June 14, 2010

Wife Aaron Aziz

Pagi tadi bangun dengan menangis dan meleleh air mata.

Sebelum tu...
Tiba-tiba saya terjaga. Bangun je ramai orang keliling, rasa macam saya pengsan tp tak tau kat mana. Tiba datang mak andam, terus solekkan saya. pastu pakaikan saya baju yang sangaaat cantik macam baju pengantin warna kuning.rmai orang keluar masuk bilik tu. saya sangat blur masa tu tapi masih boleh senyum. Saya tnya, yang tukang solek tu, "Awak siapa?"
"Saya hafez mak andam awk. lepas nikah tadi awk pengsan" jawab tukang andam tu sambil solek dengan berus.
"Eh..mana armz? saya dah cakap dengan arm taknak orang lain solek.. arm kat mana sekarang?" saya confius.
"Arm takda, dia solek orang lain kat majlis lain" majlis lain? saya agak kecewa..

Lepas tu saya diarak ke pelamin dalam satu dewan yang sangat besar dan cantik..ada 3 pasang kerusi pengantin atas pentas (ntah kenapa lak ada 3 pasang..mimpi yang aneh..huhu) lepas semua pengantin perempuan duduk atas pentas. Dari jauh saya nampak ada 3 pengantin lelaki berarak masuk. walaupun dah kena tutup muka dengan kipas mak andam saya cuba juga jeling2 tengok siapa lagi 2 pengantin lelaki tu. Saya nampak aaron aziz, dan 2 lagi pelakon tapi saya tak ingat nama. Tapi takda bayang tunang saya pun.

Saya dah risau. Saya cakap dengan mak andam tu, "Eh..saya rasa awak tersalah orang la...lagipun ni bukan baju yang saya tempah. mana baju purple saya tu?" saya sangat gelisah.
"Shhhh..diam2...tu pengantin lelaki datang. Ok, senyum2" arah mak andam tu

Bila kipas penutup muka tu dibuka saya tengok aaron aziz depan mata saya dan terus duduk kat kerusi sebelah sambil tersenyum (waaah....sangat cair tengok dia senyum~ ^^) tapi at the same time saya tanya mak andam, "Mana azam?"
"Azam who? Tu sebelah tu suami you, dah jangan sebut2 nama orang lain"
Saya toleh lagi sekali. "Aaron? Aaron suami saya?" eh..biar betul nii?

Mak andam tu langunsg  tak menghiraukan soalan2 saya. Tak lama lepas tu jurugambar dah rmai mengerumuni depan kami dan tangkap gambar tanpa henti. Sampai sesi bergambar berdua, tetiba Aaron Aziz bangun dan peluk bahu saya sambil tersenyum. Rasa pelik...mmg saya suka tengok Aaron Aziz tu, tapi bukan la nak kawin dengan dia. Plus, bukan ke kalau lelaki peluk akan rasa best..tapi kenapa dia peluk rasa tak selesa. Tapi saya senyum juga depan kamera (mungkin ni kot perasaan artis, tak suka pun kena senyum..huhu) Selesai sesi bergambar dan bersalaman dengan tetamu, kami dibawa ke bilik pengantin.Hiasan bilik pengantin macam suite..ada ruang tamu, ada dapur, ada tv, ada bilik air yang ada bath tub dan perabot dan finishing yang saaaangat cantik.

Apabila masuk bilik pengantin, tapi saya masih confius, mana Azam? Tetiba telefon Aaron berbunyi. Dia dpat panggilan dari pengurus dia. sambil beri signal dia terus keluar bilik.. Saya amik kesempatan tu untuk telefon Azam. Tapi saya cuba banyak kali tetap tak dapat. Saya jadi sangat tension. Saya nak sangat cakap dengan dia. Tak lama lepas tu Aaron masuk bilik semula. Dia tnya kenapa saya menangis, saya cakap saya tak boleh buka kasut tinggi yg saya pkai (huhu..ntah kenapa saya tak jawab betul2 dlm mimpi ni..ades..) Lepas tu Aaron datang bukakan kasut saya yang bertali2 tu dan letakkan kedua2 nya kat tepi katil.

Then dia tengok saya sambil senyum. (okay..cair sekejap..haha) Then dia pegang tangan saya macam nak cakap sumthing..
"Sayang, sorry sangat I tak dapat nak stay lama harini. Ada panggilan utk buat iklan kjap lagi. I akan balik before malam. Kita dinner sama2 k. If anything I akan call u k" (dia cakap macam dalam drama lak..huhu..mimpi yg typical)

Then dia bangun dan bersiap. Saya tengok je dia bersiap sambil senyum. Tak sabar nak tunggu dia keluar. Bila dia keluar je dari bilik, saya terus call Azam semula, saya try call handphone tak dapat, call rumah pun takda, call Suza (bestfriend) dia pun tak dapat. Asik dengar suara, "Please try again later.tq." Saya mula nangis semula..mana dia pegi..kenapa dia tinggalkan saya..kenapa dia bagi saya kahwin dengan Aaron ni..saya tak nak..huhu.  Pastu sy cuba call mak andam saya,  Arm angkat phone..

