March 29, 2010

One Week Marathon

Update! Update!

Lebih seminggu saya tak update..sorry..huhu..banyak benda berlaku..so let's hear FEW updates..hehe.

22/3/2010 - Pesta Buku Antarabangsa di PWTC, KL

Berikutan dengan bingkai spec yang patah aritu, hari2 yang saya lalui semakin kabur.. Agak terseksa sbnrnya, sebab pening dan tak kenal orang sangat. Tapi di sebalik derita tu ada bahagianya jugak. Ramai lak puji cantik.. [bangga kejap] hahahaha!

Okay, balik citer hari Isnin, saya ke KL bersama beberapa wakil pensyarah ke PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa 2010. Actually saya bukan wakil utama, tapi sebab menggantikan orang. Klau orang tu tak suh ganti pun kalau perlu saya nak merayu pada Kak Huda supaya bawa saya.Hehe. Pesta Buku okaaayyy...saya mmg giler dah lama nak pergi ke pesta buku cmtu! :D

Suasana sangat best, sangat banyak pilihan buku dan semuanya MURAH2! Cuma yang membataskan perjalanan saya adalah sebab saya tak nampak.huhu.Jadi bila terlalu ramai orang, saya jadi pening.. Pening2 pun saya sempat capai beberapa majalah, 1 novel, 1 kamus besta (dr fadzlee tu) dan 3 buku2 ilmiah. RM400 habis kat situ je! =D Tapi Kamus besta tu mmg agak berbaloi. Harga biasa RM498, tapi kat situ dia offer RM298! Best kan? ;)


23/3/2010 - Demam...

Saya RASA saya demam..tp doktor kata "Awak tak demam.."
Mula kuar mata ikan (ulser) kat bibir..mata saya merah dan mengecil..kepala pening..tapi doktor kata tak demam? Ye..mmg badan tak panas..tp saya RASA saya demam.. =(

Mengajar dengan penuh rasa malas...


24/3/2010 - Btul2 demam..

Check doktor di klinik skali lagi..kali ni dia bagi MC dan paracetamol SHJ. Dengan tanya soalan2 pelik. Msuk bilik rawatan, mcm biasa dia tnya, "Sakit apa?" (doktor sekarang mmg pelik..ptut dia yang check dan bgtau kita sakit apa..tapi dia tanya kita lak..huhu)

Saya: Rasa mcam demam..pening kepala..panas dalam kot..
Doktor/MA: Penat jaga anak yaa...
Saya: (Apa dia merepek ni??) Jaga anak apa..saya takda anak.
Doktor: Oh..puan penat sangat kot..
Saya: Saya belum kawin la (Pertama kali doktor tnyna soalan mcm ni dalam seumur hidup saya.Cis!) Ni pun dah lmbt pegi klinik sbb takda org nak hantar.
Doktor: Oh ya ke. Nape tak suruh abg hantar..abg sayang...
Saya: Dah, takda kaitan abg dgn demam saya. Saya takda abg.
Doktor: Ala..len kali cari la abg supaya dia leh hntar awk gi klinik.
Saya: Huh. Saya nak MC. Saya tak keja arini.

Saya malas nak jwb lepas tu. Ingt ada kekasih untuk hantar klinik je ke..huh! Kekasih org jauh la kerepek!

Tapi malam tu mak tak puas hati dengan doktor kerepek tadi, sebab badan saya mula kuar bintik2 merah serata badan! huhu..gatal tak terhingga! Tapi demi menjaga kulit badan agar tak calar..terpaksa menahan garu macam nak pengsan..huhu.. Mak bawa gi hospital.

Doktor kata saya allergi KOT. Jadi dia bagi ubat gatal dan injection. Banyak lak tu dia inject, doktor pertama kata 100 dos, tapi doktor kedua bagi 200 dos. Mungkin sebab saya kata.. "Doktor buatla camna skali pun doktor asal saya boleh baik secepat mungkin..saya ada program penting sabtu ni..(smbil buat muka sedih)"


25/3/2010 - Warded

Masih demam dan bintik2 merah semakin teruk! Sekali lagi pegi hospital. Kali ni doktor kata saya suspek denggi lak! Lepas check darah, dia kata saya terpaksa dimasukkan ke wad malam tu jugak! Saya dah gelabah..aahhhh sudaah...

Saya: Doktor,bila paling awal boleh keluar dari wad ya?
Doktor: Klau darah awk stable smula..esk (Jumaat) dah leh kuar =)
Saya: Most probably?
Doktor: Saya jangka awk kuar hari Ahad atau Isnin..

Waaa...


26/3/2010 - Makin teruk..

Bintik2 merah semakin banyak especially di muka. Mata makin kecil dan merah. Bibir abis merekah. Plg merisaukan..doktor tak dapat identify sakit apa sebab suma simptom2 sakit saya tak msuk langsung dengan denggi. Daripada elok2 semalam dia pasang kelambu, hari ni dia buka. Nak kata allergi? pun bukan sebab badan saya tak respon dengan ubat allergi yang diorang bagi. Nak kata campak? pun bukan sebab langsung takda mata. Merah2 tu suma dalam kulit.

Aaahh...saya dah risau camna nak jumpa kekasih ujung minggu niiiii... Sebab sure lambat kuar ward selagi doktor tak dapat identify, dia takleh nak bagi ubat..dan tangan sentiasa msuk air.. Dah tak comey nak jumpa kekasih..huhu..

Malam tu saya minum air mineral sebanyak mungkin..abis 2 botol 1.5ml tu. Majalah kata, klau minum air banyak denggi/campak/allergi or whatever sakit cepat baik.. Dah pastu asik gi toilet jee..haha. lantak..yang penting cepat baik..


27/3/2010 - Beransur pulih

Bangun pagi rasa gatal dah kurang.. (^_^) Pagi tu 3 kali gak doktor datang check dan 2 kali amik darah. The best thing to hear..dalam tengah hari gitu..doktor pakar datang dan cakap, "Sorry to tell u that kami masih belum tau awk sakit apa. Tapi since demam awak dah baik, kami benarkan awk pulang. Tapi lagi sebulan awk kena datang smula untuk tahu result SLE"

Hari ni birthday saya. My present is discharged from hospital. (^_^)

Hari tu jugak kekasih hati saya datang. Yiiii~~ Pagi tu saya mandi setelah 3 hari tak mandi. Itu pun sebenarnya doktor tak kasi mandi sebab kalau mandi merah2 tu naik. Tapi saya mandi jugak sebab taknak la jumpa orang tersayang dengan tak mandi.yeewww...

Wlaupun terpaksa jumpa kekasih hati dengan keadaan yang sangat tak comey dengan bekas2 merah kat muka suma, tapi suka sangat bila dia datang ^^

Saya dapat hadiah teddy bear yang tekan perut kuar bunyik =P

No comments:

Related Posts with Thumbnails