December 26, 2009

PMR Day~

Akhirnya hari yang ditunggu2 tiba juaa~

PMR Day! ^^

Walaupun agak lambat nak diceritakan tapi kegembiraan kami satu family tak tergambar rasanya. Maka 24hb Dis merupakan tarikh adik bungsu bucuk saya tu dapat result PMR dia =D


Sementara tunggu nama diumumkan

Tahun ni saya yang temankan adik amik result. Tak macam tahun saya dulu2 yang terus amik result dari cikgu. Tapi kali ni TIGS umumkan semua pelajar straight A's atas pentas macam terima sijil (eh..mmg sijil pun kan ek..hm..ntah la) Saya lak yang lebih2 excited, tgk dia..relax jek.. (buat muka cuak pun ada.heh)

Nama demi nama, kami tunggu dengan penuh debaran..

Saya: Okeh..ready ika..
Ika: Ish along nih..nak ready apanya? (buat muka tension)
Saya: Eh..ready amik sijil tu la.haha~
Ika: Eii..bkn nya tau lg dapat ke tak. (smbil silang tangan..)
Saya: Yakin aa skit..uweekk.. =P (saja nak bagi dia gelabah..hahaha)


Tak lama lepas tu..


"Nur Atikah Lehaannnnn...eh Lehammm" (ades..boleh lak tersalah..)
"Yeaaaaayyyyy...tahniah ikaaaaahhh!!" suara kawan2 dia..



Eh..kau dapat berapa? Kau lak?


Eh..sama la kita..kami dapat straight A's gak!!!


Saya hanya mampu tersenyum tengok dia yang kunun2 nak cover nangis. Haha.. Well she deserves it. Nak kata dia asik relax sahaja takda main game, selalu je tgk dia main game, dan nak kata dia study sepanjang masa pun tidak. Tapi saya tau dia dah manage masa dia sehabis baik. =) (okayyy...now i have to be ready for her long wish list for the present..hahaha!)


Congrats Ikah!

Maka dengan ini, lengkapla 5 orang anak Leham dapat 8A PMR =) Aminnn... Berbalas juga rasanya penat lelah membesarkan kami adik beradik. Macih maaakk and ayahhh!

December 23, 2009

Collections!

Kalau dalam satu family biasanya tak sah kalau takda sorang pun ahlinya suka mengumpul barang.

1. Mengumpul setem

Last week lepas saya kemas bilik, terjumpa album setem saya yang lama =D Ni je yang tinggal, buku2 lain ntah kemana. Bila belek-belek, siap ada setem yang belum digunakan lagi! Punyala excited nak kumpul setem terkini smpai sanggup beli setem baru kat pos office. Seingat saya, masa tu saya darjah 3 - darjah 6. Zaman cikgu suruh ada hobi dan hobi yang paling glamour untuk buat dalam karangan adalah: Mengumpul setem. =P



Tengok, alas kertas tu pun dah kuning dan bercapuk-capuk!

Masa tu kalau dapat setem best2 adalah sangat bangga okay. Bila ada orang nak tukar setem dengan, boleh la berlagak minta setem berbentuk segitiga ke, polygon ke, luar negara ke.hehe.

Dulu sangat best, hobi mengumpul setem ni agak fames, jadi nak beli setem or dapatkan setem senang je, dan kedai favourite saya adalah Raden Book Store. Ayah saya bising gak. "Ni bukan hobi mengumpul setem, tapi MEMBELI setem". Ades..


2. Kumpul komik

Haha. saya adalah pengumpul komik yang tegar! After sesi saya kemas bilik, adik2 saya lak buat sesi mengemas bilik, maka akhirnya terjumpa la komik2 lama yang pernah saya kumpul darjah 5 dulu. haha! dahsyat kan? :p

Yang dalam kotak ni adalah koleksi yang diorang nak buang untuk TAHUN INI..  Tapi tak tau nak simpan mana lagi.. Tahun lepas dah sekotak dibuang.. Cuma yang tinggal dalam kotak ni adalah my most precious collections..susah nak cari nii...


My most precious collections. Sedihnya nak tinggalkan kamuuu~~

Koleksi komik saya termasukla:

Dragon Ball (suma siri saya ada), Sailormoon (semua siri), Yuyu Hakusho (semua siri), Detektive Conan (semua siri termasuk special edition), Doraemon (banyak giler..tak tau siri apa) - ni adalah zaman sekolah rendah, siap kumpul duit langgan komik setahun, bayar guna money order lagi. (Zaman tu mana tau buat online transaction) Camna budak sekolah rendah ni tau buat money order? Pulun tnya akak post office kt pesta tu.haha!

