June 16, 2010

Mari Masuk Kolej Jun2010

Aiih..akhirnya berakhir juga cuti2 malaysia kami selepas beberapa minggu 'berehat' kerana ketiadaan student.

Semalam, 15 Jun 2010 adalah tarikh pendaftaran pelajar semester baru bagi kemasukan Jun 2010. Cuma pada tahun ni sangat berbeza dengan tahun2 sebelum ni sebab process pendaftaran dibuat di Dewan Parit Raja. Sebelum ni buat di kolej sahaja. Tapi untuk mengelakkan kesesakan dengan pertambahan pelajar baru dan keselesaan ibu bapa, terpaksa la kami menjelajah ke Parit Raja semata2 untuk mendaftarkan pelajar yang jauhnya adalah dalam 21km dr kolej. dan 43km dr rumah saya.

Saya tak dapat claim duit minyak OK..sangat kecewa.. =(

Nak cerita flow event hari tu saya rasa yang terbaik sejak saya mula bekerja di kampus ni.haha. sebab sangat smooth dan teratur. Event kita nampak parents pun berpuas hati. Pelajar-pelajar yang masuk juga lebih proper dari pengurusan document dan berani untuk bergerak sendiri dari kaunter ke kaunter. Cuma adalah juga beberapa ibubapa yang tak yakin dgn ANAK LELAKI dia sendiri, risau sngat anak dia kena culik dgn pihak kolej, jadi ikut jugak anaknya ke hulu ke hilir =P

Macam-macam ragam saya tengok..

1. Ada ibu bapa yang relax je duduk2 sambil makan di luar dewan tunggu anak selesaikan sendiri proses pendaftaran dengan semua keperluan dah diberi pada anak.

2. Ada ibu yang tak boleh duduk diam, mundar mandir tepi pintu dalam dewan tengok anak bergerak dari kaunter ke kaunter.

Ibu: Bang..boleh ke anak kita tu bang? Cukup tak document tu? Risau la saya bang.
Ayah: Biar dia buat sendiri.

Ibu 2: Cik, boleh tak saya masuk temankan anak saya daftar.
Pegawai: Takpa puan, puan boleh tunggu di bahagian tepi, kawasan ni untuk pelajar shj.
Ibu 2: Cik, anak saya tu..nak gosok baju pun tak pandai..nak susun document pun tak tau..saya risau la..
Ayah: Dah, awak tunggu tepi biar saya je ikut dia.
Pegawai: Diam.. (sambil tgk si ayah dan anak lelaki dia..) 'Tolongla jgn manjakan anak lelaki...lelaki manja useless okay....' dalam hati..

3. Ada ibu yang tidak terlalu kisah, dan tidak terlalu relax. Ada sorang ibu ni, saya jemput dia duduk di tempat menunggu ibu bapa sambil menjamu selera tp dia tak nak, dia nak duduk sebelah saya (dalam dewan kaunter pertama) sambil tengok anak dia dari jauh. Saya tak kisah dia nak duduk, tapi soalan2 dia memang buat saya panas punggung.. Perlukah saya terlalu jujur? Tapi yang penting saya tak kan berbohong.. Dan memang lemah bab2 deal ibubapa ni..saya bukan tau nak cakap apa..huhu..

(sebahagian perbualan dengan ibu tersebut..)
Perbualan bermula, ibu ini bertanya di mana asrama dan kampus tmpat belajar. Saya pun tunjukkan peta dan beritahu jarak. Saya explain kat dia untuk pelajar tahun pertama takkan ada masalah dari segi transport sebab kami sediakan bas/van untuk pergi-balik kolej. Once smpai kat kolej semua facilities ada.

Ibu3: Tadi saya tengok kampus awak kat bangunan tabung haji tu kan? Boleh belajar ke kat kawasan macam tu? Tengok macam kecik je..ada berapa banyak tempat belajar dalam tu?
Saya: Ha..yala..mmg itu bangunan kami buat masa ni. Kami dah ada di situ hampir 10 tahun, dan sekarang dalam proses untuk dapat kampus baru (dalam proses tak habis2..huh). Sebelum ni dengan bilangan pelajar yang ada, muat je. Kami ada kelas, lab, library, ruang belajar dan keperluan asas untuk belajar. Dengan pertambahan pelajar ni insyallah pihak kolej akan improve beberapa facilities utk keselesaan pelajar.
Ibu3: Ohh..awak dah berapa lama kerja situ?
Saya: Saya baru 3 tahun =)
Ibu3: Ohh..lama jugak tu.. ok ni saya nak tanya personally view awak la kan..honestly, honestly pada awak..ok ke kampus ni? meyakinkan ke untuk anak saya belajar kat sini..dari segi pensyarahnya..pengurusannya..keadaaan tempat belajar...okay ke?
Saya senyum. hoho..soalan ni serius buat saya terdiam sekejap..straight to my heart okaay... saya perlukan masa untuk berfikir..klau saya cakap jujur dari hati, jawapan saya mungkin tidak seperti yang dia harapkan
Saya: Honestly la saya cakap selama 5 tahun KPTM ni wujud, kebanyakan graduan nya layak masuk mana-mana universiti swasta dan local, even ada yang dpat sponsor ke overseas.  Tempat belajar tak penting, yang penting, macam mana cara pelajar tu belajar. Asalkan dia dapat capai pointer tinggi, after grad dia boleh kerja di mana. je. Pensyarahnya kebanyakan datang universiti yang diiktiraf seperti USM, UTM, UTP, UiTM, UM.. Jadi mungkin puan boleh buat andaian sendiri.
Ibu3: Ramai tak bilangan pelajar yang fail?
Saya: Fail tu ada puan, mana-mana tempat belajar pun akan ada yang fail.Tapi pihak kolej akan cuba buat yang terbaik untuk memastikan pelajar tidak fail, selebihnya bergantung pada pelajar tu sendiri. =)

Banyak lagi soalan2 yang ditnya, kenapa itu, kenapa ini..yang terakhir..

Saya: Puan bkerja lagi?
Ibu3: Ya msih.
Saya: Dimana ya?
Ibu3: Kat jb, mengajar. Saya guru di sekolah rendah. =)
Saya: Oh i see... (ptutla sgt concern...huhu) bagusla mcm tu..takpa puan jgn risau, kami akan cuba buat yg terbaik utk anak pn =)
Ibu3: Awak keja kat mana? KPTM atau KKTM?
Saya: Oh..saya staff KPTM =)
Ibu3: Sebagai?
Saya: Pensyarah computer science
Ibu3: Hmm..no wonder. Ok good.

Tak lama anak dia sampai dan dia minta diri..


2 comments:

RAIFANA ABDULLAH said...

kalau org pon mesti panas ponggong gak.bukan sng nak yakinkan ibu bapa dgn keadaan kolej kite yg secara fizikalnye kecik tuh.anyway, jawapan yg baik =)

Amanda Eltiqaz said...

rai:
bak kata iklan downy, "kecil-kecil cili padi.." walaupun kecik..semangat besar ^^

Related Posts with Thumbnails