June 2, 2011

Selipar Lama dan Selipar Baru

Ada satu hari tu , saya dgn hubby gi Giant Kampung Melayu bersama mak mentua dan adik ipar. Jalan-jalan shopping dan cari barang keperluan.

Agak-agak apa perasaan korang klau tengah jalan-jalan ternampak orang pkai selipar sebelah lain sebelah lain macam dalam gambar ni?


Haha. Mesti gelak besar kan! Tapi kalau nak gelak sebesar-besarnya tu dalam hati je la kan..kang kesian dia jalan tersepit2, sebab malu. Stop! Jangan gelak lagi..macam mana kalau orang itu adalah anda sendiri? Mampu gelak besar jugak? hahaha..itu kena rasa sendiri baru leh tau.

Nak jadikan cerita, mamat dalam gambar tu ada geng rupanya! Geng pakai selipar salah.... Hehehehe. Macam ni ceritanya..
Ddari kereta sampai ke dalam Giant tu, saya jalan sebelah azam, tetiba terasa lain, dalam hati berdetik "Apsal aku rasa macam jalan dengkut-dengkut ek? ", "Apsal aku jalan macam tak stabil je ni..hm..orang mengandung memang macam ni la kot.."

Dah lama skit, azam ckp, "Kenapa awk jalan pelik?" Secara tak langsung dia tengok kaki saya, saya pun tengok kaki sndri, pastu bila kami berpandangan semula..terus pecah gelak segelak-gelaknya! hahaha..rupa-rupanya...


pakai selipar terbalik!

Gambar amik lepas kuar dari Giant =P 

Saya pakai sebelah selipar nipis, sebelah lagi wedges..patut pun berdengkut2 rasa. hihihi. Dia punya malu sampai terasa darah naik ke muka! hehehe. Elok2 tadi berjalan, terus jadi gelabah. Saya pegang tgn dia dan jalan blakang dia.

"Ayang cepat la beli selipar baru..cepat la ayang..."
"Haha..sabarla..kita msuk dalam dulu baru cari selipar yang murah skit...jalan selamba je lah..nnt orang perasan.."

Dah masuk dalam. Cepat2 cari paling simple n murah, terus buka tag harga and pakai. Hehe. Malas nk gi kaunter sbb ramai, lgpun nak jalan lagi cari barang2 dapur jadi terpaksa pakai terus. =P Then dah abis berjalan, sampai kat kaunter, kami bagi cashier tu tag harga selipar je, bgtau dia yang selipar dah pkai, akak tu senyum jek..hik hik

Selipar baru yang murah =D

jadilah buat ada2..hehehe


Selalunya budak kecik je pkai selipar terbalik camni. hehe. Sekarang saya pun terkena..haaiih...



5 comments:

Farah And The Fairy World said...

kelakar lah madam nie..tp ok apa.. kenangan tu tau hihihi

Amanda Eltiqaz said...

haha..sampai mak dan adik saya tak nak jalan dgn saya sbb malu..hehehe

cactusitu said...

haha, dy memang selambaaaa ^_____^

Nur Diyana Joha said...

maaf madam ..saye tergelak dengan besar nya secara x segaja...huhuhu kelakar...

Amanda Eltiqaz said...

zye:
hehe. terpaksa menyelambakan diri =P



diyana:
huhu. takpa2, sy terima gelakan dgn hati terbuka =D

Related Posts with Thumbnails