June 30, 2010

The return

I'm sorry for not writing for a while..like 5 days..I think? Who am I sorry to? Im not sure if i have a reader..but just in case if i have any, sorry again. And sorry too to other blogger that i havent visited for 5 days too..or more? =(

i'll make it up to u guys later k..by..'supporting' ur ads..maybe. if it's ok? ;)

so the thing is, i've been quite busy recently..not busy like really busy..but just have few things that i have to settle down first.

first of all is about my house. it's under renovation. for a few days. i've lost my kitchen, my another toilet+bathroom and trust me, my house is like.. 'tongkang pecah' already. everything in the kitchen now scatters in the hall.. we cook (simple one for sure) in the hall..eat in the hall..all my mum's cooking set are in the hall...and we even watch tv in the hall.. Dusts are everywhere..


Then we (like 4 of us) have to

June 24, 2010

You Jump I Jump

BUT here..you jump, i capture ;)

Contest from my best friend from high school until now :: miss nina dolce


♣ Cool Jumper Contest ♣

Photographer: Ahmad Lokman

Cerita di sebalik gambar ni:
Gambar ni diambil semasa Kem Motivasi di Kem Kaizen Gunung Pulai, pada 4 Mei 2008 sewaktu aktiviti riadah pada waktu petang.
Semua student saya ni semua dah graduate. Hehe. Diorng memang sporting.
Saya doakan korang berjaya dalam higher education dan career. =)


Syarat-syarat untuk dpat hadiah dari contest ni:
☻Rakamkan sebarang gambar anda atau bersama kawan2 dengan aksi lompat yang paling cool.
☻Gambar yang diedit secara sederhana atau yang unedited juga diterima.
☻ Be my follower --> Nina Aman
☻Repost entri ini di blog2 anda dan tag 4 kawan.
☻ 2 foto dengan aksi lompatan paling cool akan disiarkan di blog saya dan berpeluang menerima hadiah menarik.
☻Tarikh tutup: 4 JULAI 2010


Kawan-kawan yang kena lompat:

Diyana Heart
Nanad
Ms Cloudy
Sarah Smile



Good Luck! =)

June 23, 2010

Breath Again

Saya dah handphone baru!! Sebab handphone sy hilang aritu..

Tapi bukan beli pun, dan bukan jugak lebih canggih dari yang asal. Saya dapat pinjam handphone ni pun atas belas ikhsan nenek. sbb atuk lelaki sy tak guna handphone sgt (simcard dia dh kena block dh pun..hhu) jd daripada jd barang khazanah dlm kotak baik turunkan pada cucu kesayangan dia kan ;)

Cuma sangat kekok la nak guna handphone torchlight ni. Dh bertaun2 guna handphone yg tulisan kecik tetiba yg ni msg dia 'font small' pn msih terasa sangat besar bg sy. Pastu lagu2 ringtone pun monotone yg dulu2, cuma sbb atuk xpernah donlod apa2 lagu, jd trpaksala sy pilih ringtone standard je (kecewa..)

Dan yg paling sedih..suma contact numbers sy dh ilang. Jadi untuk semua kenalan dan kwn2 saya, sy mohon sgt2 klau blh nak hntr msg, state kan skali namanya ya. thank u~!

Buat masa ni sy cuba guna henpon ni dulu smentara survey henpon yg baru. But still, sy stil mengharap dpt jmpa henpn yg lama. Byk jasa dan kenangan henpon tu..4 taun dia hidup dgn saya.. =(

Apapun, terima kasih atuk bagi pinjam handphone torchlight ni!! Hidupku kembali bernyawa~ =D


Oh ya, walaupun dah tukar handphone, saya dh dpatkan simcard baru with the same number. (takyah bayar rupanya ganti simcard yg hilang..wii~) So dont worry, tak ada panggilan untuk berkenalan yaa! hehe.


June 21, 2010

Comic Blog

Sementara meratap kesedihan kehilangan handphone. Again, as usual, saya visit beberapa blog kegemaran and tetiba terasa nak tulis pasal mereka ni. =P

There are TWO blogs that really captures my heart.  These two blogs not a usual blog that WRITE about stuff but they DRAW story out of it. Interesting rite? ^_^




The owner is a cat, named Miao (hoho..bukanla kucing betul pun, tapi owner dia berasal dari Kuching, Sarawak) jadi dia buat main character dia as a CAT. hehe. Cute kan? Dia ada 2 ekor hamster, sorang nama Pafu, sorang lagi nama Wafu, tapi dua-dua ekor haiwan ni dah mati. Sekarang dah jadi roh yang selalu kacau Miao. Hehe.

Saya start baca blog dia sejak awal tahun 2008, masa tu dia guna free domain  blogspot.com. Tapi akhir tahun tu tak silap dia tukar guna domain .com (Tapi masa tu tak berapa pandai blogging, jadi jarang sangat comment...i was a silent reader. Kalau komen pun takda identiti sangat =P)

I tau pasal blog ni dari Nuffnang =D Dan one of comic strip dia pernah masuk dalam newspaper. Sangat cute! ^^




Blog ni dah lama, tapi dia baru start comic strip last year (2009) between March or April I think. Owner dia nama Kyoru. Walaupun watak dia tak berapa cute (but the real owner is cute! ^_^), tapi jalan citer dia best dan kelakar! Dia ni pun ada haiwan 'belaan' yang agak aneh kot - Centipede (called as Sen) dan Garr (anggur busuk..huhu). Apapun, dua2 haiwan ni ada dalam umah dia.. =P

Blog ni saya baru2 juga baca. Tahu psal blog ni dari Miao.

