September 4, 2009

Tengok la nanti...

Pos kali ni mmg berunsur dendam yg amat.

Smlm sy berbuka puasa dgn rasa tak puas hati sungguh dengan sesorang...sungguh keji dia mempergunakan keinginan insan yg suci ini utk keuntungan sendri.. kurang ajar.

Kronologi citer nya cmni...
Semalam sy telah ke pasar malam di Jalan Omar(bus stand lama) sbb mak nk cari mee rebus kegemaran dan sy teringin nk mkn rendang dia yg saaaaaangat sedap. Hampa. Org tu tak jual hari tu..

Maka kami ke Bazar Ramadhan Pesta (yg sangat terkenal di Batu Pahat ni) Ala2 Jln Masjid India la sibuknya kawasan tu dengan 1001 juadah.haha. Cari punya cari..akhirnya mak jmpa jugak org yg jual mee rebus 2nd sedap, tp dh abis..jd trpaksa beli kt satu lg gerai yg juga kwn lama dia,kwn punya psal beli jugakla wlaupun mee rebus tu sedap tmpat ke-5.huhu..

Okay, tu cuma selingan.hehe. Citer yg menggeramkan itu ialah. Saya telah singgah di satu gerai yg jual rendang. Tengok dari jauh macam sedap. Dah la kempunan rendang..jadi tanpa pikir panjang terus singgah..

makcik yg dibenci: Nak beli apa dik?

saya: rendang satu.

makcik yg dibenci: singgit takda jual dik. plg kurang rm2.

saya: em..bolehla.. (sambil mata masih meliar tgk ketupat dan serunding..hm sedapnyaa...)


pastu nmpk ada satu pengunjung1 nk beli ketupat kt situ, suami makcik tu jwb, "70 sen sebijik, yg byk ni Rm7" Pergh..mahal seh. Ketupat tu dah la kecut..kemek lak tu. Kat warung depan umah tu jual RM0.50 je,montok2 lagi segar. So tak jd beli ketupat makcik tu. Pastu dtg lg pengunjung2, nk beli serunding..dia beli RM4..tp bila suami makcik tu bungkus tgk mcm RM2 pn tak sampai. Cis..tak jd gk nk beli serunding dia.

makcik yg dibenci: Nah dik. (smbil hulur bungkusan rendang)

saya: eh..sy nk RM2 makcik..bkn RM1.

makcik yg dibenci: RM2 la ni dik. singgit kn tak jual.

saya: tp tu macam RM0.50 je.

Seyes korang tau tak..saya mmg terbeliak biji mata kat situ jugak! rendang tu byknya separuh tapak tgn saya je! tak termasuk jari2 saya yg halus ni lg. Saya terdiam smbil berfikir, klau beli nasi ambang pn leh dpt rendang byk tu dengan harga RM3.

pastu sy smbung: tak nak la makcik..skit sgt tu..

makcik yg dibenci: ni dh bungkus ni dik..kena la amik.

Saya rasa klau ikut logic kepala ni biasanya saya takkan beli. Tp sbb masa tu ada skit rasa kesian kt makcik yg teruk itu,sy amik jugak dan bayar RM2 dengan hati dan muka yg sangat meluat.


Memang la pernah dengar org ckp skrg harga mahal..tapi rendang tu sungguh MELAMPAU okay!!!! Bila tnya2 org len (sblm bgtau harga) suma teka harga tu RM0.50/RM0.80/RM1. Dia amik untung RM1 dibulan puasa??? What the *****!

Sampai hati dia buat org yg sedang berpuasa, yang ingin sangat nk makan rendang mcm tu..tak berkat dia jual rendang tu. Kalau sedap super power takpa gk. Ni kelat..tak sedap pn.

Orang berniaga ada etika la oii..jgn sebab kau sorang, suma peniaga lain kena tempiasnya..nk naikkan seposen dua takpa lg, ni sampai..klau letak kat piring cawan tu, ngam2 je kt bulat tgh2 tu. pastu harga RM2. kurang ajar tak..

Mulai hari ini dan seterusnya..saya harap takda sorang pn manusia akan beli atau singgah di kedai makcik tu. Buatla aniaya org lagi. Memang dia akan kena tulah sebulan dia niaga situ akan RUGI SANGAT2!!



10 comments:

Anonymous said...

takpe Dy, bulan puasa ni sabar jer lah. tu hint2 nak suruh buat rendang sendiri. hahaha :P

selamat berbuka :)

Amanda Eltiqaz said...

adeh..masalah nya wat rendang ku tak sedap..(sedey...)

Wandi said...

tak sedap.. kasi sedaplah... lgpon psl makcik yg tak best tu.. rasanya macam kenal. dengarnya, dah ramai org kena kat tempat dia nih...

fndrocka said...

kes nak cepat naik haji guna duit haram

Amanda Eltiqaz said...

wandi: tu la..kena blaja ni kan wandi ^^. Kwn2 mak pn pernah trkena dgn dia. bla mak citer baru dia bgtau =P

takpalah..tu antara dia dgn Allah..

fnrocka: ntahla..blh ke nek haji klau takda org beli =P

raptorarena said...

sabar2..mana tau kos dia utk buat rendang sebesar tapak tangan ayang + jari2 halus tu = rm10..

so bila rm2 dapat sikit je la kan..

sabar2..banyak lagi kedai lain jual rendang..

=)

Epy^Smith said...

ish.. saya di KL berbangga yg rege kt BP jauh lebih murah brbanding kt bazar Pandan Indah. well.. meniaga skrg untuk cepat kaya.. bkn nk bg org makan sedap2 dgn ikhlas.. bedoa jelah utk kebaikan dye.. dibukan ati jd pemurah.. amen..


p/s: kalau buat budget sndri murah sgt rendang tu jdnye..

Amanda Eltiqaz said...

raptor & Epy: wah..korang sungguh mulia..hehe. Klau tak mesti berapi lg hati ni.hehe.

zuraidin said...

aku rasa macam pernah dengar makcik rendang ni , yg ketupat kecut tu pun sama. Ada member kita kena gak, tak bleh bungkus RM1, at least RM2. Habih tu kita takde option ke?, tak pikir panjang makcik ni, dia ingat niaga sebulan boleh main hantam saja ke, kalau nak resepi rendang minta kat aku, rendang unta pun aku boleh bagi....jgn marah dyane, gurau2 makcik 2 ringgit....

Amanda Eltiqaz said...

zuraidin: btul! tak leh jadi ni. utk mengelakkan kena tipu lg, pembelajaran buat rendang akan dimulakan mulaai hari ini jugak!

Hm...apa rendang tu ek? (mana la buku resepi tu ek?)

Related Posts with Thumbnails