 Juara Bola Keranjang (sebahagian jek), Slumdunk (sebahagian jek), Pakar Judo (3/4 siri), 3 eyes (separuh siri) <- ni adalah zaman high school, mak dah mula bising, klau beli juga duit poket kena potong dan kena focus kat exam.huhu.


Ni sebahagian yang sempat diselamatkan.huhu..

 Then Dik Cerdas, Kreko <- ni zaman masuk universiti.hehe.Tapi masa kat uni dah tak banyak beli komik sebab dah ada anime n manga ;)



Jadilah buat geli-geli perut..^^

 Terkini, suma koleksi komik kat umah adik2 saya lak beli -> Lawak Kampus dan beberapa tajuk komik cinta yang aneh2.huhu. Marah..of course! Beli beli jugak..result maintain beb. Tak maintain..saya sebat sorang2.haha.

Komik2 jugak..so far result and pencapaian kami adalah amat membanggakan ibu bapa. Biarpun berbuih mulut diorng bebelkan kami membazir beli komik, tapi biasalah kan, bebel2 jugak, jiwa remaja dan komik mmg tak dpat dipisahkan ;)

Sungguhpun sekarang adik2 saya dah tak beli komik lagi, tapi tak bermakna diorng stop baca komik, donlod jee...hihi. Jimat duit, parents pun tak tau. Yang penting result korang 3 pointer and above!

December 22, 2009

Cyril Simple Magic!



I LOOOOOVEEE this show!

Lama dulu saya pernah tengok video clip ni daripada adik saya. Best kan! Leh buat macam tu. Dia sangat adorable and kissable..opss.. ^^



Cyril adalah kacukan Jepun (ayah) dan French (ibu) . Dia adalah antara street magician yang sangat famous di Jepun! dan sebelum ni video klip dia bersepah2 kat internet. Walaupun persembahan dia lebih kurang macam David Blaine, dan sekarang kalau cakap psal street magician, ramai akan compare dengan David Blaine yang dah bertahun buat magic, tapiii... kalau korang tengok persembahan Cyril, actually ia lagi real dan spontan dari David yang lebih kepada aksi-aksi luar biasa yang tak masuk akal. (masuk akal dia je kot...hehe)

Yang benarnya kami adik beradik dah bosan dengan magic David tu sebab lebih banyak action merepek daripada tunjuk magic. Bagi kitaorang, Cyril adalah sangat best, dan mengujakan dan kiut (eh...hehe..pakej =P)

Then this year 2009, AXN dah buat satu rancangan khas untuk Cyril or Cyril Takayama (nama dia sangat kawaaaaaiiiii~~~ ) named as Cyril Simply Magic

Rancangan ni rasanya more for Asian sebab kebanyakan tempat yang dia pergi adalah Asia.

Untuk first episod citer ni, kami adik beradik memang tak lepaskan peluang berkumpul ramai2 duduk depan tv tunggu rancangan dia mula. First episod keluar pada 25/12/09, tempat: Singapore. Episod kedua bertempat di KL (bosan je tgk Pamela Amazing Race Asia tu yang jadi tour guide..huhu) then Episod ketiga bertempat di Taipei.

Bak kata Cyril,

Can magic really bring happiness?
Can magic break cultural and language barriers?
Can magic change the world?


The answer is, YES~ (^_^)

Like he always said, Anything can be real!. And everything he did really LOOKS real (magic is still a trick..jangan percaya sangat ;) )

[ Kira tak perlu la nak letak ayat, "perbuatan ini adalah bahaya, jangan lakukan dirumah.." ]





December 21, 2009

Kepoci..

I hate her.

Org dtg umah kau pun dah kira baik tau tak. Kau.. dari aku kecik nak menyusahkan hidup mak bapak aku, sampai aku besar pun kau nak menyusahkan hidup aku. Mak aku dah jaga kau masa kecik pun dah kira baik tau tak. Klau tak dah lama kau kena cekau dengan kuku aku masa aku kecik dulu. Tak kenang budi.

Dia: "Eh..tak dah nak balik ke? ingtkan nak bermalam kat sini?"


Mak: "Esk pagi angah balik KL,takut tak sempat nnt."


Dia: "Alaah...nak balik awal jeee..nnt majlis along aku pun nak balik awal gak la" (dengan nada sinis + dengki)



Ada aku kisah? Pastu perlu ke nak cakap cmtu depan semua org?

