May 27, 2011

Makan Udang!

The best thing after you quit job is you don't have any job! Haha. Memang agak bersenang lenang dengarnya tapi itulah hakikat. Buat masa sekarang agak selesa begitu sebab memang tujuan nye nak rehat kan, tapi kesian lak kat hubby bertungkus lumus kais pagi makan pagi, kais petang makan petang..untuk memberi tiga butir nasi kepada keluarga..sebutir saya, sebutir baby dan sebutir dia. heee...tapi sbb baby kecik lg, jd dia amik separuh butir je..lg separuh kasi abah yee.. =P

Okay, cukup merepek td. Senang kata, berehat membuatkan saya cuba jadikan pekerjaan utama adalah meng'update' blog serajin mungkin. Walaupun sebelum ni pekerjaan utama adalah tidur..tapi kena kurangkan dah la kot..cukup2 la tidur..nnt baby kuar pn asik tdur je bosan gak ibunye ni.

Hari ni saya teringin nak makan udang~!
Haa..udang. Makanan yang saya dah tinggalkan lebih dua tahun! Sebab saya alah. Bukan teruk pun, cuma dulu setiap kali makan udang tak sampai sehari, muka dah timbul2 jerawat baru yang besar2 dan gatal..tapi kat muka je la. Jadi senang kata semua seafood saya tinggalkan lah kecuali ikan.

Sebabkan teringin, mula biarkan je, malas nak layan keinginan sangat, tapi bila gi kedai makan tengok adalah pulak lauk udang masak lemak..sedaaaaaap nyaaaaa!! takpa2 kita pusing dulu tengok lauk lain..then lalu lagi..sedap jugak lauk udang ni. Ish..nanti2 lauk lain ada lagi.. Kali ketiga pusing..ish tak leh jadi, mesti kena amik udang ni..terasa macam dipanggil2 je dek udang2 tu suh saya makan dia. hihi.

Akhirnya dengan hati yang nekad, saya amik jugak udang tu 2 ketul. Ala..skit je tak jadi apa kot. Sampai kat kaunter, nafsu pulak bermaharajalela... "Cukup ke ek 2 ketul ni? Nnt tak kenyang pulak..". "Err..dik, akak amik lagi 2 ketul la udang ni ek, brapa semua?"

Hoho~
Akhirnya saya makan udang 4 ketul yang besar-besar!! Nasib la apa nak jadi. Yang penting kita happy kan baby~~ ^^ Oleh kerana duk umah pun sorang dan malas nak basuh pinggan klau tapau, jadi saya makan je kat kedai. Sorang2. Yee..sadis tak? Tapi peduli apa..saya tetap dapat menikmati udang dengan sedap, siap ada buah honey dew lagi sebagai pencuci mulut. Hehe.

Masa mula-mula menikmati suapan pertama tu tak ramai sangat orang kat kedai tu sebab suma gi solat jumaat kan. Dan dan saya abis makan je, berduyun para lelaki beratur untuk amik makanan. Hee..seb baik dah siap makan. Klau tak mesti ada jejaka kacak akan datang dan duduk depan saya seraya berkata, "Cik adik manis, sorang je ke? Boleh saya teman?" hihihihi... Jadi sebelum episod drama tu bermula, baik saya pulang dulu. =P

Credit to: http://zezzatty.blogspot.com


Oh..sebab kalut2 nak balik, jadi tak sempat nak bergambar dengan udang-udang comey tu,hehe. Sian tengok ia lama-lama kat pinggan, jadi memang tak nak buang masa la masukkan ia dalam mulut sekor demi sekor! =D

Tapi gambar di atas tu mmg exactly rupa udang saya yang 4 ketul tu, cuma tambah nasi putih je. Lauk lain takda. Hanya nasi dan udang 4 ketul. Cukup mengenyangkan~ (^_^)


May 26, 2011

Blouse and Dress

Susah nak cari baju mengandung. Klau dah bulat betul lain citer, ni separa bulat. Baju kurung je muat, kain suma dah tak muat..isk isk..

