minggu lepas, tu pun seharian je. Sebelum tu masih blur tak tau nak beli apa, sebab rasa macam banyak sangat, especially bila tengok listing nadxoxo dan aimi ali, tak tau mana satu patut beli dulu. Cuma last week, bila start beli, baru nampak idea skit apa nak beli next. So for starting, kami beli yang simple2 dulu dan ni la dia yang kami dah beli:

barangan baby saya yang pertama~ =D

  • electric breastpump dan bottles - 1 set
  • mitten and booties - 1 pasang
  • topi newborn - 1 helai
  • baju untuk newborn - 2 pasang
  • toiletries baby for bathing - 1 set
  • sabun basuh baju baby - 1 box
  • sabun basuh botol baby - 1 botol
  • barut baby - 2 helai

Pampers dan 1 set baju kami dah dapat hadiah, jadi persiapan baby mungkin untuk sambut kelahiran je dulu. =) Barang-barang lain macam stroller, car seat, bouncer/swing, katil+tilam baby kami ingat nak beli kemudian, hubby kata nanti dia belikan, so kami just survey untuk tengok harga + design yang berkenan. Kami plan untuk tidak terlalu excited dengan beli pelbagai barang sebelum baby keluar, sebab kita tak tau kan baby tu saiz macam mana. So nanti pun boleh, kami nak shopping dengan baby skali. Mana tau dia nak pilih sendiri ke kan..hehehe.

Cuma kalau awak semua perasan breastpump tu bukan brand yang biasa orang perkatakan...macam Avent, Spectra atau Madela. Mula-mula memang nak beli brand tu sebab famous kan, tapi bila pergi satu kedai ni, dia promote satu brand baru Ku.Ku Duckbill dengan function dan quality yang sama, saya rasa why not. Harga pun affordable. Hehe. Walaupun ada je breastpump brand lain yang murah tapi function dan quality tak berapa best. Jadi saya dan husband pun beli yang ini.

KU.KU Duckbill Electric Breastpump Set
The best thing is, ia ada almost semua function electric, manual dan siap dengan bateri. Sangat convenient, testimoni dari pelanggan kedai tu yang dah pernah beli pun semua berpuas hati, tak sakit macam brand Pureen nya. Lagi pun ia sangat  cute~~!! Harga retail dia RM399 shj tapi kami dapat diskaun sebab beli semua barang-barang lain dia kedai dia (dalam gambar), dan total pembelian kami pada hari tu ialah RM399.50! Berbaloi kan, kalau beli brand  Avent/Spectra/Madela punya electric set paling kurang pun RM 500 lebih..basic sahaja.

Ia ada banyak lagi product range untuk brand ni. Boleh tengok kat sini dan sini.


6 comments:

fauzani~ said...

alhamdulillah...rezeki baby=)

pitod said...

wah laki mdm btol2 kaki game eh...ahahahha.>_<

Amanda Eltiqaz said...

betulla..dulu kan sy penah citer..hehe

Amanda Eltiqaz said...

fauzani:
adalah sikit buat ada2.. ^^

Nikiey said...

wah2..dh start shopping dh..hehe..sonok2. Dee..kte dh terbeli dh breast pump Avent..huhu

Amanda Eltiqaz said...

kak nik:
hehe..shopping utk mummy dia yg over sbnrnya...hehe..

takpala..breastpump tu ikut kemampuan jugak. klau k nik rasa ok n ada yg recommend, ok la kot. lagipun ada sesetengah kwn dy yg baby dia tak smpai 6 bln dh takmo minum susu badan..jd dy risau gak klau beli mahal2 tak guna sgt kan..

happy for u too! =D

Related Posts with Thumbnails