March 31, 2010

Tag: Diriku Dirimu =P

Sorry Rai..dy baru buka blog arini.haha. gila lama lost dari alam maya. =P

Ditag oleh Miss Rai (^_^)


1) Siapakah diri anda di rumah?
> kakak sulong. tapi bila adik2 yang lain semua takda, saya jadi anak bungsu kesayangan parents~ ^^



2) Siapakah diri anda di samping rakan rakan?
> depends siapa rakan saya tu kot..kalau dia jenis banyak cakap..saya jadi pendengar, kalau dia pendiam, saya jadi peramah, kalau dia matured, saya jadi kebudakan, kalau dia keanakan, saya jadi orang yang matured, tapi kalau dia gila-gila, saya pun jadi gila-gila, kalau dia budget cool, saya pun ala-ala cool gak,kalau dia jenis formal, saya pun leh jadi seorang yang formal gak.. =P



3) 5 benda yang anda idamkan tapi masih belum tercapai.
> laptop sendiri
> digital camera
> dinner atas kapal persiaran
> berenang
> kahwin =P



4) Siapakah nama pasangan anda?
Azam bin Hassan. Saya panggil dia 'ayang' =P



5) Ceritakan 5 perkara yang paling anda suka tentang pasangan anda.
> Kelakar
> His smell ^^
> Unpredictable. Jadi saya tak pernah bosan~ =D
> Protective
> Sweet dan romantik (in his unique way)~~


6) Bila tarikh anda couple?
> er..takda tarikh declare... [sila baca entry ni]



7) Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
> bila ada orang ketiga



8) Lagu tema cinta anda?
> Er...takda jugak..every month akan ada lagu baru dia/saya tujukan untuk dia..



9) Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
> Perubahan? Hurm....er..mungkin tak nak comel sangat kot...nanti pegi kedai makan waiter asik tegur dia comey..bukan saya..haha!


10) Tag 10 rakan yang lain
> RaptorArena
> Miza
> Jijah
> Kak Nik
> Zhu
> Hanis
> Adeq

dan sesapa la yang nak buat. tapi tag link dy balik ya! TQ~ (^_^)

Eh? Baruu!

Eh..baru seminggu tak update blog dah ada new features! (atau saya yang tak perasan..haha!)

[Click to enlarge image]

Dulu sebelum makhluk ni wujud..setiap kali nak tukar layout..mesti saya akan cari layout yang leh letak pages/menu tapi lepas tu baru saya realize yang blogger susah nak wat page. Macam-macam coding saya try tapi suma tak jadi atau tak fit dengan layout yang saya pilih..akhirnya saya buat suma page saya..huhu..

Tak sangka sekarang blogger smakin update. Thumbs up! ;)

Ni dah makin canggih ni..jangan satu masa nanti Blogger pun jadi berbayar macam Wordpress. Nak edit layout dah tak boleh..huhu.. =(

Tapi ni walaupun dah ada new features..saya masih blur apa nak buat dengan dia..haha. So biar je la dulu..tak idea lagi nak letak apa kat page =P


March 29, 2010

One Week Marathon

Update! Update!

Lebih seminggu saya tak update..sorry..huhu..banyak benda berlaku..so let's hear FEW updates..hehe.

22/3/2010 - Pesta Buku Antarabangsa di PWTC, KL

Berikutan dengan bingkai spec yang patah aritu, hari2 yang saya lalui semakin kabur.. Agak terseksa sbnrnya, sebab pening dan tak kenal orang sangat. Tapi di sebalik derita tu ada bahagianya jugak. Ramai lak puji cantik.. [bangga kejap] hahahaha!

