August 3, 2011

Selamat Berpuasa!

Hehe...since the last post, rasa tak berkesempatan je untuk post apa2. Exam tu berlalu dengan pantas. Walaupun terdapat kekeliruan tempat peperiksaan sebab last minit, ada pertukaran lokasi. Tapi semua candidate berjaya menempuhinya dengan tabah dan sabar..eceh. Dapat tak dapat tak tau la kan. Rasa macam susah...huhu..

Husband and Wife

Tahun ni adalah tahun pertama saya dan kekasih azam menyambut Ramadhan sebagai suami isteri...hihi. Sweet~ Walaupun hari ni adalah puasa yang ketiga, saya dan hubby tetap ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam - bloggers, Malaysia, Asia dan seluruh dunia!

Azam & Dyana mengucapkan selamat berpuasa~


Real sungguh perasaan pergi terawikh ada hubby, lepas tu kejut sahur pagi2, pengalaman sahur dengan hubby sangat best..! Then paling best dapat pergi bazaar Ramadhan bersama hubby~ (^_^) Ya, memang sangat best sebab dulu time bercinta tak dapat nak feel sangat pergi bazaar dengan hubby, ada pun sekali je masa saya pergi USM Penang sepanjang bercinta. Dulu bila jalan kat bazaar tak leh pegang2 tangan, sekarang dah boleh pegang2 tangan... Eh, iya la...bkn mengada tau...tapi takut hilanggg....kan ke ramai kat bazaar tu.. =P Time bercinta dulu kejut sahur pun throught telefon, ntah dia bangun ntah tidak...sekarang kejut sahur siap boleh bagi morning kiss lagi ^_^

Bab terawikh buat masa ni belum lagi solat berjemaah sebab hubby dan parent-in-law solat terawikh di masjid taman. Saya tak ikut sebab tak selesa pulak perot buncet cmni nak berhimpit-himpit di masjid, jadi saya solat terawikh di rumah je, kat bilik. Selesa dan boleh rehat-rehat klau mengah. Hehe. Insyallah plan dalam sebulan ni at least sekali la dapat solat berjemaah dengan hubby di rumah. (^_^)

Mummy and Baby

DAN Tahun ini juga saya menyambut Ramadhan bersama baby di dalam perut! =D
Saya dan baby telah berniat untuk berpuasa bersama-sama sehingga akhir Ramadhan. Amiinn~ Untuk dua hari yang pertama baby gelisah jugak bila masuk pukul 10 pagi gitu sebab selalunya saya dah mengunyah je waktu camtu...tapi masuk hari ketiga puasa ni alhamdulillah so far dia senyap je...hehe. Rehat baby, rehat...we can do it! =D

Special Dedication

Oleh kerana tahun ini juga merupakan tahun terakhir saya bersama staff Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat, saya juga ingin memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa, salah silap sepanjang menjadi rakan dan staff KPTM di sana selama 4 tahun. Semoga perhubungan kita dirahmati Allah dan semoga puasa kita pada tahun ni lebih baik dari sebelumnya =) Terkenang waktu berbuka puasa beramai-ramai bersama geng2. Kalau dulu masa tahun pertama saya di KPTM geng-geng puasa cuma 2 3 orang, tapi bila masuk tahun keempat, hampir semua lecturer dan staff jadi geng berbuka puasa~ =D Special dedication to Kak Fadilah, Azahari, Raifana, Azahana, Imaliza dan Mimi Dalina (^_^) next special thanks to Kak Hailawati, Kak Halimah, Kak Alin dan Hj Erwandi yang banyak ber'aktiviti' bersama..hehe.

Juga kepada my dear lovely students~ Saya tahu ikatan kita tak kan putus, walaupun masih ada yang panggil saya 'miss' hehe. Tak kisah la kan, anggapla tu nama manja saya..eceh. Yang penting bila jumpa kita still jadi kawan dan bertegur sapa. Most of the time saya ingt muka student saya klau saya pergi jalan mana-mana, cuma masalahnya lupa nama. Jadi kalau nampak saya dari jauh tu panggil la, kalau saya ingat nama, insyallah saya akan panggil. hehe.

Persiapan Raya

Since saya dah takda gaji dan cuma mengharapkan hubby tercenta untuk memberikan saya sesuap nasi setiap hari jadi persiapan raya mungkin agak limited tahun ni plus nak beli barang baby tercenta. Cumaa...mungkin saya kena fikirkan juga baju raya saya taun ni nanti macam mana...hm....


No comments:

Related Posts with Thumbnails