May 27, 2011

Makan Udang!

The best thing after you quit job is you don't have any job! Haha. Memang agak bersenang lenang dengarnya tapi itulah hakikat. Buat masa sekarang agak selesa begitu sebab memang tujuan nye nak rehat kan, tapi kesian lak kat hubby bertungkus lumus kais pagi makan pagi, kais petang makan petang..untuk memberi tiga butir nasi kepada keluarga..sebutir saya, sebutir baby dan sebutir dia. heee...tapi sbb baby kecik lg, jd dia amik separuh butir je..lg separuh kasi abah yee.. =P

Okay, cukup merepek td. Senang kata, berehat membuatkan saya cuba jadikan pekerjaan utama adalah meng'update' blog serajin mungkin. Walaupun sebelum ni pekerjaan utama adalah tidur..tapi kena kurangkan dah la kot..cukup2 la tidur..nnt baby kuar pn asik tdur je bosan gak ibunye ni.

Hari ni saya teringin nak makan udang~!
Haa..udang. Makanan yang saya dah tinggalkan lebih dua tahun! Sebab saya alah. Bukan teruk pun, cuma dulu setiap kali makan udang tak sampai sehari, muka dah timbul2 jerawat baru yang besar2 dan gatal..tapi kat muka je la. Jadi senang kata semua seafood saya tinggalkan lah kecuali ikan.

Sebabkan teringin, mula biarkan je, malas nak layan keinginan sangat, tapi bila gi kedai makan tengok adalah pulak lauk udang masak lemak..sedaaaaaap nyaaaaa!! takpa2 kita pusing dulu tengok lauk lain..then lalu lagi..sedap jugak lauk udang ni. Ish..nanti2 lauk lain ada lagi.. Kali ketiga pusing..ish tak leh jadi, mesti kena amik udang ni..terasa macam dipanggil2 je dek udang2 tu suh saya makan dia. hihi.

Akhirnya dengan hati yang nekad, saya amik jugak udang tu 2 ketul. Ala..skit je tak jadi apa kot. Sampai kat kaunter, nafsu pulak bermaharajalela... "Cukup ke ek 2 ketul ni? Nnt tak kenyang pulak..". "Err..dik, akak amik lagi 2 ketul la udang ni ek, brapa semua?"

Hoho~
Akhirnya saya makan udang 4 ketul yang besar-besar!! Nasib la apa nak jadi. Yang penting kita happy kan baby~~ ^^ Oleh kerana duk umah pun sorang dan malas nak basuh pinggan klau tapau, jadi saya makan je kat kedai. Sorang2. Yee..sadis tak? Tapi peduli apa..saya tetap dapat menikmati udang dengan sedap, siap ada buah honey dew lagi sebagai pencuci mulut. Hehe.

Masa mula-mula menikmati suapan pertama tu tak ramai sangat orang kat kedai tu sebab suma gi solat jumaat kan. Dan dan saya abis makan je, berduyun para lelaki beratur untuk amik makanan. Hee..seb baik dah siap makan. Klau tak mesti ada jejaka kacak akan datang dan duduk depan saya seraya berkata, "Cik adik manis, sorang je ke? Boleh saya teman?" hihihihi... Jadi sebelum episod drama tu bermula, baik saya pulang dulu. =P

Credit to: http://zezzatty.blogspot.com


Oh..sebab kalut2 nak balik, jadi tak sempat nak bergambar dengan udang-udang comey tu,hehe. Sian tengok ia lama-lama kat pinggan, jadi memang tak nak buang masa la masukkan ia dalam mulut sekor demi sekor! =D

Tapi gambar di atas tu mmg exactly rupa udang saya yang 4 ketul tu, cuma tambah nasi putih je. Lauk lain takda. Hanya nasi dan udang 4 ketul. Cukup mengenyangkan~ (^_^)


2 comments:

fauzani~ said...

saya teringin makan masak lemak ketam...tp xjumpe lagi...huhu

Amanda Eltiqaz said...

Hihi. Kena cari kdai makan yang msak tengahari la fauzani, klau ngidam sgt, pastu kedai tu takda masak, request kdai tu msakkan utk awk esk.. :D

Related Posts with Thumbnails