Okay, balik citer hari Isnin, saya ke KL bersama beberapa wakil pensyarah ke PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa 2010. Actually saya bukan wakil utama, tapi sebab menggantikan orang. Klau orang tu tak suh ganti pun kalau perlu saya nak merayu pada Kak Huda supaya bawa saya.Hehe. Pesta Buku okaaayyy...saya mmg giler dah lama nak pergi ke pesta buku cmtu! :D

Suasana sangat best, sangat banyak pilihan buku dan semuanya MURAH2! Cuma yang membataskan perjalanan saya adalah sebab saya tak nampak.huhu.Jadi bila terlalu ramai orang, saya jadi pening.. Pening2 pun saya sempat capai beberapa majalah, 1 novel, 1 kamus besta (dr fadzlee tu) dan 3 buku2 ilmiah. RM400 habis kat situ je! =D Tapi Kamus besta tu mmg agak berbaloi. Harga biasa RM498, tapi kat situ dia offer RM298! Best kan? ;)


23/3/2010 - Demam...

Saya RASA saya demam..tp doktor kata "Awak tak demam.."
Mula kuar mata ikan (ulser) kat bibir..mata saya merah dan mengecil..kepala pening..tapi doktor kata tak demam? Ye..mmg badan tak panas..tp saya RASA saya demam.. =(

Mengajar dengan penuh rasa malas...


24/3/2010 - Btul2 demam..

Check doktor di klinik skali lagi..kali ni dia bagi MC dan paracetamol SHJ. Dengan tanya soalan2 pelik. Msuk bilik rawatan, mcm biasa dia tnya, "Sakit apa?" (doktor sekarang mmg pelik..ptut dia yang check dan bgtau kita sakit apa..tapi dia tanya kita lak..huhu)

Saya: Rasa mcam demam..pening kepala..panas dalam kot..
Doktor/MA: Penat jaga anak yaa...
Saya: (Apa dia merepek ni??) Jaga anak apa..saya takda anak.
Doktor: Oh..puan penat sangat kot..
Saya: Saya belum kawin la (Pertama kali doktor tnyna soalan mcm ni dalam seumur hidup saya.Cis!) Ni pun dah lmbt pegi klinik sbb takda org nak hantar.
Doktor: Oh ya ke. Nape tak suruh abg hantar..abg sayang...
Saya: Dah, takda kaitan abg dgn demam saya. Saya takda abg.
Doktor: Ala..len kali cari la abg supaya dia leh hntar awk gi klinik.
Saya: Huh. Saya nak MC. Saya tak keja arini.

Saya malas nak jwb lepas tu. Ingt ada kekasih untuk hantar klinik je ke..huh! Kekasih org jauh la kerepek!

Tapi malam tu mak tak puas hati dengan doktor kerepek tadi, sebab badan saya mula kuar bintik2 merah serata badan! huhu..gatal tak terhingga! Tapi demi menjaga kulit badan agar tak calar..terpaksa menahan garu macam nak pengsan..huhu.. Mak bawa gi hospital.

Doktor kata saya allergi KOT. Jadi dia bagi ubat gatal dan injection. Banyak lak tu dia inject, doktor pertama kata 100 dos, tapi doktor kedua bagi 200 dos. Mungkin sebab saya kata.. "Doktor buatla camna skali pun doktor asal saya boleh baik secepat mungkin..saya ada program penting sabtu ni..(smbil buat muka sedih)"


25/3/2010 - Warded

Masih demam dan bintik2 merah semakin teruk! Sekali lagi pegi hospital. Kali ni doktor kata saya suspek denggi lak! Lepas check darah, dia kata saya terpaksa dimasukkan ke wad malam tu jugak! Saya dah gelabah..aahhhh sudaah...

Saya: Doktor,bila paling awal boleh keluar dari wad ya?
Doktor: Klau darah awk stable smula..esk (Jumaat) dah leh kuar =)
Saya: Most probably?
Doktor: Saya jangka awk kuar hari Ahad atau Isnin..

Waaa...


26/3/2010 - Makin teruk..

Bintik2 merah semakin banyak especially di muka. Mata makin kecil dan merah. Bibir abis merekah. Plg merisaukan..doktor tak dapat identify sakit apa sebab suma simptom2 sakit saya tak msuk langsung dengan denggi. Daripada elok2 semalam dia pasang kelambu, hari ni dia buka. Nak kata allergi? pun bukan sebab badan saya tak respon dengan ubat allergi yang diorang bagi. Nak kata campak? pun bukan sebab langsung takda mata. Merah2 tu suma dalam kulit.