Hellooooo, bukan sengaja nak balik awal. Lgpun bukan aku tak tlg kat dapur tu. Klau dah 10 orang berkerumun kat dapur yg kecik tu. Macam petaling street dah aku tgk, nak tlg apa lagi? Pastu bukan family aku sorang yang tak tlg, ramai lagi cousin dan makcik2 lain yg tak tlg, kau tak sound la pulak.

Selama ni pun dari kami adik beradik kecik sampai besar, klau mak aku buat kenduri, ada korang dtg tlg? Tau2 datang makan je, ada kami kisah? Mak tak kisah pun, mmg dah niat nak bagi korang makan smpai kenyang.

Tapi kau..klau dah dengki tu, dengki jugak. Asal ada point, ada je nak kenakan mak aku eh. Dulu boleh aa kau buat..aku jarang kat umah..aku kecik lagi.. Selama ni aku buat tak kisah dengan kau, buat lembut dengan kau, kau buat sedap mulut je ya.

Tapi sekarang..next time kau buat lagi mak aku macam tu, memang aku pancung mulut kau tu. Kalau kau tak respect mak aku, jangan harap aku nak respect kau. Kau jangan buat aku marah..sekali aku marah, garuda pun kalah tau tak!




December 17, 2009

Love NEW!

Heh. Tak tau nak bagi tajuk apa. Minggu ni minggu kedua di tempat duduk baru. Hee =D

Banyak benda baru sejak kebelakangan ni. Is new good? Yes,this NEW is good~ ^^ Bila byk benda baru, rasa macam pegi tempat baru. Smangat pun baru. Mood baru. Hopefully next year status baru. Hihi!

Mula dengan officemate pindah sbb dapat offer master. Sure dia seronok gile. Dahla dpat sambung master, gaji jalan, klau rezeki ada dapat sponsor MARA lg. Tp..kami sedih la sbb takda sifu network kat sini. Borak2 psal benda merepek, komputer, blogging, macam2 la (byk merepek lg kot..haha)

Then dapat pindah tempat baru~ Dapat je news Kak Jiha nak pindah, awal2 lagi dh cop tmpat dia. ^^ Tmpat duduk lama sy sgt bosan..dh la dekat dgn dua2 pintu..klau student kuar masuk rmai2 kat situ, mesti bising.tension je. Tmpt baru ni sgt selesa dan nak mekap2 pun senang ^^ (ni klau performance keja tak naik tak tau la..hihi =P)

Lepas 2 tahun, tetiba terasa nak buat new arrangement kat bilik tdur. Deco! Deco! Deco! Setelah mereka beberapa pelan dan perabot yg kena kuar dan kena beli, akhirnya esk akan mula projek mengubahsuai bilik, yiiii~~ Bukan byk pun skit2 je. Tapi sbb bilik tu sempit dan barang sgt byk, mmg leceh aa klau nak tukar2 tmpat perabot2 tu. Mana tak nya, barang saya sejak sekolah menengah pun ada lagi. Sayang nak buang =P

Dapat jam tangan baru! >> Solvil Titus (sama tak dengan Solvil et Titus? ntah..ada kata sama, ada kata lain)
Setelah beberapa lama teringin nak ada jam baru (lihat post ni) akhrnya impian kesampaian~ Ala..bkn takleh nak beli sendiri, mengada je nak tunggu orang bagi,baru ada sentimental value ;) Shape mmg exactly mcm yg saya nak,bentuk segiempat =P


 Tadaaa~ tp tak nampak sangat la..silau.. =P


Azam saya tahun 2010: hurm...sama mcam tahun lepas, nak ada Azam yang sama sampai bila2 ;)



December 14, 2009

Kronologi Staff Day '09 - #2

Day 2: 6.12.09
Click image to enlarge




Pagi2 lagi dah ada tai-chi dan poco2. Pastu siap menari ala-ala salsa lagi. hehe. Jadila buat basah2 ketiak =P


 
Kecur tengok orang len panjat makhluk ijau ni. Sudahnya sy pn ikut panjat gak. Tapii..boleh pulak time org nak turun tu ada seorang jejaka yg ntah dtg dari mana, tetiba panjat de other side of the bukit ni, sampai bergoyang bukit ijau ni. Dgn saya2 sekali bergoyang~ Jadi sedar tak sedar saya dah turun bawah dgn tangan slide kat tali tu..huhu. Sakit uuu tangan...tersiat sikit kat kulit.hihi. Adalah bukti memanjat.haha~



 
3 gadis sunti yang tak penah jumpa bnda biru nih!