Free2 ni survey2 jugak baju n sluar mengandung, sebab blm berkesempatan nak tempah baju kurung. Dah mula enakkk perut~~

Last 2 days saya shopping baju dgn hubby. Agak susah nak pilih yg comel dan murah..tp sbb dah malas nk jln2 sgt..cepat penat lak. So kami bercadang terus ke Jusco Tebrau, ada nurse klinik bgtau yang situ ada section untuk maternity clothes yang cantik.

Round punya round, akhirnya ketemu juak.. Tak dapat nak amik gambar pun sbb time tu excited sangat! haha. Seluar mengandung sangat unik! Ia ada getah kat depan perut yang leh membesar dan blh resize. hehe. Mula2 tak tau nak guna tali ubahsuai tu, dah pilih sluar semua longgar tapi bila test2, rupanya blh resize. Hehe

Rupa sluar saya lebih kurang mcm dalam gambar ni:

Credit to: http://butik-mydreams.fotopages.com

Saya amik 2 helai, satu warna peach mcm gambar seluar ketiga tu, satu lg warna hitam. =D

Pastu amik sehelai blouse ala2 t-shirt untuk buat jalan. Sebab blouse yang ada suma dah kecik2.. huhu sedih... Gambar ia lebih kurang macam ni:

Credit to: http://www.nurturedfamily.com

Tapi amik saiz S je la..sbb kecik lagi. Tu pun brand Scarlet, klau brand Scarlet tau la kan, saiz S dia besar mana..lebih dr standard Malaysian. Baju tu ada tali, jadi tali tu ikat abis aa kat pinggang. Nnt gemuk skit baru lawa pkai..hii.

Then arini saja survey online pulak, mana tau leh order online, tak yah nak gerak2 pilih baju..ada few sites yang saya suka design baju dia, tapi yang paling buat saya teruja adalah site ni: Muslimah Couture Online Boutique Yang ni link facebook dia, link site dia: http://www.muslimahcouture.com.my/

Cuba tgk sample baju-baju dia kat bawah ni:

Click to enlarge

Click to enlarge

Click to enlarge

Click to enlarge

Super cantik2 kan?! Ada banyak lagi yang cantik2, korang leh gi link facebook dia. Tapiii....walaupun saya sangat teruja, saya tak leh pakai lagi buat masa ni, just hope after bersalin lagi design yang cantik2 ni masih ada atau..lebih cantik..heee~

Site lain yang best untuk baju ibu mengandung dan baby>>

http://www.armaya.com.my
http://butik-mydreams.fotopages.com
http://www.monstyle-shop.com
http://www.urbankids.com.my

Mungkin kawan-kawan saya yang lain selaku ibu-ibu yang ada site lain klau boleh letak la link site lain, mana tau dapat membantu saya ibu baru yang masih terkapai-kapai cari pakaian yang sesuai.

**Nota sayang: Baby saya dah 3 bulan 3 minggu~~! (^_^)

May 18, 2011

Week 1 Sebagai Penghuni Johor Bahru

Actually hari ni baru saya betul2 berpeluang untuk mengupload gmbar n post semua entry2 yang saya dah tulis. Sorry for the delay..sebab last week blogger ada problem..then broadband saya pulak super lembab..jadi cuma leh tulis je, tapi tiap kali nak post, dia jadi lambat.

Im not working yet. Yes..that's the best thing =D So hari Isnin (16.5.2011) adalah hari pertama sebagai penghuni JB, saya duduk rumah je. Mak mentua cuti hari tu jadi saya banyak meluangkan masa melepak bersama dia di ruang televisyen..hehe. Tak banyak aktiviti, berborak, dan mengemas bilik, susun baju2 dan barang2 yang baru di bawa dari Batu Pahat ke dalam almari.

Second day, Wesak Day dan PLKN..
Hari ni semua bercuti la kan. Pagi2 kami dah bersiap ke rumah Andak (mak sedara) untuk breakfast kat sana. Sebenarnya tujuan asal adalah nak jenguk Syafiq, cousin kami yang nak ke PLKN hari tu. Breakfast tu adalah penghibur utama kami di pagi itu.hehe. Sementara nak tunggu waktu nak hantar dia Dataran (tempat daftar dan semua pelajar2 PLKN naik bas) banyak jugak la yang diborakkan. Macam-macam kisah sedara mara yang lama2 semua keluar. Kisah bakal baby pun ada. Sangat seronok. Selain kami, paman dan cik ati pun ada kat situ. So smua ada 3 keluarga la berkumpul semata-mata nak hantar syafiq gi PLKN. hehe.

