First thing first minggu lepas (11 June/Sabtu) kami plan untuk ke Mersing sebab ada jemputan sebagai fasi untuk Program Titian Kecemerlangan. Program tu untuk pelajar2 MRSM Mersing. Oleh kerana kami ni bekas pelajar mrsm first batch, jadi cikgu homeroom kami (yg anjurkan program tu) jemput la kami. Program ni dah lama plan, cuma tentatif je tak dapat. Tau2 je tarikh 11 June.
Jadi malam Jumaat tu, kami ni sbuk la pegi cuci kereta bagai, pastu plan nak kemas baju suma. Ada sorang lagi kawan pun dah siap pun kemas baju. Saya ni sebab nak kena kemaskan baju Azam lagi kan...jadi alang2 lambat..malam skit la kononnya baru nak kemas.
Nak jadikan cerita dramanyaa...Farhan, kwn Azam call..
"Eh bro, program tu bukan minggu ni laa....minggu depan!!"
Haa? Kepelikan kan..lawak pn ada..haha. Actually kami suma ni salah tarikh! Dah berhari2 dapat tentatif rupanya tak check, main assume 11 June sbb Farhan kata 11 June. Hoho~ Ingatkan minggu lepas, rupanya minggu ni..18 June.. heh. Terbalik2 suma plan. Plan nak balik kampung bagai suma dah terpaksa tangguh lagi.
Jadiii...oleh kerana tak jadi gi Mersing, pagi sabtu tu baru kalut nak plan dan buat listing, nak balik kampung saya ke nak pegi kerja kawen. Kami ada 6 jemputan wedding kawan2 minggu tu, termasuk kawan Azam nye wedding.
1. Rozaiman & Nurhidayah | JB | 11 june
** rozaiman kawan sy dan azam di mrsm
2. Nad & Hubby (tak ingt nama..hehe) | JB | 11 June
** nad kawan sy dan azam di mrsm
3. Mimi Dalina & Nasir | Muar | 11 June
** mimi officemate saya di KPTM
4. Zulfadli & Arina | Melaka | 12 june
** both kawan saya di UTP
5. Rahim & Rafidah | Batu Pahat | 12 June
** rahim kawan sy dan azam di mrsm
Lama juga la perbincangan berlangsung.. klau saya balik kampung, saya dapat gi majlis mimi dan rahim, dpat 3 tempat. Tapi klau saya tak balik kampung, saya cuma gi majlis di Johor Bahru. Actually ada lagi satu majlis, kawan officemate Azam di JB. Jadi di JB pun ada 3 tempat. Yang di Melaka saya minta maaf la sangat2 sebab jauh, kalau hubby tak nak pegi, saya pun patah kaki juga lah.
Bincang punya bincang..last2 saya cakap, "Asik gi majlis kawen kawan ayang je..minggu ni kita gi la majlis kawen kawan saya..sian mimi. Saya dapat balik kampung skali.."
Elok2 je tadi bincang muka ngadap saya, terus dia muncung...hihi..dan2 la dia buka game bola dia..
Majuk la tu konon.. =P |
"Yelah yelah...kita gi majlis kawen JB je..ya...dah dah...ayang nak pakai baju apa? " Kena pujuk la pulak... Tak sampai hati tengok muncung panjang sangat =P
Jadi program minggu tu, selain pergi majlis kawen, kami banyak berjalan2 bersama ibu bapa mentua. Dan program bergembira bersama rakan2 opis dia. Hehehe...jadi unexpected program dah.
Patut minggu ni nak servis keta tapi kena pergi Mersing, tangguh la next week lagi. Next week MESTI balik kampung. I mau jumpa kawan2 lama~
Rumaizah, Aman, Wanie - my baby wants to see u guys, dear unties~
Wanie, I nak tgk cincin u tau..jgn sembunyikan..hehe..
Rindu masa makan dengan kak dilla dan kwn2 office~~ (tapi tak rindu kptm..hoho~)
** Badan ni pun rindu dah dengan Kak Ima (tukang urut family) kaki pinggang suma dah sakit2...ades....
2 comments:
ader contest untk madam sila singgah di sini -> http://nanabeez89.blogspot.com/2011/06/contest-kami-kaki-blogging.html
Okay, i'll try~ =D
Post a Comment