March 19, 2010

He got shot!

Hari ni saya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, tapi sebelum tu mcam biasa saya akan fetct mak dari hospital (mak saya adalah seorang nurse yang cantik lg lemah lembut ^^) Tapi yang mencurigakan saya keadaan traffic hari lebih sibuk dari biasa. Taman dalam hati saya mula terbakar..

"Eh..ni kenapa tak gerak2 lagi ni? Jalan ni biasa tak jem macam ni..eh..jalan la..mak saya yang comel tengah tunggu tuuu..hiiisssshhh..." ngomel sorang2 tanpa apa2 tindakan.. =P

Situasinya ialah...



Dari Simpang A ke Simpang B tu biasanya smooth je..klau ada jem pun stended biasa.. tapi hari ni, dari Simpang A ke Simpang B tu saya terpaksa tunggu sampai 2 kali traffic light! Even dah sampai depan pun masih tak lepas msuk ke kawasan B tu. Agak marah jugak la disitu..

Akhirnya lepas jugak saya ke Simpang B. Tapi yang pelik bila saya berada btul2 di depan traffic light kat Simpang B tu, saya nampak banyak la motor2 polis yang mula bersurai dan pergerakan traffic semakin smooth.. Kenapa ek? Nak kata dia jaga traffic, lampu isyarat tu ok je. Nak kata ada majlis kat Dewan Jubli Intan, takda apa2 pun..

Malas nak pikir saya pun teruskan perjalanan..langkah semakin laju..

Sampai je di hospital, seperti biasa mak bangun dari bangku dan msuk dalam keta smbil memulakan gosip of the day..hehe..

mak: "Along! Tadi kan ada polis kena tembakkk!"
saya: "Kat mana? dalam hospital? siapa tembak? brapa orang yang kena? bahagian badan mana yang kena mak?" (er...terbanyak lak tanya time tu..semangat dengar..hihi)
mak:"Em..ntah..kwn mak bgtau..dengar dia kena tembak dekat rengit. dia jalan2 dengan isteri dia, tetiba ternampak penjenayah, tapi bila dia cuba nak tangkap penjenayah tu, dia kena tembak dengan penjenayah tu. kena kat dada kot."
saya: "Ohh...uish..bahaya nya zaman skrg eh mak.Penjenayah tu buat apa? dia tak bawa senjata ke? isteri dia macam mana? "
mak: "Ish..mak tak tau laaaa...kwn mak citer2 tadi..mak malas nak tanya banyak..ngalahkan polis je tanya."
saya:"Laa...tadi mak yang semangat citer..adess..."
mak:"Tak..yang mak bengang polis2 tu selamba parking kat area laluan ambulans..tu yang mak tanya kwn mak kenapa ramai sangat polis datang. rupanya ketua polis dari JB suma turun Hospital Batu Pahat beserta gerombolan dia la tuu..melawat polis yang kena tembak tu."


Ohh..patutla..terjawab jugak soalan saya tadi kenapa polis banyak sangat.. Rupanya mengiring ketua polis daerah johor.


Saya sangat risau dengan kes jenayah sekarang..tak tentu msa..tengah ramai orang pun diorng dah tak takut lagi. Kes-kes macam ni la buat mak saya sangat risau nak lepas kan saya kuar jejalan dengan kengkawan klau balik lewat after 9pm.huhu.


After amik mak tadi kami sempat singgah Summit Parade (shopping mall),dan agak mengejutkan tetiba mak sangat berkeras tak nak naik lift. Dia takut..haaih...jenuh aa suma benda dia dah takut.. Dia kata takut orang jahat buat apa2 dalam lift takda orang nak tolong (since shopping mall tu pun agak lengang sebab hari biasa kan)

Problem..problem...

3 comments:

Puan nadxoxo said...

hehe layan jela mak selagi dia masih ada :)

Amanda Eltiqaz said...

tapi yang problem nya bkn mak, nad..penjahat2 ni ha.. Mak jd penakut sbb dia kat hospital..tetiap hari ada kes..tu yg dia cepat risau..huhu...

Ranumsetia said...

hehehe..dlm dok hot tu..nasib baik le..cik amanda tak tinggalkan kereta di tengah jalan dan berjalan kaki kehospital.

Related Posts with Thumbnails