Aaahh...saya dah risau camna nak jumpa kekasih ujung minggu niiiii... Sebab sure lambat kuar ward selagi doktor tak dapat identify, dia takleh nak bagi ubat..dan tangan sentiasa msuk air.. Dah tak comey nak jumpa kekasih..huhu..

Malam tu saya minum air mineral sebanyak mungkin..abis 2 botol 1.5ml tu. Majalah kata, klau minum air banyak denggi/campak/allergi or whatever sakit cepat baik.. Dah pastu asik gi toilet jee..haha. lantak..yang penting cepat baik..


27/3/2010 - Beransur pulih

Bangun pagi rasa gatal dah kurang.. (^_^) Pagi tu 3 kali gak doktor datang check dan 2 kali amik darah. The best thing to hear..dalam tengah hari gitu..doktor pakar datang dan cakap, "Sorry to tell u that kami masih belum tau awk sakit apa. Tapi since demam awak dah baik, kami benarkan awk pulang. Tapi lagi sebulan awk kena datang smula untuk tahu result SLE"

Hari ni birthday saya. My present is discharged from hospital. (^_^)

Hari tu jugak kekasih hati saya datang. Yiiii~~ Pagi tu saya mandi setelah 3 hari tak mandi. Itu pun sebenarnya doktor tak kasi mandi sebab kalau mandi merah2 tu naik. Tapi saya mandi jugak sebab taknak la jumpa orang tersayang dengan tak mandi.yeewww...

Wlaupun terpaksa jumpa kekasih hati dengan keadaan yang sangat tak comey dengan bekas2 merah kat muka suma, tapi suka sangat bila dia datang ^^

Saya dapat hadiah teddy bear yang tekan perut kuar bunyik =P

March 21, 2010

Pantang Berundur..

Berikutan entry saya yang lepas..

Kisah tu keluar akhbar Harian Metro keesokan harinya.. just to share..

Apa nak jadi dengan orang sekarang ni..dia ingat pistol tu macam alat mainan boleh tembak orang sesuka hati? Apatah lagi tembak anggota polis..lagila berat hukuman nya. Memang patut pun penjenayah tu kena hukuman bunuh..buat jenayah pun boleh multitasking..huhu..

[Click to enlarge]


March 19, 2010

Patah lagii...

Hari ni terpaksa pakai contact lens.. (yg orang beli hari tu la. =P)

Kisahnya sebab semalam after balik keja, plan nak singgah summit dengan mak. Jadi sebelum tu kami singgah semayang di surau hospital. Dalam rmai2 orang tu ntah macam mana saya tak nampak saya letak spec mata saya kat mana. Cari punya cari..bila angkat handbag tgk ia duduk bawah handbag tu..tu takpa lagi..tapi yg wat saya nangis nya..masa cari2 tadi tangan saya tertekan handbag..jadi spec saya BENGKOKKK..waaa~~

Konon cuba nak btulkan balik. Kalau tak nanti saya jalan tak balance la..huhu tapi cuba sana cuba sini..dah macam tikus membaiki labu la pulak..adeh.. Akhirnya saya pakai jugak..wlaupun ia macam nak jatuh dah..seb bek ada tudung..jadi spec tu tak jatuh la. blh la juga contol ayu lagi..hehe.

Smpai umah..buka je tudung..trus tanggal bingkai dia..huhuhu...seb bek sebelah tangkai lagi tak tanggal. Frameless kan..klau dua2 belah tangkai dia tanggal..suma berterabur!

Jadi hari ni terpaksa la pakai contact lens. Actually lens tu bkn untuk keluar umah sbb power dia tak sesuai dgn mata saya. Mata saya ada masalah silau tapi contact lens tu just rabun je..jadi saya stil tak brapa nampak klau banyak sangat cahaya.. =(

Wlaupun rmai kata comel (hoho~) hati saya berbunga2 jugak la kan sekejap.hehe. tapi at the same time..tahan je la pedih mata skit..