Dan hari ni, Rehat dan Blogging Day
Semua orang gi keja, abah ke Desaru selama 2 hari mengajar kursus. Alin (adik ipar) ikut abah skali. Jadi tinggal saya sorang kat umah. ^^

Can't wait for this weekend!! Hujung minggu ni kami sekeluarga bercadang untuk ke KL, tengok rumah abg lan dan kak fatiha..hehe. sambil2 tu jalan2 di KL skali.

Ni gmbar rumah abg lan masa dia pndah, cantik kan! Wish dpt satu rumah jugak akan datang ^^


My dear baby, this is the first holiday in ur life~ (sambil usap2 perut..hehe)

The Day He Fetch Me =D

Hari Sabtu lepas, azam datang untuk pungut saya dari Batu Pahat untuk di bawa ke Johor Bahru..hehe. Perasaan agak aneh jugak sebab kali ni pemergian saya ke Johor Bahru bukan sebagai tetamu lagi tetapi sebagai penghuni tetap.

Azam baru turun bas..hehe..mesti dia tak nmpk sy =P 


Resign =)

Pada tanggal 12 May 2011, officially saya telah berhenti dari kolej as pensyarah. (^_^)

Actually tarikh ni adalah tarikh birthday ayah saya, so happy day with great news. I love it soo much!!

It's for the best. I am moving with my husband to Johor Bahru..yiii~ Memang dah lama teringin nak dekat dengan azam, baru kali ni benar2 jadi, dia punya happy tu tak tergambar, seperti melihat keindahan dari puncak gunung everest ataupun melihat keindahan coral di lautan...i am totally happy!!

Tapi pada tu saya tak dapat nak really say good bye pada kwn2, sebab decision tu pun tetiba. I did plan to quit cuma saya decide untuk quit lebih awal dari tarikh asal plan. And hope for better life there in Johor Bahru with baby n hubby. =D

So pada 13 May (jumaat) officemate ada buat simple majlis perpisahan skit untuk saya dan sorang lg lecturer yang nak pindah, En syahman. Thank u so much! I really appreciate that.

To be honest, sy sangat sedih nak tglkan kwn2 di kptm batu pahat especially lecturer nya. Dan saya sangat2 bersyukur dapat mengajar students di sana selama 3 tahun setengah yang ada pelbagai ragam dan kerenah, tetapi 3 tahun pertama adalah kenangan terindah buat saya sebab dapat student yang best. Diorng ada ada sangat baik dan ada yang sangat nakal, tapi most of them stil remember me, and we still keep in touch, dan of course saya ingt diorng. ^^

KPTM Batu Pahat, Thank u for giving me the most valuable experience as a lecturer and an employee. ^^

My best friends~
Kak Dila, Me, Azahari, Hisham

Lecturer IT

Sorry..ni je gambar2 yang sempat saya amik...bateri handphone dah sangat kritikal..huhu. Wish can come again with a healthy body =D

Majlis Khatam Quran

Dalam keadaan mabuk+loya ni saya masih sempat join majlis khatam quran di rumah atuk belah hubby. Ya kwn2, kuat tak kuat semangat, nak tak nak kena pergi jugak kan. Tp of course la semangat lagi kuat bila berada di samping hubby tersayang..hehe. Cuba suh pegi shopping sorang2..kalau dulu ya la seronok, sekarang tak nak maknanya.

Actually majlis tu dah lama plan sejak sebelum saya pregnant lagi, meaning the day after we married. Plannya atuk nak sambut dua2 menantu di kampung dan memperkenalkan menantu-kepada-cucu (hehe..susah lak nak explain) kepada seluuuuuruh penduduk kampung.. cucu-menantu sulung la katakan.. :P

Tapi kalau setakat buat kenduri biasa macam tak menarik, jadi makcik2 menambahkan rasa memberi cadangan untuk membuat majlis khatam quran skali utk cucu2 atuk yang lain. Mana sangka kan pengantin dah bunting..hehe.