They actually already famous, but just want to share with you about these blogs. Serious, they can make u laugh tak hingat dunia punya..hehe. Rasa2 sedih di la blog diorng baca. hihi. Pernah juga jumpa beberapa comic blog yang len tapi stick kat dua ni je kot.

Have fun! (^_^)


Handphone hilang....

A'ah..hilang baru semalam..tak tau mcm mana boleh hilang. Senang kata sangat tak logic ilangnya..huhu..

Last guna kat umah tuk. Lepas borak dgn kekasih, terus letak phone dalam handbag. Ni atuk pn nampak. Lepas tu basuh2 pinggan, duduk2 kejap then mak cakap nak balik, orang terus je angkat handbag.

Dalam keta, sepanjang perjalanan memang takda bukak handbag smpai la kat umah. Ada singgah pasar borong kejap, tapi tak bawa handbag langsung. Ni disahkan oleh emak

Sampai umah je, terus angkat handbag bawa masuk dalam umah letak handbag atas meja solek. Baring2 kejap, then bila nak cari handphone, tengok2 handphone takda dlm bag..! Cool lagik. Orang tnya mak kot mana tau ada termasuk dalam handbag dia ke kan. Sebab mana tau dalam keta adik keluarkan wat men game ke kan. Tapi dia kata dia takda keluarkan. Handbag mak pun takda. Hm...mungkin dalam plastic beli belah kot...

Belek la semua plastic beli belah tadi..semua pun takda. Ish..takleh jadi ni.. "Achik, tolong call handphone along.."

"Teet..teett...please try again later, tenkiu". Waaaa...saya sudah mula gelabah..kenapa tak dapat call???

Pasukan pencari mula diarahkan untuk mencari handphone yang hilang. Abis beg2 adik, ayah kami cari. Even dalam keta ayah 3 round kami selongkar..masih tak berjumpa... Keletihan jalan tak hilang lagi, tambah letih cari handphone wat saya sangat mabuk..huhu..

"Takpalah..esok cuba cari lagi ya.." kata dia..

Keesokkan harinya..
Seperti biasa saya hantar adik ke sekolah (back to school la this girl..ades..) hantar mak keja, then hantar achik ke rumah atuk. Malam tadi saya minta tolong atuk cari juga kat umah dia tapi tak jumpa. Pagi tadi sekali lagi saya selongkar semua kusyen2 kat umah atuk, bawah kerusi, selak alas kaki, selak bantal2 kat bilik (walaupun saya ingat saya tak msuk bilik atuk semalam) Pun tak jumpa!

Pastu kami teruskan pencarian melalui footpath kami dari umah atuk ke parking kereta. Siap selak2 rumput lagi..masih tiada bayang.. Sedih sangat-sangat... 

Walaupun ada plan nak beli handphone baru, tapi takda niat nak buang handphone tu. 4 tahun handphone tu ada dengan saya, susah senang saya semua dia tahu. Gembira, Sedih, Rindu, Marah, semua guna handphone tu...banyak jasa dia tau. Balik la handphone...tolong la balik... isk..isk..isk..


p/s: Kesunyian rasa hari ni... =(


June 18, 2010

New Layout For 2010

Ingat tak hari tu saya bising sbb layout saya hilang, berhari-hari saya cuba figure out html code apa mslh menyebabkan layout saya hilang. --> hilang like ALL WHITE background, like nothing on ur page. cuma tulisan dan widgets je.

Kehilangan itu jugak buat saya sgt down n mlas gile nk upload any entry. (dan statistic readers sy juga menurun dari 100++ kepad 10++ huhu...) nak usha blog orang pun malas.. =(

Tapi bila dengar nasihat seseorang tu.. "Ala..letak je la layout standard yg ada dlm blogspot tu. Sementara cari layout baru. Takda hal la..jgn sedih2 k"

Tapi layout standard tak cantik..pastu takda 3 column..pnat saya edit layout merah tu jadi 3 column, klau tukar standard nnt ilang la..huhu.. Tapi dalam kekecewaan tu sy kuatkan juga click pada tab 'Design' tu. (Baru perasan dah tukar kpd 'Design' sebelum ni kan 'Layout' )


 Lepas tu, apa yg saya jumpa adalah..."WOWWW!!".   

Blogger offer NEW Design Template!

So saya try explore what this thing can do. Let's check it out! ;)

1 -  You can choose the basic standard design. This design is actually like a template. Beza setiap satu adalah dari segi tulisan header, design post column, sidebar column (transparent/solid), design of the pages tab, arrangement date/comments/labels. dan bla bla bla...korang explore la sndri k ;)

Contoh mcm saya punya ni, saya pilih template named Awesome Inc, warna pink

2 - Lepas pilih template. Korang leh tukar corak background tu kepada corak lain klau korang nak. Hoho..sangat teruja okaay...sangat cantik and sangat simple!!  Seriously...I'm lovin' it~ =D


Bukan setakat corak background (background image), klau rasa2 tak suka dengan kaler template korang tadi, korang leh tukar kaler len.  Then saya tukar background image kepada petals purple tu, then saya tukar kaler set dia kepada purple.


