June 16, 2011

Murtabak Maggi

Minggu lepas di suatu pagi yang hening...hm...tak hening sangat la..dah pukul 830pagi gak. Perut berkeroncong je rasa. Terasa nak masak sumthing la.. hehe

Jujurnya..saya dah lama tak masak since kawen aritu. Hehe. Yelah..since kawen..kami tinggal asing2, saya duk dengan parents saya, Hubby duk dengan parents dia. Jumpa pun seminggu sekali je. Tu pun most of the time makan luar sebab kuar dating. Hehe. Kalau kat umah pun, samada mak atau adik yang akan masak. Sebab diorng rajin masak ^^

Saya bukan malas pun..cuma tak nak masak je..er..sama tak ek? :P Lgipun biasala adik beradik pempuan ramai, bila sorang dah masak, yang len akan ada job masing2, samada basuh baju+lipat kain, sapu rumah, dan tukang basuh pinggan. Uii...pinggan tu sentiasa banyak tau!

Balik pada cerita tadi, okay..saya ada jugak la rajin lepas 2 bulan kawen tu, kadang2 terasa nak masak, tapi tak boleh pulak sebab 2 bulan lepas kawen tu saya pregnant, fasa mabuk yang teruk menyebabkan setiap kali dengar orang mula nak masak je cepat2 saya lari masuk bilik. Memang tak boleh bau langsung. Muntah tak henti2. Dekat 3 bulan jugak la camtu.

Then bila berpeluang pindah ke JB saya tinggal dengan ibu bapa mertua. Kat sini fasa mabuk tu belum berakhir, kadang2 ada, ikut jenis masakan. Makan dah boleh, cuma jangan bau sngat. Jadi most of the time mak mentua yang akan masak. Lagipun ikut selera abah la. Klau saya msak takut tak ikut selera, dah takda orang makan. Hehe (alasan~) Tapi most of the time, kami dan parents mentua makan luar je. Saja bawa saya try kdai makan baru. =)

So hampir 6 bulan kawen..senang kata saya takda masak berat2 pun. Sampai dah lupa skill nya..kadang2 kekok lak. Cuma goreng2 je la orang cuba buat. =P


Jadi, dengan bangganya saya nak bgtau yang minggu lepas saya telah mencuba resepi murtabak meggi mak saya. Resepi mak mmg sedap! Dulu adik bawa gi sek dia, berebut2 orang mkn smpai adik saya tak dapat. Last2 adik saya buat bisnes, sape nak kena beli. Ramai seh yang order! Separuh bulatan tu RM2 dia jual. Dah mak saya kena buat banyak2 tiap2 pagi. Bila dia dah malas nak buat baru la adik saya benti niaga. Hehehe.

Saya tak pernah buat sendiri benarnya, slalu saya tukang godak bahan je, takpun tukang balik kan murtabak dalam kuali tu. Kali ni saya buat from the start. Excited! Cuma nebes skit sbb yang akan cuba rasa nanti parents mentua. Kalau family saya sendri kutuk takpa, ni parents mentua..gelabah la jugak kan.

Ni antara bahan-bahannya:

Sempat amik gambar tu...hehehe

  • Mee Maggi Kari - sebungkus
  • Telur - 3 biji
  • Bawang merah besar - 1 biji
  • Lada hidup - 1 biji (kalau suka pedas boleh la letak 2 kot)


Haaa...senang je kan bahan-bahannya! Cara nak buat:

  • Buka bungkusan dan asingkan perencah Maggi tu.
  • Rebus mee Maggi tu sampai dia lembut skit lepas tu tuskan. Letak kat tepi
  • Potong2 bawang dan lada tadi
  • Pecahkan 3 biji telur tadi dalam mangkuk dan gaulkan bersama perencah maggi. 
  • Kemudian masukkan bawang dan lada yang dah di potong tadi, dan gaulkan bersama.
  • Panaskan kuali dengan minyak, pastu masukkan mee maggi yang telah dituskan tadi. 
  • Kemudian masukkan telur yang telah digaul tadi ke dalam kuali dan ratakan bersama mee maggi

Haa...pastu masak la cam goreng telur dadar..hehehe... Dah siap hidangkan..tadaaa~~


Opss...tak sempat amik gambar yang dah siap masak. Saya tengah sibuk basuh pinggan, tengok2 dah ilang beberapa keping. Abah dah makan. Hehe. Keputusan nya? Abah dan mak kata sedap~~~!!! Yeay..berjaya buat~ ^^

Ignore rupa dia sebab saya tak pandai nak buat cantik2. Lepas ni saya akan buat cantik2. Tapi memang sedap. Klau tak sedap mesti abah akan komplen, sebab saya selalu kena komplen kalau masak tak jadi. Hehehe.

So tak payah gi beli murtabak kat kedai pagi tu. Hehe. Thanks to my mum juga sebab tlg bgtau resepi. Hihihi.



6 comments:

kid said...

macam sedap je.boleh cuba resepi ni.

King said...

haih.. tgh lapar2 nie pulak tebukak blog nie.. hehe

Amanda Eltiqaz said...

kid:
mmg patut cuba, blh wat sarapan klau mlas nk kuar beli breakfast..senang je.



king:
hehe, lapar suma nmpk sedap kan!

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

first time dengar resepi murtabak meggi ni.. hehehe

Amanda Eltiqaz said...

Hehe. Ni resepi org mls..msak barang dh ada je..maggi dan telur.. ^^

Nizam Ash Aziz said...

hehe, minat murtabak meggi ni madam, tapi tak tahu nak buat, so memandangkan dah ada resipi ni, boleh lah saya cuba. hehe. Thanks madam. (:

Related Posts with Thumbnails