Maybe harini saya try cari cermin mata baru. Cuma problemnya..cermin mata saya biasanya amik masa untuk siap sbb cermin nya tu kena order dulu. Kebanyakan kedai pun sama. Jadi..kenala jugak pakai contact lens for few days... =(



He got shot!

Hari ni saya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, tapi sebelum tu mcam biasa saya akan fetct mak dari hospital (mak saya adalah seorang nurse yang cantik lg lemah lembut ^^) Tapi yang mencurigakan saya keadaan traffic hari lebih sibuk dari biasa. Taman dalam hati saya mula terbakar..

"Eh..ni kenapa tak gerak2 lagi ni? Jalan ni biasa tak jem macam ni..eh..jalan la..mak saya yang comel tengah tunggu tuuu..hiiisssshhh..." ngomel sorang2 tanpa apa2 tindakan.. =P

Situasinya ialah...



Dari Simpang A ke Simpang B tu biasanya smooth je..klau ada jem pun stended biasa.. tapi hari ni, dari Simpang A ke Simpang B tu saya terpaksa tunggu sampai 2 kali traffic light! Even dah sampai depan pun masih tak lepas msuk ke kawasan B tu. Agak marah jugak la disitu..

Akhirnya lepas jugak saya ke Simpang B. Tapi yang pelik bila saya berada btul2 di depan traffic light kat Simpang B tu, saya nampak banyak la motor2 polis yang mula bersurai dan pergerakan traffic semakin smooth.. Kenapa ek? Nak kata dia jaga traffic, lampu isyarat tu ok je. Nak kata ada majlis kat Dewan Jubli Intan, takda apa2 pun..

Malas nak pikir saya pun teruskan perjalanan..langkah semakin laju..

Sampai je di hospital, seperti biasa mak bangun dari bangku dan msuk dalam keta smbil memulakan gosip of the day..hehe..

mak: "Along! Tadi kan ada polis kena tembakkk!"
saya: "Kat mana? dalam hospital? siapa tembak? brapa orang yang kena? bahagian badan mana yang kena mak?" (er...terbanyak lak tanya time tu..semangat dengar..hihi)
mak:"Em..ntah..kwn mak bgtau..dengar dia kena tembak dekat rengit. dia jalan2 dengan isteri dia, tetiba ternampak penjenayah, tapi bila dia cuba nak tangkap penjenayah tu, dia kena tembak dengan penjenayah tu. kena kat dada kot."
saya: "Ohh...uish..bahaya nya zaman skrg eh mak.Penjenayah tu buat apa? dia tak bawa senjata ke? isteri dia macam mana? "
mak: "Ish..mak tak tau laaaa...kwn mak citer2 tadi..mak malas nak tanya banyak..ngalahkan polis je tanya."
saya:"Laa...tadi mak yang semangat citer..adess..."
mak:"Tak..yang mak bengang polis2 tu selamba parking kat area laluan ambulans..tu yang mak tanya kwn mak kenapa ramai sangat polis datang. rupanya ketua polis dari JB suma turun Hospital Batu Pahat beserta gerombolan dia la tuu..melawat polis yang kena tembak tu."


Ohh..patutla..terjawab jugak soalan saya tadi kenapa polis banyak sangat.. Rupanya mengiring ketua polis daerah johor.


Saya sangat risau dengan kes jenayah sekarang..tak tentu msa..tengah ramai orang pun diorng dah tak takut lagi. Kes-kes macam ni la buat mak saya sangat risau nak lepas kan saya kuar jejalan dengan kengkawan klau balik lewat after 9pm.huhu.


After amik mak tadi kami sempat singgah Summit Parade (shopping mall),dan agak mengejutkan tetiba mak sangat berkeras tak nak naik lift. Dia takut..haaih...jenuh aa suma benda dia dah takut.. Dia kata takut orang jahat buat apa2 dalam lift takda orang nak tolong (since shopping mall tu pun agak lengang sebab hari biasa kan)

Problem..problem...

