Genap 5 bulan (^_^) Minggu depan hari Isnin adalah regular pregnancy check-up.
Masuk bulan keempat aritu (17 weeks pregnancy) saya mula mengalami kegatalan pada kulit. Some sort of alergy tapi berlaku secara tiba-tiba. Saya pun tak sure sebab apa/punca ia start gatal. Tau2 saya rasa kerap nak garu2 pada betis. Lama-lama ia jadi makin teruk. Rupa dia sebijik macam dalam gambar ni. Tak leh nak tangkap gambar kaki sendiri kan..malula saya...hehehe...
[Image] |
Mula-mula saya sapu bedak Agnesia je, tapi bila lama kelamaan ia masih tak baik2 malah semakin banyak smpai perut suma, saya jadi makin risau.
Bedak agnesia rakan keluarga sejak kecik..hihi |
Mak mentua siap belikan sabun Dettol original lagi untuk guna masa mandi. Kerap salin cadar dan kerap mandi. Tapi masih tak baik2. Lepas tu saya jumpa doktor. Rupanya doktor kata ni alahan kulit semasa mengandung. Disebabkan oleh pembawakan bayi. Ooohh....then doktor beri ubat sapu - Calamin lotion.
Actually Calamin lotion ni ada pelbagai brand dan jenama. Tapi fungsi dia sama je. So far 2 botol dah abis..sedang guna botol yang ketiga... =(
2 minggu saya dok sapu ubat ni pagi, ptg dan malam. Walaupun kesan alahan pada kulit tu kurang tapi rasa gatal nak garu tu masih tak kurang2. Sangat tak selesaaaa~~ Huhuh.... Dah la memang susah nak tidur, kegatalan ni menyukarkan lagi masalah tidur saya. Bila keluar, dah la memang menahan rasa berdenyut perut, ni terpaksa menahan rasa gatal mengeyam satu badan lagi..memang menyeksakan jugak la.. Hubby lak jadi tukang pukul tangan klau secara tak sengaja tergaru2 depan orang. Huhuhu...
After 2 minggu tu memang tak tahan sangat, saya tak sempat tunggu hubby balik lagi saya gi klinik sendiri minta ubat hilangkan gatal. By default biasanya doktor akan bagi ubat makan la kan. Cuma, suma well-known ibu mengandung tak leh nak makan ubat sebarangan sangat, tapi kegatalan ni buat saya rasa tension skit.. So somehow, saya terpaksa cari something untuk mengurangkan gatal ni.
Lpas jumpa doktor lagi sekali, dia bagi ubat makan - Piriton. Saya inform la doktor yang saya pregnant, dia kata takda masalah untuk ibu mengandung dan kadar effect dia sangat kurang. Ubat tu sepatutnya makan 3 kali sehari. Tapi saya risau jugak akan effect kat baby kan, yang ada sekarang pun saya kena mkn pelbagai ubat, lagi nak tambah yang ni. Jadi saya cuma amik pil Piriton tu waktu malam sahaja sebelum tidur.
Just untuk selesakan diri sebab klau tak cukup tidur, siang tu memang la agak terseksa..mengantuk tapi tak dapat nak tidur.
And now, rupa kulit yang dahsyat tadi makin berkurangan dan rasa gatal pun berkurangan..cuma ia masih ada la..nothing I can do...just tahan je la... =(
Susah jugak jadi ibu ni kan. Nasib saya dah tak mengajar lagi, klau tak mau kat kelas dok menggaru je. Kadang bukan perasan pun tangan sedang menggaru..spontan kan.. Rasa mcm best je garu-garu =P