3 - Bahagian Layout. This is the most interesting part. Dulu saya suka amik layout luar sbb saya leh edit column dari 2 jadi 3 atau combination. Walaupun ada design yang offer 3 column tapi design template nye lak saya tak berkenan. Tapi kali ni blogger offer flexibility untuk tukar column ikut macam mana yang kita nak. Pergh..dahsyat...dahsyat...


Korang siap boleh edit size column tu siap. Susah payah je saya dulu cari code nak adjust size column pastu refresh...edit-refresh.. skrg siap ada preview lagi kat bawah tu. Cool rite? I know... (^_^)


4 - Next part, bagi yang over rajin, korang leh tukar2 font size atau color untuk setiap bahagian dalam layout korang tu. Kira nampak lain skit la dari template asal ;)



5 - Lastly, click button 'Apply to Blog' pada bahagian kanan atas window korang tu. Dan walaaaa~
Tengok la sendiri hasil creativiti korang meng'edit' layout blog.hoho~

Impresive kan? And one thing for sure. You can get ALL of these FOR FREE only at blogger~
Hoho..mcm promosi iklan! Wordpress ada? Jgn jeles ye cik abg ^^

Disadvantage? No disadvantage. Klau sebelum ni, setiap kali korang edit layout/edit html, semua widgets korang akan hilang kan? Tapi kali ni tidak. Semua widget or whatever benda mengarut yang korang letak kat sidebar tu masih tetap kekal utuh wujud kat situ. Cuma maybe korang kena rearrange balik la. Bagi nampak proper skit.

But, saya rasa siapa yang sebelum ni tampah html codes/edit codes raw dari bahagian 'Edit HTML' tu (meaning dia tak guna Add Widget) ada possibility benda2 tu semua akan hilang. Jadi precaution, sebelum nak try template baru ni PLEASE SAVE your old template. Ok? Supaya takda yang menangis dalam gembira..haha. =P


Have Fun and Good Luck!! =D

June 17, 2010

Nak Dengar Lagu Tak?

Suatu petang. Seperti hari2 biasa saya akan buat laporan terkini tentang keadaan semasa seorang gadis. Laporan wajib adalah waktu gadis tu tiba ofis, bila gadis lunch, bila gadis tu balik ofis, dan bila gadis tu tiba rumah. Laporan harus adalah bila gadis tu perlu singgah ke mana-mana. Pendek kata,macam laporan harian la. =P

Cuma petang tu berbeza skit.. gadis tu telefon jejaka tu untuk hantar laporan yang dia dh tiba rumah sambil bertanya khabar. Mengikut perbualan trsebut,jejaka itu masih tersekat dlm kesesakan lalulintas. Masa tu kalau bawa keta 500cc pun dh tak guna. Laporan berakhir dgn senyuman. Off handphone. Jam menunjukkan pukul 715pm.

Selang beberapa minit kemudian...telefon berbunyi lagi..

Jejaka: Ayang..ayang.nak dengar lagu tak?
Gadis: Ye ye..haa..lagu? Boleeehhh...
Jejaka: Kejap eh..kejap eh..
Bunyi radio kjap kuat kjap perlahan..pastu dgr la lagu berkumandang sayup2.. Tetiba..

Jejaka: ♪♫♪♪♪ Hanya kerna kau yang cukup indah  ♪♫ Untuk dimiliki dan untuk dicintai~ ♪♪
Gadis tu terdiam.. 'Dia menyanyi ke?' Dengan suara separa M. Nasir separa Jason Myraz..dia sambung lagi..
Jejaka: ♪♫♪ Ku tahu kau mahu ada di hati  ♪♫  Untuk didampingi untuk disayangi~  ♪♫

Gadis tu hanya mampu tersenyum smbil mendengar tanpa suara... Lagu tu msih lagi kedengaran.. Jejaka asyik menyanyi sambil diiringi muzik di radio yang sayup2... =)

Gadis tu pun asyik mendengar..  Tanpa gadis tu sedar tetiba ada manik2 turun dari mata... 'Eh apa ni?'   ( ish..kesat..kesat..)

Jejaka: Alaa...dah abis lak lagu ni.. Haa..cmna best tak lagu ni? ^^
Gadis: (Diam..) Best ayang menyanyi... =)
Jejaka: Eh..ayang nangis ke? Alala...saya wat salah apa...
Gadis: Eh...takla..saya suka..suka sangat...hehe.. Ayang nyanyi sedap~ ^_^
Jejaka: Best kan lirik dia~ Saya dengar tadi, tetiba terasa nak bagi ayang dengar, tu yang call.hehe
Gadis: Iya? Sy suka..thanks ayang~ Thanks sangat2~  'Keluar lagi manik2 jernih ni..ish..sibuk je org tgh happy2 nak keluar..huhu'

 * * * * *

Selang dua tiga tahun sebelum petang tu... dalam kereta...
Gadis: Eh ayang..best la lagu ni..jom la nyanyi..jom~ =D (sambil menyanyi~    ♪♫♪ )
Jejaka: Tak nak la..saya bukan tau nyanyi pn..
Gadis: Ala..ayang kan tau lagu ni....jom la nyanyi sama... ^_^ (smbg nyanyi   ♪♫♪ )
Jejaka: Malasla..ayang je nyanyi..suara ayang sedap..
Gadis:  Ala..bkn kisah suara sedap..nak ayang nyanyi sama2 je... Ayang nyanyi dengan kawan boleh  =(  (berenti nyanyi..)
Jejaka: Dengan kawan lain.. Ayang je la nyanyi..saya suka dengar ayang nyanyi
Gadis: (senyap..)
* * * * *