 
Yeayy~~ Excited sungguh ima. Mainnya tidak.hihi


 
"Marilah kita bersenam~" - En Nik


 
"bye~ Saya pegi dulu~"


 
Setelah berjaya pujuk beberapa org lecturer dari Kota Bahru, akhirnya saya dapat jugak naik bot ni dengan Kak Muhafizah ^^. Tak sabar nak gi tgk pulau dan bagi makan ikan.Yii~~


Penat bermain, silalah menjamu selera dengan buah-buahan tempatan~
Jenuh jugak dirong memetik buah-buhan ni =P

 
Dari kiri: Mimi, Dyana, Ima, Rai (duduk), Aza

 
Dari kiri: Aza, Rai, Mimi, Ima, Dyana, Azahari (eh..ada je dia ni ek.hihi)

 
Sebelum pulang~

Other link >> Kronologi Staff Day '09






Kronologi Staff Day '09

Day 1: 05.12.09


Hari pertama tiba di Ancasa Resort Allsuites,Port Dickson. Suma orang dah tak sabar nak check-in dan berehat kat bilik. ^^


Orang len sibuk dengan melompat-lompat kat tengah padang, kami enak2 aja bergambar.hehehe. Eh, azahari ada? biasala, azahari mmg dh register masuk group perempuan =P



Cantik tak? ^^
Dapat buat inai percuma kat entrance masuk hotel. Setiap design yang dia buat untuk setiap orang sumanya lain2.Takda satu pun yang sama. And dia langsung tak tgk cnth mana2 design. Ktorng tak pilih corak pun, suma design dia sendiri pikir. idea keluar macam air dr otak org yg buat tu. menarik kan? ;) Nak dapatkan inai pnya la lama...satu jam saya tunggu! Sbb dia cuma buka kaunter dari pukul 830am - 3.00pm. By the time sy smpai pun dah pukul 2pm. Tapiii...berbaloi-baloi~ ^^


- Kampung Seri KPTM -
Tema dinner malam tu ialah "Kampung", jadi suma design meja dan keliling ada lah kampung.


Orang len sibuk pakai kain batik n baju kurung bunga2 kecik, ktorng pakai langsung tak ikut tema =D


 
Sedaaaaaapnyaaaaa!! Kambing golek. Nyum~ nyum~
Tapi..
:
:
saya tak leh makan pun.. =(


 
Penyanyi Haiza.
Biarpun dia tak brapa famous, tapi persembahan dan celoteh dia malam mmg TIP TOP!! Riuh sekampung! Hehe. Dia sangat kelakar dan "menarik" ;)


 
Aaa...eh..kamera..ades..tak sempat posing.haha!


 
Akak ni baru balik pasar ke? Haha..selambe dia amik 2 ikat buah tu bawa kat meja ktorng. Ktorng pun apalagi..balun beramai-ramai~ Durian pun ada! Teringat kat kampung atuk dulu. Kumpul ramai2 makan buah-buahan kampung (^_^)


 
Persembahan 'Biarla Rahsia'
Persembahan yang dapat No 1. Diorang buat scene 'Aci-aci buka pintu' macam dlm citer p.ramlee tu. Sbijik! Mmg menarik! Yang jd aci tu pun perempuan india gk.hehe.


 
Pn Zai dan En Bakhtiar (x sure btul tak ejaan nama ni.huhu)

 
Antara hadiah cabutan bertuah. Banyak lagi hadiah yang menarik! >> Printer all-in-one, percutian 2 hari 1 malam, comforter mahal, set PC toshiba, mesin basuh, peti ais kecik, jam tangan mhal, handphone samsung yg paling kurang pun RM400 lebih. ish..banyak lagi la! Nasib baik tak baik je. =P


 
Daaan...saya antara yang bernasib baik tahun ni sbb dapat hadiah jam tangan~ Mmg dalam wishlist jam tangan tu, cuma tak expect dpt yang mahal cmtu. Thanks KPTM ^^


 
Pakcik2 ni bila dah jumpa Haiza, gelek tak ingt dunia.haha. Dari malu2 smpai senget2 badan.hihi.


 
Malam tu abis dengan joget lambak. Tapi ktorng tak join pun, sbb dah ngantuk sangat2 dah. Smpat la bergambar dengan Faiz dan Ima. =P



continue>>






One week..

