April 28, 2010

Kursus Pra-Perkahwinan

Dah laaaaama saya nak pergi kursus kahwin ni. Since first year kat universiti lagi. Walaupun time tu actually saya takda la so-called boyfriend pun.hihi. Even sblm tahun akhir pun saya teringin nak pergi kursus kahwin walaupun time tu hubungan kekasih ni macam ombak lagi.. =P

Dulu setiap kali ajak mesti dia tak nak.

Mula-mula ajak..
Saya  : "Jom la awak..kita pergi. Sekarang murah. RM50 je..nanti dah mahal susah"
Dia  : "Ala..malas la..lambat lg"


Kemudian..
Saya  : "Awak..jom pegi..ni kali terakhir dia buat sehari. RM80 je. Nanti dah jadi 2 hari dan mahal lak tu. dah leceh"
Dia  : "Ish awk ni. Kalau nak pergi biarla sebab nak belajar bukan sebab murah. Berapa2 pun nanti saya boleh bayar.Kalau awak nak awak pergi dulu.."
Saya  : "Tak nak..orang nak gi saing awak.."


After tunang..
Dia  : "Bila ek kita nak pergi kursus kahwin?"
Saya  : "Haa..secepat yang mungkin~ hihi. Takpa biar saya survey. Ayang( sudah tukar..=P) pun survey juga tau."


Jadi dengan itu..
Pada sabtu dan ahad minggu lepas (24hb April - 25hb April) kami dengan tekunnya pergi ke kursus pra-perkahwinan yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Daerah Batu Pahat. Seronok sangat sangat sangat dapat tengok dia pakai baju melayu lengkap dengan samping dan songkok.. Waah...mcm pahlawan~ (termaktub dalam peraturan okay..kalau tak, takdanya dia nak pakai gitu.hihi) Last saya nampak dia pakai baju melayu adalah masa kami form 5, iaitu selepas 7 tahun.

Kesimpulan mengenai kursus itu..? Sangat MEMBUKA MATA.. Ya..kami insaf insaf.

Susah rupanya nak jadi isteri..apatah lagi isteri solehah..huhu. Especially bila dia tanya, "Okay, para bakal isteri..para bakal suami tengok ya.. Siapa antara kamu disini yang dah berlatih seawal pukul 5 pagi untuk membuat sarapan?"

Saya? Tak boleh angkat tangan..huhu... (jujur okay...tapi yakinkan diri..takpa takpa..nanti lepas kahwin saya mesti berusaha jugak..bangun tu boleh..tapi buat sarapan nya yang BELUM boleh.. =P)

Ingatkan bercinta je penat. Ye..penat sebab dah la bertahun-tahun jauh. Setiap kali keluar mesti rasa macam satu Johor tengok. Sana kawan ayah, sini kawan mak, kawan nenek..pun ada, tak masuk student lagi..ades..  

Kalau kahwin dapat duduk dekat. Boleh tengok wayang midnight sama-sama, mandi laut, berkhemah di kaki gunung, melancong jauh-jauh <- ni suma niat suci nak kawin pada awal ketika sebelum bertunang. hehe =P

Tapi lepas kursus tu kena betulkan balik niat ye cik Dyana. Kahwin kerana Allah.. (sambil teringat tenungan ustaz ke arah saya..huhu)


Banyak yang kami belajar. Untung dapat pergi sama-sama sebab dua-dua dapat ilmu yang sama. Kalau ikutkan hati dulu sibuk nak ambil awal sure dah lupa. Betul duit takda masalah. Yang penting ilmu (^_^) Thanks for coming, dear~


[ MC lagii.... =( mata merah doktor bagi 3 hari cuti. ]

5 comments:

Nadya Heidi aka nadxoxo said...

hihi, biar betul bgn pagi wat sarapan kul 5. husband pun duk mimpi lagi :P

Unknown said...

belajo wat sarapan utk bakal suami...

Amanda Eltiqaz said...

nad:
tu la..mungkin betul kot. sbb dia belum bangun la dia tak nampak cmna kita wat sarapan dan berapa lama kita wat sarapan. tak msuk jampi2 skit..hik hik..


wandi:
Wat sarapan senang wandi. tapi wat sarapn pukul 5pg? huhu..

miza said...

hoh mana sempat pukul lima bangun nak buat sarapan. time tu bangun untuk mandi wajib je. hahaha

ok excuse sy miang sikit

tapi aku kena educate kamu yang inesen ni utk jadi lebih miang. haha

Amanda Eltiqaz said...

miza: oi oi..belum tiba masa lg oi..tunggu bln 11 nnt. BANYAK aku kena blaja dr ko..haha.

Related Posts with Thumbnails