Ya..jejaka tu memang susah nak menyanyi. Peti suara berkunci emas. Cuma ada jugak kadang2 dia nyanyi2 kecil dalam keta, tapi kejap2 je. Tapi petang tu, gadis tu terasa macam badan terbang melayang-layang je bila dengar dia menyayi. Macam love cupid terbang2 dalam citer Night At The Museum II pun ada. haha. =P

Sampai hari ni lagu ni masih terngiang-ngiang lagi di telinga. Bukan suara Aliff Satar..tapi suara jejaka tu.. =)



Free MP3 Downloads at MP3-Codes.com

Lirik: Sini

Sejak kebelakangan ni jejaka tu selalu je buat gadis tu terharu..sangat terharu okaaay! You know what..I know, you don't know..but that,  is just sooo sweet~ ^_^ 

.:: Love stories ::.


June 16, 2010

Mari Masuk Kolej Jun2010

Aiih..akhirnya berakhir juga cuti2 malaysia kami selepas beberapa minggu 'berehat' kerana ketiadaan student.

Semalam, 15 Jun 2010 adalah tarikh pendaftaran pelajar semester baru bagi kemasukan Jun 2010. Cuma pada tahun ni sangat berbeza dengan tahun2 sebelum ni sebab process pendaftaran dibuat di Dewan Parit Raja. Sebelum ni buat di kolej sahaja. Tapi untuk mengelakkan kesesakan dengan pertambahan pelajar baru dan keselesaan ibu bapa, terpaksa la kami menjelajah ke Parit Raja semata2 untuk mendaftarkan pelajar yang jauhnya adalah dalam 21km dr kolej. dan 43km dr rumah saya.

Saya tak dapat claim duit minyak OK..sangat kecewa.. =(

Nak cerita flow event hari tu saya rasa yang terbaik sejak saya mula bekerja di kampus ni.haha. sebab sangat smooth dan teratur. Event kita nampak parents pun berpuas hati. Pelajar-pelajar yang masuk juga lebih proper dari pengurusan document dan berani untuk bergerak sendiri dari kaunter ke kaunter. Cuma adalah juga beberapa ibubapa yang tak yakin dgn ANAK LELAKI dia sendiri, risau sngat anak dia kena culik dgn pihak kolej, jadi ikut jugak anaknya ke hulu ke hilir =P

Macam-macam ragam saya tengok..

1. Ada ibu bapa yang relax je duduk2 sambil makan di luar dewan tunggu anak selesaikan sendiri proses pendaftaran dengan semua keperluan dah diberi pada anak.

2. Ada ibu yang tak boleh duduk diam, mundar mandir tepi pintu dalam dewan tengok anak bergerak dari kaunter ke kaunter.

Ibu: Bang..boleh ke anak kita tu bang? Cukup tak document tu? Risau la saya bang.
Ayah: Biar dia buat sendiri.

Ibu 2: Cik, boleh tak saya masuk temankan anak saya daftar.
Pegawai: Takpa puan, puan boleh tunggu di bahagian tepi, kawasan ni untuk pelajar shj.
Ibu 2: Cik, anak saya tu..nak gosok baju pun tak pandai..nak susun document pun tak tau..saya risau la..
Ayah: Dah, awak tunggu tepi biar saya je ikut dia.
Pegawai: Diam.. (sambil tgk si ayah dan anak lelaki dia..) 'Tolongla jgn manjakan anak lelaki...lelaki manja useless okay....' dalam hati..

3. Ada ibu yang tidak terlalu kisah, dan tidak terlalu relax. Ada sorang ibu ni, saya jemput dia duduk di tempat menunggu ibu bapa sambil menjamu selera tp dia tak nak, dia nak duduk sebelah saya (dalam dewan kaunter pertama) sambil tengok anak dia dari jauh. Saya tak kisah dia nak duduk, tapi soalan2 dia memang buat saya panas punggung.. Perlukah saya terlalu jujur? Tapi yang penting saya tak kan berbohong.. Dan memang lemah bab2 deal ibubapa ni..saya bukan tau nak cakap apa..huhu..

(sebahagian perbualan dengan ibu tersebut..)
Perbualan bermula, ibu ini bertanya di mana asrama dan kampus tmpat belajar. Saya pun tunjukkan peta dan beritahu jarak. Saya explain kat dia untuk pelajar tahun pertama takkan ada masalah dari segi transport sebab kami sediakan bas/van untuk pergi-balik kolej. Once smpai kat kolej semua facilities ada.

