Saya selalu kena sakit bahu belah kanan dan lenguh kaki kiri.. Jadi ada satu masa tu pergi berurut, tukang urut tu kata badan byk kolestrol, belah kanan mungkin lebih truk kena sbb byk mengangkat tgn. Actually sy bkn la slalu angkat tgn mcm student nk jwb soalan tu. sbb sbb sy pendek kan, jd bila menulis kat whiteboard tu, mmg selalu lenguh pun.
Dan sebenarnya cikgu2 len pun menulis gak kat whiteboard mcm saya. Tp yelah antibodi n ketahanan fizikal stiap org berbeza kan. So berbalik kpd tukang urut td, dia suggest sy beli produk dia,
Omega-3 (
dikenali juga sbg minyak ikan kod). Menurut dia, supplement dia tu lebih baik dr produk2 di farmasi. Tapi sebab produk dia ialah Elken which is saya tau memang agak mahal, jadi saya takda beli pun. Cuma later saya try cari info psal Omega-3 ni.
Paling2 pun saya tau minyak ikan kod ni bgus untuk minda. Sbb kuar dalam iklan kat TV =P
Jadi, daripada beberapa sumber yang bercampur sana sini, antara yang saya dapat,minyak ikan ni mempunyai asid lemak omega 3 yang tinggi yang datang dari sumber makanan ikan iaitu fitoplankton. Asid lemak omega 3 banyak terdapat dalam walnut,plankton marin dan ikan berlemak.
Komponen utama minyak walnut adalah asid alinoleik (ALA),sementara asid lemak yang terdapat dalam ikan berlemak dan dan minyak ikan adalah EPA dan DHA.Manakala minyak sayuran pula mempunyai kadar asid lemak omega 6 yang tinggi saperti minyak jagong dan minyak soya yang mengandungi kadar asid linoleik(LA) yang banyak.
Dalam tubuh manusia,ALA juga boleh di tukarkan kepada EPA dan DHA.Walau bagaimana pun,proses penukaran ini kurang berkesan pada bayi dan orang tua.
Antara kebaikan asid lemak omega-3 (EPA & DHA) kepada kesihatan manusia, selain mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung adalah:-
- Meningkatkan tahap penglihatan dan sistem saraf pusat bagi fetus dan bayi
- Menggalakkan kecerdasan fikiran
- Melambatkan proses penuaan dan penyakit autoimmum yang berkaitan dengan usia
- Mengurangkan simptom psoriasis (sejenis penyakit kulit yang kronik)
- Memulihkan radang seterusnya mengurangkan risiko artheroskleriosis
- Mengurangkan kadar bengkak pada sendi bagi pesakit rheumatoid arthritis
- Mengurangkan kadar kematian bagi pesakit buah pinggang
- Mengurangkan tahap mikroalbuminuria bagi pesakit kencing manis yang bergantung pada insulin
- Meningkatkan fleksibiliti membran dan menggalakkan fungsi biologi
Then, saya tak nampak pulak ada cakap boleh kurangkan kolestrol. So mak kata, tak yah la beli sbb dia just nak promote produk je. Kita jaga makan je. Prevention is better cure. Hm..btul jugak kan!
Tapi based on statement kat atas, saya mcm berminat pada
Omega-6 tu. Saya rasa macam pernah ternampak
Omega-6 tu pada salah satu supplement yang mak saya amik, iaitu
Evening Primrose Oil (EPO) dari
Bio-Life. Sejak saya sekolah menengah mak suruh saya makan tapi saya jenis tak suka makan ubat kan, lelagi kapsul.
Dulu..even panado pun mak terpaksa cairkan dengan air sirap.. Bila masuk universiti, mak jauh, bila demam, nak cari sirap leceh, terpaksa la belajar telan panadol. Lama jugak la belajar, lama2 okay je..hehe.
Okay, balik pada EPO tadi, saya pun try cari info psal EPO.. Rupanya EPO ni SAAANGAT la baik utk perempuan. hehe. Even one of my fren yang amalkan supplement ni dari dia muda, sekarang even dia dah ada anak rmai pun, dia nampak lebih muda berbanding rakan2 yang sebaya dengan dia. Agak teruja sebenarnya.. ^_^. (
Sebab si dia nampak lagi comel n muda dari saya =P)
Kebaikan Minyak EPO berkualiti untuk kesihatan dan kecantikkan:
- Membantu mengawalatur kitaran haid
- Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS)-iritasi, sakit kepala, sakit payudara, kesenakkan dan kekejangan perut
- Mengurangkan simptom putus haid-panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj
- Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri -bermanafaat kepada kulit yang kering, tua atau berminyak.
- Melegakan ekzema dan alergi kulit
- Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kilit kepala yang gatal
- Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah
Plus, mak saya (
nurse) kata, doktor yang dia assist masa klinik breast cancer pun slalu suggest pada patient dia supaya beli EPO. Jadi saya pun cubaaa.....
After few months, my period dah normal berbanding bertahun2 yang tak normal. Migrain pun dah kurang, dan alergic kulit pun dah kurang (klau tak,klau kena sabun basuh pinggan atau sabun basuh baju tu pun, kulit mengelupas teruk..huhu). Suka~
Tapi sakit2 bahu kanan tu masih ada..huhu..
* * * * *
Info tambahan, klau korang nak baca, baca la. But worth reading it ;)
Ketua Saintis Efamol Limited, Peter Clough, berkata antara petanda kekurangan EFA adalah kekeringan kulit, kehilangan air melalui kulit yang tinggi, penyembuhan luka yang perlahan dan lemah dalam melawan jangkitan kulit.
“Selain EFA dan LA, asid Gamma-Linoleik (GLA) penting untuk kulit. Bagaimanapun kulit adalah satu-satunya organ yang tidak dapat menghasilkan GLA. Bahan kimia yang kuat dan terkena pada kulit menyingkirkan lemak seperti LA dan GLA daripada permukaan dan merosakkan lapisan di bawahnya.
Bagi masalah lebih teruk, ia boleh berkembang menjadi masalah yang dipanggil ekzema yang biasanya bermula di tangan dan merebak ke bahagian lain apabila terdedah kepada agen tertentu. Masalah ini boleh berkembang menjadi dermatitis yang kronik dengan kejadian rekahan kulit yang besar dan jangkitan kuman.
“LA dan GLA adalah asid lemak yang ditemui dalam minyak Evening Primrose Oil (EPO). GLA menjadi semakin penting untuk kesihatan kulit kerana perubahan diet dan gaya hidup. Evening Primrose Oil EPO juga membantu masalah ekzema atopik dan ruam lampin yang dialami bayi,” katanya.
Beliau berkata, berdasarkan kajian, menyapu GLA pada kulit mengurangkan kehilangan lembapan, meningkatkan kelembutan kulit dan mengekang kehilangan air daripada kulit.
“Evening Primrose Oil EPO, meningkatkan lembapan kulit sebanyak 13.9 peratus, menyekat kehilangan lembapan 10.2 peratus, ketegangan 19.2 peratus, keletihan 22.2 peratus, kelembutan 3 peratus dan keanjalan 3.5 peratus. Evening Primrose Oil EPO boleh memperbaiki dan mengekalkan kerosakan kulit disebabkan penggunaan sabun pencuci dan lain-lain seperti radiasi matahari, bahan kimia, kosmetik, pendingin udara dan asap rokok,” katanya.
Sekian~ =D