March 15, 2010

Adakah saya sudah dewasa?

Tak percaya..semalam saya beli majalah atas keinginan sendiri. Bukan atas paksaan mak. Dan saya beli TIGA (3) majalah <- stail tulis dalam soalan exam.hehe. 

Dalam dua tiga minggu yang lepas saya tiap kali termenung tengok bilik mesti berangan.. 

"Ni kalau ada umah sendiri saya nak beli ...., ...., ... hm.." pastu berangan lagi sambil buat gaya tangan.. 

"hurm..kalau letak benda ni kat sini okay gak...takpun..haa..kat sana la..eh..takleh2..kat situ lah.." smbil senyum sorang. haha.

At the same time, mak asik bising je suh orang belajar masak itulah..inilah..makanan kegemaran dia la.. (tapi..dia ada ke makanan kegemaran? hmm..mcm takda.. =P)

Dan juga saya kena warning siap2 dengan wedding planner saya suh wat persiapan awal untuk majlis..huhu..ada beberapa benda dia suh saya prepare untuk bulan April.

Jadi satu hari bila tetiba terhenti kat kedai buku..as usual saya akan belek2 beberapa majalah sambil tengok headlines then berlalu begitu sahaja. Tapi yang satu hari ni..tetiba terniat nak beli la satu majalah..tapi..bila sampai umah..sedar2 saya dah beli 3 majalah..haha. Obses! =P

1# Majalah Anjung Seri  



Suka tengok design bilik terbaru. Especially ruang tamu, landskap dan bilik air. Saya suka tengok rumah yang ada taman dan saya nak bilik air macam hotel yang ada bathtub ^^ 

2# Majalah RASA  



macam best! dan kebanyakan nya makanan feveret saya. Actually boleh je tanya mak suma. Tapi kadang2 sombong (plus segan.hehe) tak nak mak tau yang saya nak belajar masak. Nanti dia perli2..aduih..

3# Majalah Pengantin



Sebelum ni. suma majalah ni mak yang belikan. Pastu paksa orang baca. Even masa sebelum tunang tu pun saya beli satu je buat ada2. Emak je yang banyak kali belek majalah tu =P Tapi kali ni beli sebab suka nak tengok design suma yang ada. hehe. 


Masa nak letak majalah2 ni dalam rak buku. Ternampak semua koleksi majalah REMAJA, CLEO, Dewan Siswa, Komiks..haha..dah besar rupanya saya!

Saya kuarkan suma majalah REMAJA dan Dewan Siswa. Simpan sikit majalah CLEO dan komiks. Then masukkan majalah-majalah baru saya yang munkin lepas ni akan jadi koleksi terbaru saya =)




March 8, 2010

Moderation at Teluk Cempedak

5hb Mac 2010, Jumaat, 8.00am

Kali ke-5 pergi moderation final exam paper..tapi kali ni ada rasa tak best..huhu...

Harap2 la okay...

Jika derita moderation itu bahagia, ku pilih derita.. =(

**** [update] ****

Entry kat atas tu nak post sblm pergi moderation final exam papers di Kuantan, Pahang tapi tak leh nak post sbb tenet bengong skit time tu..huhu..

Suasana moderation final exam paper cm biasa la..hening, stress dan penuh serius..tapi setiap yg tak best..mesti ada yg best kan? ;)

Saya jumpa pengacara TV9 bukan satu tapi ramaaaaaaiiiii! Aidid, Aliff..dan beberapa gadis dan jejaka balik tabir TV9 yang saya tak tau nama..haha. Saya bkn kenal sangat pun artis2 nih. =P

Bukan jmpa tengah2 jalan..tapi jalan sama2 dari dalam lif sampai ke ambil makanan sampai la ke meja makan.. (tapi saya makan meja saya diorng makan meja diorng =P)

TV9 ada program Sua Rasa kat Kuantan dan rupany diorng menginap di hotel yang sama dengan kami. TAPIII bila dah jumpa depan mata gitu..suara nii tak terkeluar lak nak tegur..huhu. Selama 3 hari saya kat situ, jumpa diorng macam biasa je..haha.. Wlaupun hati nak sangat tegur especially masa Aidid amik lauk sebelah saya.. Tapi sampai sudah saya diam je..sambil tunggu dia letak senduk dan berlalu..adeh...