Ibu3: Tadi saya tengok kampus awak kat bangunan tabung haji tu kan? Boleh belajar ke kat kawasan macam tu? Tengok macam kecik je..ada berapa banyak tempat belajar dalam tu?
Saya: Ha..yala..mmg itu bangunan kami buat masa ni. Kami dah ada di situ hampir 10 tahun, dan sekarang dalam proses untuk dapat kampus baru (dalam proses tak habis2..huh). Sebelum ni dengan bilangan pelajar yang ada, muat je. Kami ada kelas, lab, library, ruang belajar dan keperluan asas untuk belajar. Dengan pertambahan pelajar ni insyallah pihak kolej akan improve beberapa facilities utk keselesaan pelajar.
Ibu3: Ohh..awak dah berapa lama kerja situ?
Saya: Saya baru 3 tahun =)
Ibu3: Ohh..lama jugak tu.. ok ni saya nak tanya personally view awak la kan..honestly, honestly pada awak..ok ke kampus ni? meyakinkan ke untuk anak saya belajar kat sini..dari segi pensyarahnya..pengurusannya..keadaaan tempat belajar...okay ke?
Saya senyum. hoho..soalan ni serius buat saya terdiam sekejap..straight to my heart okaay... saya perlukan masa untuk berfikir..klau saya cakap jujur dari hati, jawapan saya mungkin tidak seperti yang dia harapkan
Saya: Honestly la saya cakap selama 5 tahun KPTM ni wujud, kebanyakan graduan nya layak masuk mana-mana universiti swasta dan local, even ada yang dpat sponsor ke overseas.  Tempat belajar tak penting, yang penting, macam mana cara pelajar tu belajar. Asalkan dia dapat capai pointer tinggi, after grad dia boleh kerja di mana. je. Pensyarahnya kebanyakan datang universiti yang diiktiraf seperti USM, UTM, UTP, UiTM, UM.. Jadi mungkin puan boleh buat andaian sendiri.
Ibu3: Ramai tak bilangan pelajar yang fail?
Saya: Fail tu ada puan, mana-mana tempat belajar pun akan ada yang fail.Tapi pihak kolej akan cuba buat yang terbaik untuk memastikan pelajar tidak fail, selebihnya bergantung pada pelajar tu sendiri. =)

Banyak lagi soalan2 yang ditnya, kenapa itu, kenapa ini..yang terakhir..

Saya: Puan bkerja lagi?
Ibu3: Ya msih.
Saya: Dimana ya?
Ibu3: Kat jb, mengajar. Saya guru di sekolah rendah. =)
Saya: Oh i see... (ptutla sgt concern...huhu) bagusla mcm tu..takpa puan jgn risau, kami akan cuba buat yg terbaik utk anak pn =)
Ibu3: Awak keja kat mana? KPTM atau KKTM?
Saya: Oh..saya staff KPTM =)
Ibu3: Sebagai?
Saya: Pensyarah computer science
Ibu3: Hmm..no wonder. Ok good.

Tak lama anak dia sampai dan dia minta diri..


June 14, 2010

Wife Aaron Aziz

Pagi tadi bangun dengan menangis dan meleleh air mata.

Sebelum tu...
Tiba-tiba saya terjaga. Bangun je ramai orang keliling, rasa macam saya pengsan tp tak tau kat mana. Tiba datang mak andam, terus solekkan saya. pastu pakaikan saya baju yang sangaaat cantik macam baju pengantin warna kuning.rmai orang keluar masuk bilik tu. saya sangat blur masa tu tapi masih boleh senyum. Saya tnya, yang tukang solek tu, "Awak siapa?"
"Saya hafez mak andam awk. lepas nikah tadi awk pengsan" jawab tukang andam tu sambil solek dengan berus.
"Eh..mana armz? saya dah cakap dengan arm taknak orang lain solek.. arm kat mana sekarang?" saya confius.
"Arm takda, dia solek orang lain kat majlis lain" majlis lain? saya agak kecewa..

Lepas tu saya diarak ke pelamin dalam satu dewan yang sangat besar dan cantik..ada 3 pasang kerusi pengantin atas pentas (ntah kenapa lak ada 3 pasang..mimpi yang aneh..huhu) lepas semua pengantin perempuan duduk atas pentas. Dari jauh saya nampak ada 3 pengantin lelaki berarak masuk. walaupun dah kena tutup muka dengan kipas mak andam saya cuba juga jeling2 tengok siapa lagi 2 pengantin lelaki tu. Saya nampak aaron aziz, dan 2 lagi pelakon tapi saya tak ingat nama. Tapi takda bayang tunang saya pun.

Saya dah risau. Saya cakap dengan mak andam tu, "Eh..saya rasa awak tersalah orang la...lagipun ni bukan baju yang saya tempah. mana baju purple saya tu?" saya sangat gelisah.
"Shhhh..diam2...tu pengantin lelaki datang. Ok, senyum2" arah mak andam tu

Bila kipas penutup muka tu dibuka saya tengok aaron aziz depan mata saya dan terus duduk kat kerusi sebelah sambil tersenyum (waaah....sangat cair tengok dia senyum~ ^^) tapi at the same time saya tanya mak andam, "Mana azam?"
"Azam who? Tu sebelah tu suami you, dah jangan sebut2 nama orang lain"
Saya toleh lagi sekali. "Aaron? Aaron suami saya?" eh..biar betul nii?

Mak andam tu langunsg  tak menghiraukan soalan2 saya. Tak lama lepas tu jurugambar dah rmai mengerumuni depan kami dan tangkap gambar tanpa henti. Sampai sesi bergambar berdua, tetiba Aaron Aziz bangun dan peluk bahu saya sambil tersenyum. Rasa pelik...mmg saya suka tengok Aaron Aziz tu, tapi bukan la nak kawin dengan dia. Plus, bukan ke kalau lelaki peluk akan rasa best..tapi kenapa dia peluk rasa tak selesa. Tapi saya senyum juga depan kamera (mungkin ni kot perasaan artis, tak suka pun kena senyum..huhu) Selesai sesi bergambar dan bersalaman dengan tetamu, kami dibawa ke bilik pengantin.Hiasan bilik pengantin macam suite..ada ruang tamu, ada dapur, ada tv, ada bilik air yang ada bath tub dan perabot dan finishing yang saaaangat cantik.

