January 26, 2010

Tudung renyuk...=(

Berikutan kemangkatan Sultan Johor pada 23 Jan 2010..


Sultan Johor
Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail


Hari Sabtu tu saya sekeluarga tak buka citer lain dah. Memang menonton TV9 semata dari pagi sampai ke petang. Cuma tuisyen ptg tu membantutkan kesetiaanku utk menonton tv..

Hari Ahad berlalu seperti biasa..iron baju dan baju keja mak seperti biasa..siap buatkan lilit putih kat songkok ayah. Sian dia. sy tak sempat nak beli reben, guna ketas A4 pun jadilah..

Pagi Isnin, tak seperti hari biasa. Lagi AWAL dari biasa. Pukul 630am tepat dah kuar umah. Bermakna pukul 515am dah kena bangun pagi. (maklumla..gadis mandi lambaaatt..) Dan main tarik je tudung yang mmg kebiasaan nya digandingkan bersama baju tersebut, iaitu purple terang siap batu kilat2 lagi. Sbb tudung suma siap sangkut.

Sampai office baru teringat 'hari ni kena berkabung laaa! aduish..'

kalut call atuk mnta tlg hantarkan tudung tp atuk dh gi keja.call kak dila tp dia ingt org memain..ish..cmna ni.. Nak tak nak terpaksa lalui jugak hari tu dgn selamba..

Tetiba tengahari Isnin tu adalah pulak dengar berita klau tak pkai pakaian berkabung sperti yang diarahkan kena denda RM300. Uit? Tak dgr lak berita Menteri Besar arahkan denda..? Tapi gelabah jugak la.sbb kwn org citer kat JB ada yang dah kena denda.huhu..

Ptg tu mnta tlg ayah hntrkan tudung putihmasa dia lalu gi bandar. So balik keja tu plan nak gi bank. Smapai keta tgk ada tudung putih atas seat keta. Ayah yang letak. =P

Alamaakk...kenapa ayah tak amik tudung yang bergosok..ades... Hah..lantak..gosok ke tak..demi nak selamatkan RM300, pakai jela.. dengan berkedut2 nya dan bekas lipatan masih bersegi2 tu..orang tebalkan jugak muka pakai tudung tu... huhu.

Pastu idup enjin tgk minyak lak takda..adeih..kena pegi bank pulak. Malu tak malu..terpaksa la kuar juga dari keta, nak cucuk duit. Ada gak la pakcik2 n makcik2 yang asik tertgk2..mesti dlm hati diorng kata, "selekeh nye la hai budak ni.." Dalam hati saya,"terpaksa la pakcik..huhu"

Sekali balik umah..dengar berita yang menafikan dakwaan psal denda dan seangkatan dgn nya. Ish.pepandai je buat citer tau. Btul la kata menteri tu. Kita kena ikhlas dan sejujur hati nak' berkabung' ni atau lebih bestnya kata menghormati kemangkatan Sultan kita.

Jadi, saya tetap nak pakai tudung putih ke kolej esk. Baru terasa mcm zaman kesultanan melayu johor ^^
Semoga rohnya dirahmati Allah..



4 comments:

f a i z a h 's said...
This comment has been removed by the author.
f a i z a h 's said...

ahaha..kelaka...ingat ka btul2 pasai denda...nk gak pertikaikan pasal keikhlasan tuh...hu

Nikiey said...

xpe tudung renyuk pon dee..janji maintain cute~ hehee

Amanda Eltiqaz said...

hehe.ikhlas2..bahkan smpai hari jumaat pkai tudung putih =p

Related Posts with Thumbnails