Dan sebenarnya sangat hope dapat jumpa kawan sy Sharifah Nur tapi berat sangat mulut nak tanya diorng Sharifah Nur ada tak. =P

Then sweet moments yang saya rasa agak best bila dapat pergi ke Teluk Cempedak~


source: http://photo-telukchempedak.blogspot.com/

Angin dia best..sampai terbang2 tudung..hehe. Ombak dia agak kuat tapi pantai dia cantikkkk~ pantai dia landai, pasir dia pun lembuuuuut je..hihi. Next time nak date kat sini la..hihi.




source: http://photo-telukchempedak.blogspot.com/

Kat kaki lima ni la ramai penjual2 kraftangan yang kreatif. Rmai la kakak2 staff membeli belah keychain, patung, ukiran, baju dan payung kecik sbg cenderamata. (Tapi..payung kecik blh buat apa? musykil la..) Kwn2 kolej saya rmai borong keychain yang leh masukkan huruf buat nama tu. Murah sangat dia jual! Satu huruf singgit, harga biasa RM2.50.



source: http://photo-telukchempedak.blogspot.com/

Haa..jambatan ni la yang kami naik menyusuri pantai..area tepi2 ni banyak batu dan ombak kuat..jadi jambatan ni leh guna untuk pegi ke pantai belah satu lagi. Suka sangat~ Pemandangan dia sangat cantik! ^^


Lepas tu kami pulang ke hotel dengan malam tu bertungkus lumus menyiapkan moderation hingga ke titisan terakhir. 

Esoknya hari ahad, kami pulang ke Batu Pahat. Dari Kuantan pukul 2.30pm sampai Batu Pahat dah pukul 7.30pm. Conclusion nya? Sesi moderation kali ni best sbb dapat pegi pantai~ =)





March 4, 2010

Engaged ;)

27hb Feb 2010, Saturday, 12.30pm

Saya dah ada tunang~



Perasaan sangat bersyukur sbb penantian 9 tahun akhirnya barubah dari kawan kepada puteri..lepas ni tunggu jadi permaisuri lak=P

Majlis saya sangat simple sbb ikut permintaan ayah tak nak buat besar-besaran. Jadi jemputan pun cuma family, saudara mara terdekat dan jiran trdekat je.. Minta maaf ya klau ada kawan-kawan yang saya tak dapat nak jemput.. Insyallah klau ada jodoh, kawin nnt dy jemput ^^

Apapun, syukur sangat sebab majlis berjalan lancar, tak hujan dan makanan suma sedaaap! thanks to Pakcik Salehin~

Thanks to Amanina jugak yang sponsor baju.. ;)

Thanks to Armz Collection untuk mekap dan tirai. Klau tanya kat andaman len suma mahal2. Takda yang leh offer pakej simple..tapi andaman ni senang buat negotiation..=P

Thanks untuk family tunang jugak sbb hantaran suma cantik2..hiasan hantaran saya suma saya buat sendiri jadi tu je la hasil yang dapat. Buat reben pun belajar dari majalah.huhu. Tapi betullah kata mak..walaupun tak cantik mana..tapi sangat puas dan excited setiap kali buat hiasan untuk sedulang. En tunang...tu saya buat dengan penuh kasih sayang tau  ^^

Thanks juga pada pembuat kek dan cupcake. Saya takuuuuuut sangat cupkek tu tak sedap, atau macam kek muffin dari keja kawin tu. Yelah..amik kat kedai biasa je kan, pastu tak rasa pun. Mak yang order. Tapi bila ramai kata sedap..so agak lega laa.. =D

p/s: Sampai sekarang masih tak sangka yang kami dah bertunang..haha! Bila teringat zaman kat mrsm dulu..lagilah tak sangka =D






Related Posts with Thumbnails