Banyak benda berlaku sepanjang minggu lepas..tak sempat nak update. Walaupun agak outdated, tak kisah la kan.. ;)


1. Staff Day: 5.12.09 - 6.12.09

Staff Day ni every end of year akan dibuat. Macam tahun ni buat di Port Dickson (seperti biasa la kan.hehe) Tapi kali ni buat di Ancasa Suite Resort.

Overall adalah best! Aktiviti, hadiah, dan arrangement better than last year. (^_^)




2. Atuk sedara meninggal dunia 7.12.09

Berita kematian dapat pada pg subuh, tapi sbb jenazah belum sampai, jadi saya pergi juga kerja pg tu dan plan utk amik 2 hours leave ptgnya. Tapi pukul 2pm lebih tu sanak saudara dh ramai yg berkumpul di rumah saya. Serba salah jugak jdnya.jd trpaksa balik awl.



3. Atuk kandung sblh ibu meninggal dunia 8.12.09

Antara datuk yang agak rapat. Panggil Tok Ya (nama penuh Zakaria). Dia dh sakit tua lama..tapi masih boleh bergerak dan solat penuh sehari. Tapi sakitnya makin teruk 3 minggu sblm dia meninggal. Dalam 3 minggu tu juga dia duduk di ICU. Nak cerita keadaan dia mmg sedih. Tapi sbb mmg hrap dia akan sembuh.Sehari sebelum dia meninggal dia dimasukkan ke wad biasa sbb doktor kata pernafasan dia makin ok.

Tp pada 8.12.09 tepat jam 315pm, bila mak sy call beritahu "Along..atuk dh takda..." Saya mmg tak dpt nak tahan sedih lg dh. Ptg tu juga sy ke hospital. Nenek dah balik dulu sbb nak kemas rumah dan sediakan tempat utk letak jenazah. Sy cuma tlg mak uruskan documentation pengebumian atuk di hospital.

Malam tu ramai saudara mara bermalam bersama jenazah di rumah nenek sam. Jenazah atuk ya selama dikebumikan pada keesokan harinya. Selama 3 hari, bermula hari tu dan 3 seterusnya tu juga saya dan mak bermalam di rumah atuk untuk menguruskan majlis tahlil. Lepas ni, tak dpat la jmpa nenek sam selalu lg. Sbb dia akan ikut makcik balik ke KL. Jadi org KL dh dia.hehe.

Smoga rohnya dicucuri rahmat.. Aminn..



4. Jumpa kekasih 13.12.09

Setelah sebulan setengah tak jumpa akhirnya dapat jugak jumpa si dia wlaupun hanya utk 3 jam je. Cuma, perjumpaan kali ni tak mcm perjumpaan sblm2 nya. Kali ni saaaangat bermakna. Dh besar rupanya kami ni..hihi. ;)


December 3, 2009

Percutian~ marilah~

Weekend schedule utk bulan 12 ni sangat penuh! Dahsyat..asik terpikir..dah tulis..nnt tulis lagi..nnt tulis lagi..

Yang buat penuh tu bukan aktiviti sendri tapi memenuhi undangan Raja Sehari.hehe.Pening pikir mana satu nak pegi..ades..

Hrap kwn2 yg terlibat suma tak kecik hati klau ada yang tak sempat nak pergi, sbb priority utama saya akan pegi tmpat yg terdekat,kemudian tgk sapa yang leh temankan saya. Klau yg dah mmg janji berabad tahun lamanya tu mmg confirm saya akan pergi. The problem is..suma majlis tu clash dgn majlis sedara mara jugak.. =(

Weekend ni saya akan pergi ke Staff Day 2009 anjuran kolej kesayangan. BERAAAAAAAAAAT sangat nak pegi sbb 5hb tu majlis kahwin kwn sy kat Selangor sorang,sedara sorang dan yang paling sedih dan sangat terkilan sebab tak dpt pegi adalah classmate masa sek menengah, Fadzillah. Dan hari tu jugak salah sorang BEST FRIEND saya yang dah 5 thn tak jumpa, datang jugak..huhu. Plus..mcm reunian gak sebab ramai balik. Sangat sedihh... Dlu Hanee kat oversea, cuti tak sama,sekarang dia dah keja kat Malaysia, bila dia balik BP pun masa kita tak sama...isk isk isk..

Nak jmpa Haneee....waaaa... =(

Sebab Staff Day ni menyebabkan saya tak dapat jumpa best friend saya dah kwn2 lama saya. Maka saya akan pastikan saya dapat tiket ke London atau tiket percutian untuk 2 org atau TV Plasma. Hahahahaha~

Baru tak regret.hehe.


