September 20, 2009

Mari ngunjung!

Saya tak tau masih ada tak sesi 'ngunjung' (at least tu la yg parents sy panggil =P) ni lagi di kawasan bandar tp di tempat saya, sungguhpun taman yang agak besar dan mewah (haha..lebih2 je) tp msih ada aktiviti 'ngunjung'

Apa tu 'ngunjung'?

Haa...Klau kunjung-mngunjung = orang kan yang mengunjungi rumah jiran2, tp ni bukan orang, LAUK yang mengunjungi rumah jiran2. Pelik kan? hehe..

'ngunjung' ni maksudnya beberapa hari sebelum raya kita mengunjungi rumah2 jiran trdekat atau sedara mara dengan bawa lauk-pauk. Nanti jiran tu pulak akan beri lauk-pauk yang diorng masak pada kita. Kira ia macam bertukar2 juadah la. Sangat menarik kan? (^_^)

Oleh kerana saya dan mak bercuti pada hari Jumaat (2 hari sebelum raya) kami cadang nak buat masak2 sikit untuk 'pulang pinggan mangkuk' pada jiran2. Beberapa hari sebelum ni,adalah 2 3 jiran kiri kanan depan belakang yg me'ngunjung' kpada kami, jadi kunun2 nak pulang pinggan tu maksudnya balas balik juadah yang mereka beri tu guna pinggan mangkuk mereka.

Alang2 dekat nak raya, jadi mak masak la ketupat,lodeh,rendang,sambal kacang dan...ha..tu je.hehe.

Yang tukang hntr nya ayah trsayang la. Kami..pemalu orgnya... ^^

Maka..jam berdetik menunggu waktu berbuka...

.

.

.

.

Ni baru separuh =P

Lagi beberapa minit nak berbuka, baru perasan makanan dah berlambak atas meja..! haha..rmai juga yang mengunjung ke rumah kami aritu. Lauk sambal kacang je ada beberapa jenis..lodeh pn pelbagai rasa..haha. Sangat meriah. Nasib baik adik2 pirana-ku suma dah pulang..hampir licin jugak la suma lauk2 tu..klau tak mesti jadi bahan sedekah kat ulat2 keesokan harinya..hihi.


4 comments:

zhu baik said...

dy.. area umah zhu pon masih ade adat ngunjung tu...best2 men tuka2 juadah..

slalu nyer tukang anta is adik ku yg kecik skali sbb dia mmg suke p jln2 umah jiran...hahaha..

cmne kah raye anda?

zuraidin said...

kitorang tahun ni buat utk 18 buah rumah, sedara mara dan jiran. Ok gak tradisi ni. Nak2 orang jawa cam aku nih...hahahah...

Wandi said...

kitorag ngunjung seminggu sblm raya. kalo ngunjung sehari @ 2hari sblm raya alamatnya tak termakan gamaknya. habis2 buang gak..

Amanda Eltiqaz said...

zuraidin: btul2..org jawa cukup suka wat mcm ni. baru seronok kan ^^

Related Posts with Thumbnails