Ni tarantula kecik je, ia boleh jadi besar sebesar beg sekolah budak tu ok! |
Tapi dalam kebahayaan tu, masih ada orang sanggup bela tarantula sebagai haiwan peliharaan? Tak dapat saya nak bayangkan macam mana orang leh tengok tarantula yang bahaya tu macam, "alalala kiutnya diaaa..meh sini meh..come to papa~~" Huhuu...
Honestly, saya tak pernah la encounter tarantula depan2, slalu tengok dalam kotak kaca je, macam tengok budak2 AF yg duk dlm rumah kaca tu. Tapi kali ni lain seh..kali ni real punya!
Walaupun saya mengandung, dan ada sesetengah orang tak suka tengok haiwan2 macam ular, labah-labah, kala jengking..tapi I find it facinating! Sangat menarik. At first nampak, teringat la jugak orang2 cakap, so agak takut apa effect dia terhadap baby ek? Tapi bila semakin tengok, hati rasa nak tengok laaaaagi dekat..hihi. Tp stil amik langkah berjaga-jaga..better jangan pegang. Hehe.
Within this week jugak, saya dan family mentua, gi Pandan Uptown, ala..mmg tak leh nak lawan uptown kat bandar-bandar besar tu. Tapi tu bukan pointnya, yang penting sekarang kat sini ada satu gerai kecik yang menjual haiwan2 ganjil sebagai haiwan peliharaan. Mereka saaaaangat COMEL...mereka adalah...ular, kala jengking, sugar glider, labah-labah tarantula dan ia ada pelbagai saiz dan jenis..hahaha..
Ular kecik. Yang besar saya takut nak amik gambar..hehe. |
Saya tak tau la kan..mungkin sebab azam dan adik2nya 'berjiwa haiwan'...jadi keinginan dan minat terhadap haiwan ni sampai buat diorng rasa nak pegang haiwan2 tu. huhu.. saya risau ok. pengunjung lain cuma tengok2 je. tapi diorng ni siap layan abg kedai tu. Abg kedai tu pun apa lagi, dengan hati berbunga2 terus bukak sekotak demi sekotak haiwan2 'COMEL' td untuk tunjuk pada azam.
"Awk nak pegang yang mana satu?" Sampai buka kotak2 yang ada ular. Physco okay...
Lepas pilih satu ular, abg tu terus dengan selambanya melilit kat leher azam..waa...saya yang takut. "Ayang jgn pegang mulut dia yang...jgn pegang kepala dia..! Ayang diam2 yang.." Azam sengih je..hoho..berlagak yee...
Ular..anak ular kot..yang ni pegang dulu sblm lilit kat leher. Hee~ |
Then pada masa yang sama Alin dan mak melayan Sugar Glider, ia macam tupai tapi mata dia bsar~~ Ni btul2 kiut tapi ni haiwan peliharaan abg kedai tu. Saya pun tak tau nama benda alah tu apa, Azam yang sebut, dia kata dia pernah tgk kat NatGeo Wild, rancangan dokumentari kat Astro tu. Hihi..cik sugar ni mmg kiut miut!! rasa nak gigit je! Alin cuba pegang cik sugar ni, tapi takut2 la..geli kot..binatang ni asik gerak2 je sekeliling bahu..saya nak tangkap gambar pun susah... ^^
Alin dan Sugar Glider (bahu kiri alin) |
Then, abg kedai tu menjadi semakin galak..dia excited kot ada pengunjung yang sibuk bergambar dan pegang haiwan2 ganas dia tu. Sedang enak2 kami tengok kala jengking dan labah2, tetiba dia bukak sekotak kala jengking. "Awak nak pegang yang ni?" Saya bising kat azam, "Eh, tak yah ngada la ayang..tengok je dah tau bahaya. Ish..",
Pastu abg tu tak berputus asa, dia buka lagi satu kotak, ada tarantula.. "Haa..yang ni nak? Lawa skit..hehe.".
"Hem..yang ni brapa ringgit bang?" Azam buat2 interested. Kami berkerumun tengok tarantula tu.
"Yang ni mahal skit, saya bagi awk lagi satu" Dia cari yang kecik skit. " Haa..yang ni murah skit, RM300, nak pegang". "Alaaa..tak yah pegang2 la..huhu..bahaya tuu.." Mak bising.
"Takpa..saya jaga, kena pegang hati2 ni (abg tu siap warning lagi okkk..) Klau dia angkat kaki dia, jangan gerak, kalau dia turun kaki dia, baru kita leh pegang dia. Klau tak nnt dia sengat. Klau awk nak pegang nnt sy ajar caranya.. =D" Yakin je abg tu... =(
Dalam Azam taknak tu, skali Alin yang takut Sugar Glider tadi pulak kata nak pegang..jom tengok video. Abg tu warning klau nak amik gambar jgn ada flash, saya takut terus tertekan video. Lantak la..then azam tukang amik gambar..hehe
Alin pegang tarantula..saksikan! =D
Kat bawah ni gambar2 alin dengan tarantula. Hee..geli seh..
Ni awal2 lepas letak tarantula..hehe. Dalam takut ada berani =P |
Selepas tu kami teruskan perjalanan cari baju segala. On de way pulang tu kami terjumpa kucing liar yang sangat comel~ Tengok macam kesian je, kami terus decide nak bela dan bawa pulang.. =D
Nama saya Lolo~ |
8 comments:
waaahhh..ada entri pasal ni sehh!!
tapi..apakah handset tak on..??
Hehehe...pengalaman tuu...handset ayang la tak on :P
macam budak2 af? haha.sugar glider tu memang comel.
kid:
hehe. yelah, budak af pun duk dalam kotak kaca gak. =P
mmg pun! rasa nk korek je mata dia kan..kiut sgt~
hye madam =)
sy pernah niat nk bela sugar glider.sbb dy comell sgtt..geram2..!!
tengok lolo cam rupa musang dalam cite zoo tuh la..
comel nya Sugar Glider 2..... nak satu ??
tp macam mahal jerk
kucing tu comel la..=)
gadiest:
haha. musang kiut~
diyana:
hehe. tu laa..rasa nk gigit je kan mata dia =D
afiq:
kucing pungut yg gedik jugak~ =D
Post a Comment