"Arm, nape u tak datang majlis saya? mana gaun pengantin purple yang saya tempah tu? kan saya dah booking awk lama..kenapa awak buat majlis orang lain..." sambil nangis teresak-esak..
"Helooo.. apa awak cakap ni? majlis awak bukan hari ni la...majlis awak kan lambat lagi...baju awak dah siap separuh..sabar yee"
Haa? bukan harini..abis ni semua apa? Tetiba saya dengar orang ketuk pintu..Rasa macam suara mak. Cepat2 saya kesat air mata.pastu tekup muka kat bantal.

"Along, along..bangun..dah subuh. Bangun. Gi siap2 nak gi keja. Mak cuti arini"
Saya buka mata sambil tengok keliling. 'Keja?'.

Saya masih confius..aku mimpi ke tadi? "Mak..pening kepala la mak, tak nak keja la arini"
"Ish..jangan ngada2, kan along nak simpan cuti untuk kahwin nnt" marah mak.
'Kahwin...? Nanti?' Saya tengok calendar kat phone, waaa...harini baru 14 June, yeaaa!! Meaning saya masih ada Azam sebagai tunang saya~ saya betul2 lega time tu =D

"Dah bangun2.."kata mak sambil berlalu keluar.
Saya senyum je tengok mak. Wii..pagi tu tunang saya sms. Wahh...dia masih ada dengan saya. Sepanjang driving saya masih teringat mimpi saya. Sangat real...sangat sangat sangat real...dan air mata tu..sangat2 real. Teresak-esak tu yang tak tahan..haha. But I really wish itu semua tak kan jadi kenyataan. Sampai office saya call dia, suka sangat dapat dengar suara dia harini~ Love u so much! ^^


12 comments:

raptorarena said...

aaaaa..sedinya dia..xpe2..encik azam tu masih ada dan masih menyayangi kamu =)

p/s : nak mimpi gak..kawin dgn nora danish (^_~)

Nina Aman said...

cik amanda..maknenya dah terbukti azam memang utk awk dan awk sgt sayangkan dia..w/pun maybe aaron aziz lg best,tp hati awk tetap kt tunang awk..weee...kalo saya pun,kompem nanges jua..(=

Amanda Eltiqaz said...

tp itu aaron aziz okay..who can resist him~ sy mengharapkan mimpi itu berakhir dgn gembira..tp dyana dlm mimpi tu ttp pilih azam..aneh btl lah.haha.

husna_atiqah said...

hehe..sy minat aaron aziz jugk..

bez r mmpi 2..

tp ppe pn,bgos r ending ttp ngn tunang t'syg..hehe

fndrocka said...

biar betul..punyalah pnjg mimpi kau. plot dah lah best..macam dah dirancang je plot mimpi kau ni.

quote of the day : Plus, bukan ke kalau lelaki peluk akan rasa best..

Latest Entri : Peluk Cium Romantiklah sangat

Nina Aman said...

haha..sebab dlm real life pun awk takkan dapat aaron..hehe..dia dah kawen ok.. =P
aaron ni best ke?hahaha

Farah . 5577 said...

wah.. aaron aziz lg tu.. :) best!
nampak sgt ttp jd pujaan hati kan, sampai dlm mimpi pun masih cari dia..

:D

Amanda Eltiqaz said...

husna: sy minat dia berlakon =P

fendi: haha. gila artistic klau sy leh buat cerita cmni. no. this is EXACTLY what i dreamed of. sbb org2 dlm mimpi tu mmg org2 keliling sy jugak. cuma watak diorng dh brtukar. that's y sy kata sgt2 real..sgt2 real..

Amanda Eltiqaz said...

aman:
actually beberapa hari sblm tu dy tgk citer Pisau Cukur,pastu tiap kali tgk iklan ada Aaron, excited lebih..tu yg jd gitu tu...haha..

farah:
'Dia' special. =)

alin said...

wakakak...aron aziz tuh!!! huk huk...terbatuk jap...

Amanda Eltiqaz said...

kak alin:
akak jgn batuk.ni cuma mimpi je.dy cuma citer balik je..huk huk

choclairissa @ intan marliana said...

hahah baru sempat bace entry dy..hahaha kawen dgn aaron aziz tu..siap membuat onar die dlm mimpi..sgt kelakarrr...kite pun selalu mimpi pelik2 :)

Related Posts with Thumbnails