Nak tak nak, saya terpaksa menyarungkan baju yang saya tempah sebelum kahwin dulu. Haaa...boleh bayangkan camna sempitnya baju tu? Saiz baju tu sama saiz dengan baju nikah saya. Cuma lain kaler je. Cutting suma sama, mmg ikut shape takda kesian pnya lah.

Bila saya nak sarung, adoyai...punya la susah sebab baju dh sempit..perut pun sempit. Nak buka apatah lagi. Menahan nafas je la sepanjang majlis tu. Orang sibuk baca, dalam saya membaca sempat juga kunyah gula2 nak kurangkan rasa mabuk.

Jom tgk gambar..hehe.

menahan mabuk.. 
Ni waktu majlis khatam quran, yang khatam depan tu, yang 3 orang blakang tu cuma hiasan je.hihi. Tengah mabuk gak time ni, tu yang pegang perut.. :P

cousins~

hubby selaku jurukamera~ ^^

hubby & abg lan

Dengan akak~ (rmai org kata mcm adik beradik tp kami sbnrnya adik beradik ipar hehe)


Menantu dan ibu bapa mertua~

Hee... ^^



May 7, 2011

Update

Last week.

Result appointment minum gula: saya ada kencing manis???

Additional info, sekarang semua ibu mengandung TERPAKSA menjalani pemeriksaan minum air gula, 2 kali sepanjang kehamilan, sekali pd awl pregnancy, lagi skali pada akhir pregnancy. (dulu2 takda tau...huk huk)

Kesimpulan yang saya leh kata mengenai benda minum gula ni adalah..SANGAT MENYEKSAKAN!! Minum tu je tak seksa..sebab minum air gula sedap. Tapi yang seksanya ialah..sebelum minum tu kena puasa dari malam, then amik darah dan ujian air kencing, then lepas minum air gula kena tahan lagi 2 jam takleh makan, after 2 jam kena amik darah lagi dan ujian air kencing, thennnn....baru boleh makan..

Yup kalau orang normal dan takda mabuk mmg it looks simple dimple. Tapi bagi orang yang mengalami morning sickness + pening + gastrik..it really torturing.. Plus, takleh muntah selepas minum air gula tu, klau muntah within 2 hours tu, dia reject dan kena buat balik. See..tak best kan?

Pendekkan citer, kat klinik kampung tu, dengan kipas berpusing dan dalam keadaan rmai orang menunggu..di kerusi panjang yang melekat2 tu (alaa..mcm kt klinik la..ada kerusi plastik yang smbg2 tu) saya telah tidur selama 2 jam sebab tak tahan mabuk sangat. Time tu dah tak kisah malu ke apa ke. Mungkin mak saya la yang malu..hehe.

Dan resultnya, nurse kata saya ada kencing manis( nilai 8.1) Klau normal bawah 7.8 Pelik gak sebab dalam history family saya takda kencing manis. Tapi nurse kata benda ni possible sbb biasanya ia macam penyakit ibu mengandung. Hopefully.. Cuma yang merisaukan, ada beberapa kes yang selepas bersalin pun penyakit kencing manis ia tak hilang, tu yang bahaya. So sebagai langkah berjaga2 dan demi kebaikan baby tercinta, saya diwajibkan menjalani pemeriksaan setiap minggu untuk check status kencing manis saya.

Minggu seterusnya, saya check lagi. Kali ni takyah minum air gula tapi kena gi klinik 4 kali sehari.huk huk. Paling tinggi catatan adalah 8.8. Hoho...ntah apa yang saya makan.

Next week.

Saya kena jumpa doktor lagi untuk pemeriksaan berkala ibu mengandung + pemeriksaan kencing manis..

Saya tak sure. Nurse kata, kadang-kadang bukan sebab pemakanan sangat, kalau ibu terlalu stress pun bleh menyebabkan penyakit ni datang sebab time mengandung mmg sistem imunisasi badan lemah, bila stress, ia bertambah lemah, jadi apa yang kita makan, wlaupun biasanya normal, akan jadi penyakit. Susah la nak kata nurse.. lepas ni saya cuba jaga makanan, tapi stress tu saya tak tau nak buat macam mana..

Related Posts with Thumbnails