December 2, 2009

Nenek Kebaya

Korang sure tau cerita 'Nur Kasih' yang katanya macam fenomena tu kan, sampai pakcik yang dari KL tu sanggup nak balik awal after raya haji aritu semata-mata nak kejar cerita Nur Kasih kat umah dia.

Kami sekeluarga tak brapa amik port sgt pun dgn citer tu. Bukanla tak tau langsung, amik tau la jugak plot citer dia tapi mulut orang la,takda nak tgk sangat.

Tapiiii..cerita fenomena family ktorng adalah cerita 'Nenek Kebaya' kat TV3 dan TV9 tu. Kalau cerita 'Nenek Kebaya' mmg kami takkan miss walau satu episod pun! Even mak tgh masak pun sanggup matikan api tgk citer tu sampai habis. Klau ayah nak jumpa kawan dia pun, after citer ni. Klau tgh mandi pun sanggup mandi ala kadar sbb nak tgk citer ni..haha! Nenek Kebaya mmg best!

Cerita ni termasuk dalam genre Lagenda dan ada 20 episod tapi sekarang baru ada 17 episod. Ditayangkan setiap hari dari hari Isnin - Khamis pada pukul 430pm di TV3 dan ulangan 835pm di TV9. Tapi yang kat TV9 tu ada beberapa frame yang dia potong. Contoh mcm, patut nenek tu cakap terima kasih, dia potong. Kira tak frame2 yang tak brapa penting la.

Watak utama cerita ni ialah Linda Rafar Diana Rafar. Dalam citer ni Diana bawa 3 watak at the same time. Watak Samsiah (sbg isteri Tuan Adam), watak Intan Sari dan watak Nenek Putih (masa roh mereka bertukar) Saya mmg suka giler dia berlakon dalam cerita ni. Sangat semulajadi, sangat mantap dan setiap perubahan watak yang dia bawa semua nampak perbezaannya. (dah suka kan..suma pun best.haha! ) =D


Barisan pelakon cerita lagenda 'Nenek Kebaya' [source: utusan malaysia]

Cerita ni pun tak macam citer sumpah puteri bunian ke segala yang merepek + lembap + tak logic. Tapi jalan cerita Nenek Kebaya ni sangat teratur, detail, kamera shoot dia pun best. Jalan cerita dia pun logic sebab benda2 macam tu mmg wujud pun. Walaupun saya tak suka sangat dengan Zed Zaidi, tapi saya suka cara dia bawa watak ustaz dalam citer ni. Nampak dia cool dan tenaaaaang je... ^^

Ni sikit sinopsis cerita Nenek Kebaya:

Nenek Kebaya bermula dengan kisah purba mengenai tuduhan percintaan cucu Mak Inang, Indera Laksamana dengan Puteri Sinar Cahaya diketahui Raja Negara Kembayat Cahaya.


Indera Laksamana sudah pun bertunang dengan cucu angkat Mak Inang, Intan Sari yang kemudian memusuhi Puteri Sinar Cahaya yang dianggap perampas kekasihnya. Sultan mendakwa Mak Inang menjadi orang tengah di antara puterinya dan Indera.


Sebagai hukuman, Mak Inang dibuang ke tengah rimba selepas matanya dibutakan manakala Indera Laksamana dijatuhi hukuman mati. Puteri Sinar Cahaya dikahwinkan dengan Putera Wira Satria.


Di dalam hutan, Mak Inang telah diselamatkan oleh Intan Sari. Matanya disembuhkan oleh Sang Pertapa yang mempunyai pelbagai ilmu, tetapi membawa kepada kejahatan.


Intan Sari mengambil keputusan untuk membalas dendam atas kematian tunangnya dan menuntut ilmu daripada Sang Pertapa. Namun, dia harus menunggu sehingga tujuh keturunan untuk membalas dendam.


Selepas tujuh keturunan, hanya tinggal seorang pewaris generasinya, Nenek Putih atau Nenek Kebayan dan cicitnya, Samsiah. Samsiah digunakan oleh Intan Sari untuk melaksanakan dendamnya. Tuan Adam pula adalah keturunan ketujuh yang dimaksudkan itu. Apabila Samsiah dikahwinkan dengan Tuan Adam, pelbagai perkara ganjil mula berlaku.



Sila la tengok~ sila la tengok~ Marila tengok~ Seyes SANGAT BEST okaaaay!





Related Posts with Thumbnails