Apabila masuk bilik pengantin, tapi saya masih confius, mana Azam? Tetiba telefon Aaron berbunyi. Dia dpat panggilan dari pengurus dia. sambil beri signal dia terus keluar bilik.. Saya amik kesempatan tu untuk telefon Azam. Tapi saya cuba banyak kali tetap tak dapat. Saya jadi sangat tension. Saya nak sangat cakap dengan dia. Tak lama lepas tu Aaron masuk bilik semula. Dia tnya kenapa saya menangis, saya cakap saya tak boleh buka kasut tinggi yg saya pkai (huhu..ntah kenapa saya tak jawab betul2 dlm mimpi ni..ades..) Lepas tu Aaron datang bukakan kasut saya yang bertali2 tu dan letakkan kedua2 nya kat tepi katil.

Then dia tengok saya sambil senyum. (okay..cair sekejap..haha) Then dia pegang tangan saya macam nak cakap sumthing..
"Sayang, sorry sangat I tak dapat nak stay lama harini. Ada panggilan utk buat iklan kjap lagi. I akan balik before malam. Kita dinner sama2 k. If anything I akan call u k" (dia cakap macam dalam drama lak..huhu..mimpi yg typical)

Then dia bangun dan bersiap. Saya tengok je dia bersiap sambil senyum. Tak sabar nak tunggu dia keluar. Bila dia keluar je dari bilik, saya terus call Azam semula, saya try call handphone tak dapat, call rumah pun takda, call Suza (bestfriend) dia pun tak dapat. Asik dengar suara, "Please try again later.tq." Saya mula nangis semula..mana dia pegi..kenapa dia tinggalkan saya..kenapa dia bagi saya kahwin dengan Aaron ni..saya tak nak..huhu.  Pastu sy cuba call mak andam saya,  Arm angkat phone..

"Arm, nape u tak datang majlis saya? mana gaun pengantin purple yang saya tempah tu? kan saya dah booking awk lama..kenapa awak buat majlis orang lain..." sambil nangis teresak-esak..
"Helooo.. apa awak cakap ni? majlis awak bukan hari ni la...majlis awak kan lambat lagi...baju awak dah siap separuh..sabar yee"
Haa? bukan harini..abis ni semua apa? Tetiba saya dengar orang ketuk pintu..Rasa macam suara mak. Cepat2 saya kesat air mata.pastu tekup muka kat bantal.

"Along, along..bangun..dah subuh. Bangun. Gi siap2 nak gi keja. Mak cuti arini"
Saya buka mata sambil tengok keliling. 'Keja?'.

Saya masih confius..aku mimpi ke tadi? "Mak..pening kepala la mak, tak nak keja la arini"
"Ish..jangan ngada2, kan along nak simpan cuti untuk kahwin nnt" marah mak.
'Kahwin...? Nanti?' Saya tengok calendar kat phone, waaa...harini baru 14 June, yeaaa!! Meaning saya masih ada Azam sebagai tunang saya~ saya betul2 lega time tu =D

"Dah bangun2.."kata mak sambil berlalu keluar.
Saya senyum je tengok mak. Wii..pagi tu tunang saya sms. Wahh...dia masih ada dengan saya. Sepanjang driving saya masih teringat mimpi saya. Sangat real...sangat sangat sangat real...dan air mata tu..sangat2 real. Teresak-esak tu yang tak tahan..haha. But I really wish itu semua tak kan jadi kenyataan. Sampai office saya call dia, suka sangat dapat dengar suara dia harini~ Love u so much! ^^


June 9, 2010

Award Lagi~ =D

Dalam kekeliruan memikirkan solution kenapa layout saya tak keluar ni..saya dapat 2 award. Termasuk ni dah jadi 3. Yeay~
Thanks dear! =D

Tapi award2 bkn dapat free je. Sebelum nak amik award yang diberi kena lak jawab soalan2 aneh. Tapi takpalah.. (mcm tol sblm duduk atas pelamin lak..hihi)


#1 - Daripada jannah



♥ Glam Golden Award ♥

Soalan-soalan:
kenapa anda suke blogging?
awal2 reason dulu sebab saya suka kumpul info2 menarik and nak share pada kawan-kawan. Sekarang bila dah ramai kawan-kawan dapat collect duit sambil tolong kawan collect duit dari Nuffnang ^^

adakah anda bahagia dengan kehidupan anda sekarang..?
bahagia je =)

apakah impian anda 5 tahun akan datang?
saya nak career yang lebih baik yang boleh memberi saya lebih ruang untuk improve diri sendiri dan contribute pada company tu sendiri. (seyes niih! =D)

siapakah orang yang anda mahu sentiasa ada disisi anda..??
bestfriend @ kekasih @ tunang @ future husband - azam bin hassan (sori..dh jatuhkan saham awak..hihi)

sila beri award ini kepada 5 orang yang anda suka..

saya suka nak bagi pada: mrs miza | ms nina | mrs alin | ms ima | ms rai | mrs nad
hehe. mcm banyak pempuan je kan. ntah. rasa mcm kebanyakan lelaki tak nak buat benda2 gini. tapi to all my blogger friends, you are allowed to take this award ^_^

beri pendapat kamo tentang award ini..
hurm...mcm grand sangat tak? sesuai ke untuk saya? haha..anyway thanks!



