April 16, 2010

Panas la...

MC lagi...

Rasanya baru masuk bulan keempat..tapi tahun ni jugak paling banyak MC saya pernah ambil..huhu

Dengan cuaca yang tak menentu..bila hujan..lebat sesangat..bila panas..panas sesangat..aduish..memang merengsakan!


Kalau dapat kipas gini pun ok gak kan ^^


Pulak aircon kat bilik lecturer ni dah sebulan tak dibaiki2 lagi. Saya seriusly sangat tak faham apa yang buat lama sangat nak service air con..sangat rimas bila setiap kali pulang dari kelas yang memang sedia maklum sentiasa aircon rosak dan kipas yang 2 ketul dikongsi seramai 28 orang, harapan untuk tengok air-con bilik lecturer tu 'hidup' hanya tinggal harapan..Kalau dinding buka tingkap nampak pepohon menghijau dan kicauan burung takpa gak..ni buka tingkap je cahaya matahari berlumba-lumba masuk dengan ganas mencucuk anak mata..silau dan panas... =(


Kipas duduk adalah teman manusia sejak puluhan ribu tahun...hingga kini jasamu masih dikenang..terima kasih kipas duduk kerana masih mampu berpusing menyejukkan badan sekadar yang mampu... =)


Bila la kebajikan kami ni nak dijaga sebaiknya..aaihh..






3 comments:

QASEH said...

ha'ah la kan..cuace sangat panas..
pemanasan global yg sangat kritikal..
i dun like...huhuhuhu..

Amanda Eltiqaz said...

yg kat luar panas..satu hal cik qaseh..mmg diluar kawalan kita pn.. Tp kipas/aircon tu slagi kita leh dpt, mesti kita dptkan, tul tak? =D

Zuraidin said...

air-cond , sejak dari dulu lagi memang mcm tu, ingat last sem, lab panas mcm oven, kalau letak ayam sure dah boleh makan lepas habis kelas huhu

Related Posts with Thumbnails