May 7, 2011

Update

Last week.

Result appointment minum gula: saya ada kencing manis???

Additional info, sekarang semua ibu mengandung TERPAKSA menjalani pemeriksaan minum air gula, 2 kali sepanjang kehamilan, sekali pd awl pregnancy, lagi skali pada akhir pregnancy. (dulu2 takda tau...huk huk)

Kesimpulan yang saya leh kata mengenai benda minum gula ni adalah..SANGAT MENYEKSAKAN!! Minum tu je tak seksa..sebab minum air gula sedap. Tapi yang seksanya ialah..sebelum minum tu kena puasa dari malam, then amik darah dan ujian air kencing, then lepas minum air gula kena tahan lagi 2 jam takleh makan, after 2 jam kena amik darah lagi dan ujian air kencing, thennnn....baru boleh makan..

Yup kalau orang normal dan takda mabuk mmg it looks simple dimple. Tapi bagi orang yang mengalami morning sickness + pening + gastrik..it really torturing.. Plus, takleh muntah selepas minum air gula tu, klau muntah within 2 hours tu, dia reject dan kena buat balik. See..tak best kan?

Pendekkan citer, kat klinik kampung tu, dengan kipas berpusing dan dalam keadaan rmai orang menunggu..di kerusi panjang yang melekat2 tu (alaa..mcm kt klinik la..ada kerusi plastik yang smbg2 tu) saya telah tidur selama 2 jam sebab tak tahan mabuk sangat. Time tu dah tak kisah malu ke apa ke. Mungkin mak saya la yang malu..hehe.

Dan resultnya, nurse kata saya ada kencing manis( nilai 8.1) Klau normal bawah 7.8 Pelik gak sebab dalam history family saya takda kencing manis. Tapi nurse kata benda ni possible sbb biasanya ia macam penyakit ibu mengandung. Hopefully.. Cuma yang merisaukan, ada beberapa kes yang selepas bersalin pun penyakit kencing manis ia tak hilang, tu yang bahaya. So sebagai langkah berjaga2 dan demi kebaikan baby tercinta, saya diwajibkan menjalani pemeriksaan setiap minggu untuk check status kencing manis saya.

Minggu seterusnya, saya check lagi. Kali ni takyah minum air gula tapi kena gi klinik 4 kali sehari.huk huk. Paling tinggi catatan adalah 8.8. Hoho...ntah apa yang saya makan.

Next week.

Saya kena jumpa doktor lagi untuk pemeriksaan berkala ibu mengandung + pemeriksaan kencing manis..

Saya tak sure. Nurse kata, kadang-kadang bukan sebab pemakanan sangat, kalau ibu terlalu stress pun bleh menyebabkan penyakit ni datang sebab time mengandung mmg sistem imunisasi badan lemah, bila stress, ia bertambah lemah, jadi apa yang kita makan, wlaupun biasanya normal, akan jadi penyakit. Susah la nak kata nurse.. lepas ni saya cuba jaga makanan, tapi stress tu saya tak tau nak buat macam mana..

1 comment:

Nina Aman said...

dy dear...watch ur meal ok...byk2 plain water tau...ko dh bape weeks?

Related Posts with Thumbnails