#2 - Daripada  Mar


♥ Happy Award ♥

Soalan-soalan:
Adakah anda happy sekarang?
 hm..boleh la..
 
Kenapa anda happy?
happy sebab saya masih ada family n kekasih hati.
happy sebab dapat tag ni for sure.
tapi RIGHT HERE RIGHT NOW..banyak perkara yang merunsingkan diri actually..bila la nak setel =S

Apakah benda yang boleh membuatkan anda happy?
jumpa si dia dan jalan-jalan kat shopping mall ;)

Pernahkah anda menerima tag?
pernah. nak tau berapa banyak leh tengok kat label tag/contest tu.. =P

Nyatakan warna yang anda suka?
main: purple
optional: blue

Beritahu 9 orang yang anda mahu tag
what?? sembilan?? waa..ramainya manusia...

farhana | fadhillah | jannah | nuriz | wan rohani |wunny | landax | eliz | kak e'in
**pulun ikut arahan soalan kan..hehe

Tuliskan sesuatu tentang orang yang anda tag
semua adalah rakan-rakan blogger yang saya terasa nak tag sebab saya baru lepas pegi page diorng untuk tgk update terbaru ^^


Adakah anda happy dengan apa yang anda ada?
saya sangat happy, sebab saya ada dia~



Mana Pegi Layout?

Saya sangat confius..kenapa layout saya hilang..


waaaaaa..isk isk isk..
Macam mana ek? Ada sesiapa leh tolong? ='(
Sangat SEDIH... =(

Nak cari layout baru tak sempat lagi..huhu..


June 3, 2010

Fotogenik Contest~

.:: Photogenic Contest ::.

Okay..hurm..cmna nak start ek. Saya telah diarahkan ditag oleh Kak Alin untuk buat Photogenic Contest ni dengan sedikit unsur2 kutukan. haha. Takpa. Sebab dia cute saya maafkan. Jadi dengan beberapa perjanjian bertulis seperti di bawah saya cuba laksanakan satu persatu.. ;)

  1. Terbuka kepada semua peringkat umur. <- baby pun leh msuk ^^
  2. Gambar anda seorang ! kalo ade org laen,saye REJECT, :p muahahaha !! <- dia kata tau bkn saya
  3. Gambar anda mestilah sePHOTOGENIC yg mugkin, nampakkan 'umph~'nya .. hee :p , xkesah ber"edit ke tidak" yg penting 'umph~'nya saye nak tgk !! hihi :P <-- gmbar saya? ntah la..tgk je la nnt.. (~_~)
  4. Hanya sekeping gmabar sahaja di benarkn ok ?? kalo pakwe nak join,tunggu next contest yeah ..:) <-- dia tak kan join..haha.
  5. Mestilah menjadi follower YEYEN aka IZYAN IZZATY  <-- ni la penganjur contest ni.sila la visit untuk maklumat lanjut.
  6. Sediakn entry khas untuk contest ni dan tag minimum 3org . [org2 yg d tag mesti tau ok ?? kalo x , saye SAMAN ! haha :P] <-- baiklah!
  7. Letakkan BANNER CONTEST yg ada d sidebar saya d BLOG anda ok ?? :) <-- ok dah letak kat sidebar (bnyak lak syaratnya..huhu..)
  8. Tarikh tutp contest ini ialah 30 JUNE 2010 , bile dah tamat contest,saye akn announce kn ape hadiahnyer.. <-- so kenala selalu jenguk blog dia ^^

Gambar contoh Cik Izyan 
[ni gambar wajib tayang.hihi]


Setelah mengorek laci dan selongkar semua almari baju..akhirnya saya jumpa satu gmbar yang konon-konon macam fotogenik kot.. =P Okayla daripada takda. huhu.

.:: Gambar sendiri ::.
Tang mana yang fotogenik? Ntah..korang decide la ek.


Orang-orang yang cute yang saya nak ajak join contest ni ialah:


