Kali ke-5 pergi moderation final exam paper..tapi kali ni ada rasa tak best..huhu...
Harap2 la okay...
Jika derita moderation itu bahagia, ku pilih derita.. =(
**** [update] ****
Entry kat atas tu nak post sblm pergi moderation final exam papers di Kuantan, Pahang tapi tak leh nak post sbb tenet bengong skit time tu..huhu..
Suasana moderation final exam paper cm biasa la..hening, stress dan penuh serius..tapi setiap yg tak best..mesti ada yg best kan? ;)
Saya jumpa pengacara TV9 bukan satu tapi ramaaaaaaiiiii! Aidid, Aliff..dan beberapa gadis dan jejaka balik tabir TV9 yang saya tak tau nama..haha. Saya bkn kenal sangat pun artis2 nih. =P
Bukan jmpa tengah2 jalan..tapi jalan sama2 dari dalam lif sampai ke ambil makanan sampai la ke meja makan.. (tapi saya makan meja saya diorng makan meja diorng =P)
TV9 ada program Sua Rasa kat Kuantan dan rupany diorng menginap di hotel yang sama dengan kami. TAPIII bila dah jumpa depan mata gitu..suara nii tak terkeluar lak nak tegur..huhu. Selama 3 hari saya kat situ, jumpa diorng macam biasa je..haha.. Wlaupun hati nak sangat tegur especially masa Aidid amik lauk sebelah saya.. Tapi sampai sudah saya diam je..sambil tunggu dia letak senduk dan berlalu..adeh...
Dan sebenarnya sangat hope dapat jumpa kawan sy Sharifah Nur tapi berat sangat mulut nak tanya diorng Sharifah Nur ada tak. =P
Then sweet moments yang saya rasa agak best bila dapat pergi ke Teluk Cempedak~
source: http://photo-telukchempedak.blogspot.com/
Angin dia best..sampai terbang2 tudung..hehe. Ombak dia agak kuat tapi pantai dia cantikkkk~ pantai dia landai, pasir dia pun lembuuuuut je..hihi. Next time nak date kat sini la..hihi.
source: http://photo-telukchempedak.blogspot.com/
Kat kaki lima ni la ramai penjual2 kraftangan yang kreatif. Rmai la kakak2 staff membeli belah keychain, patung, ukiran, baju dan payung kecik sbg cenderamata. (Tapi..payung kecik blh buat apa? musykil la..) Kwn2 kolej saya rmai borong keychain yang leh masukkan huruf buat nama tu. Murah sangat dia jual! Satu huruf singgit, harga biasa RM2.50.
source: http://photo-telukchempedak.blogspot.com/
Haa..jambatan ni la yang kami naik menyusuri pantai..area tepi2 ni banyak batu dan ombak kuat..jadi jambatan ni leh guna untuk pegi ke pantai belah satu lagi. Suka sangat~ Pemandangan dia sangat cantik! ^^
Lepas tu kami pulang ke hotel dengan malam tu bertungkus lumus menyiapkan moderation hingga ke titisan terakhir.
Esoknya hari ahad, kami pulang ke Batu Pahat. Dari Kuantan pukul 2.30pm sampai Batu Pahat dah pukul 7.30pm. Conclusion nya? Sesi moderation kali ni best sbb dapat pegi pantai~ =)
4 comments:
nice pantai ;) dah lame tak pegi. huhuhuhuhhhhuuuuuuuuuuuu
anonymous: ish..tak berani la nak gi site tu. takut virus.. =(
cik bunbun: klau tak kerana keja, sy pun tak pegi gk..hihihi..
best sgt kat teluk cempedak..pantai yg cantik dan udara yg nyaman..rindu nk pegi sane lg...
qaseh: btul2..mmg best! hope dapat explore tmpat tu lagi klau ada masa. aritu dpat pegi skjp je.. =(
Post a Comment