** Hope you all dapat buat ya ^^ **

~~~~~<<((@))>>~~~~~


June 2, 2010

Baju Merah Baju Biru

Rindu ke? Tak lah..cuma teringat je..teringat kat students saya..  =P

Hari ni pkai baju merah. Memang jarang eh..jarang ke..mmg boleh kira dengan jari la berapa kali org pakai baju warna merah. Bukan tak suka. Tapi tak banyak.

Baju yang sama dengan hari ni, saya pernah pakai pada suatu hari ketika waktu kelas..

Hari tu hari pertama saya pakai baju merah ni. Dengan tudung baru jugak :P Actually baju lama tapi tak pernah pakai untuk gi mengajar. Rasa tak sesuai. hehe. Org kata baju yang kita pkai ada aura dan boleh affect mood kita. Saya tak percaya. Cuma teringat satu peristiwa yang berkaitan dengan baju merah ni..


Saya: "Alrite class, today we're going to discuss past year final exam papers. I've told u to complete at least Q1 and Q2, rite? Have u finish?"
Students: (senyap..)
Saya: "Class...? Have u finish or not? (smbil round every table..) Nisa...where's ur answer? "
Nisa (nama samaran): "Er..tak buat miss.."
Saya: "Eh..kenapa tak buat? Buat sekarang (smbil jalan to next table) You. ur answers please.."
Abu (nama samaran): "Er....(smbil hulur paper) buat sikit miss"
Saya: "Haa..good..at least u've tried. Anyone else who have tried few questions? "

Habis sesi me'round' setiap students..saya dapat conclude'kan kebanyakan mereka buat cuma ada beberapa soalan yang tak dpat jawab. So fine la kan. So saya continue discuss jawapan. Siapa yang tak dapat atau tak sure cara nak buat, biasanya diorng akan angkat tangan dan saya akan tunjuk.
Saya: "Okay. Q1(a) the answer please.."
Students: (senyap....)
Saya: "Anyone..answer please...."
Students: (senyap lagi..)
Saya: "Classss....i want ur answer.. Ok minah, ur answer?"
Minah: "(long pause..) er..saya miss?"
Saya: "ye syg..jawapan awk laa..just give me ur answer.. tak kisah salah ke betul"
Minah pun jawab dengan takut2..

Okay to be honest..after kelas saya mmg sangat  geram. Hari tu semua soalan saya tanya diorng diam je tak nak jawab. Selalu okay je.. (nasib baik takda evaluation..fuhh..) Padahal jawapan masing2 depan mata. Pastu tak dpt jawab, tak nak bagitau. Selalu klau tak faham, boleh je tanya.

Saya sangat risau sebab hari tu adalah lagi 1 minggu nak final exam. Diorng masih terkial2 nak buat jawapan. Saya dah bagi kertas soalan tu 2 minggu sebelum hari saya nak discuss..even soalan 1 pun diorng tak buat. Yang ada dah buat pun tak berani nak jawab sebab tak yakin dengan jawapan diorng (mmg ptut pun. sbb 90% jawapan diorg salah.huhu)

And i have to call names to make them answer every questions. End of class saya bagi ceramah why that subject important to score now and in future. (fuhh..dah lama tak bagi ceramah kat kelas tu..but..they normally active..why aa?)

Keesokkannya..
Seperti biasa saya masuk lagi kelas tu. Sama juga membincangkan past year final papers. Cuma kali ni diorng nampak happy je..tak mcm semalam. Hari ni saya tnya apa2 diorng jawab wlaupun kadang tu jawapan bodo2 juga (takleh jawab pastu buat lawak bodo..huhu)

Saya: Ai..happy je harini..anything to share?
Student 1: Hari ni miss pkai baju baru eh?
Saya: Ala..baju lama..baru saja pakai tahun ni. Kenapa? Tak ok?
Student 2: Eh..ok sangat. hari ni miss nampak tenangggg je.. ^^
Saya: Yela..hari ni u all suma baik..mesti la saya suka =D
Student 1: Ntahla..semalam miss pakai baju merah, miss nampak garang. kitaorng nak jawab pun takuut.. hari ni miss pkai baju biru..kitaorng tengok pun relaxx je..hehe

Yang lain sibuk mengiakan apa yg student 1 cakap tadi. Huhu..betul ke baju effect apa yg diorng rasa? Setahu saya semalam saya masuk sama je macam keesokkan harinya. Cuma saya agak bengang lepas suma soalan saya diorang bukan je tak jawab tapi diamm je. Dan hari esknya saya happy sebab diorng suma happy. Ke diorng happy sebab saya happy? Waah..berpusing2 kepala!

Tapi sejak tu saya dah nekad tak nak msuk kelas dengan baju merah. I think tak banyak sikit it really affects my mood. Betul atau tidak, tak pasti.. apa pendapat korang?

------------------------------------------ iklan ----------------------------------


Masa sekolah rendah, suka warna merah/maroon/pink (around that color)
Masa sekolah menengah, sejak masuk form 1 smpai awal masuk universiti, saya suka warna biru
Masa kat universiti saya suka purple. (tapi ada few years yang most of stuff yang saya pilih adalah kaler coklat. tak tau kenapa)

Until now still purple.

Cuma saya takda obses macam sesetengah orang yang suma benda nak kaler purple. Cuma kebanyakan collection baju warna purple. Ada few baju yang warna hijau (which i hate i dont know y) sebab saja nak variasikan kaler. itupun not really hijau but hijau+biru.

Barang-barang yang saya leh pilh purple saya akan amik purple melainkan ia barang2 standard yang tak sesuai warna purple cnth mcm jam/kasut/calculator <-- kalau purple tak elegant dan mcm budak2.saya cikgu. :P


June 1, 2010

Friends' Links

------------------------------------------------ # updated #------------------------------------------
Hi! Salam semua~
Demi menggunakan sepenuhnya kemudahan yang disediakan blogger (ehem..ehem) dengan itu saya telah membuat satu page/menu baru untuk semua rakan blogger saya~ (^_^)

Sebelum ni saya listkan semua links kat tepi sidebar under tajuk 'Blogger Friends' pastu sebahagiannya ada dalam 'Follower' area. Tapi susah saya nak keep track blog mana yang pernah saya lawat dan blog mana yang dah link ke blog saya.

Jadi harapnya dengan adanya page ni lebih memudahkan la kot. Bagi sesiapa yang nak exchange link disini boleh letakkan nama dan link blog di ruang comment di bawah. Tapi pastikan awak letak link saya di blog awak juga tau~ (^_^)

Terima kasih kerana mengunjungi~ ^_^





A ~ C

D ~ F
  
G ~ I

J ~ L

M ~ O

P ~ R
  
S ~ U

V ~ Z









    ** kawan officemate, ex-utpian, ex-schoolmate and students suma saya letak kat sidebar kanan ye.. jangan majuk kalau tengok list takda kat sini~  ^_^


    Related Posts with Thumbnails